WorksheetsGEO TING 2 (BAB 8,9,10)
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Antara berikut, negara manakah mempunyai landasan kereta api yang terbanyak di Benua Asia?
Jepun
India
China
Hong Kong
Sistem kereta api berkelajuan tinggi di Jepun dikenali sebagai
ETS
Shinkansen
Emirates
Trans-Siberian
Landasan kereta api ini sepanjang 9288km menganjur dari Moscow hingga ke Vladivostok.
Landasan Kereta Api India
Landasan Kereta Berkelajuan Tinggi Korea Selata
Landasan Kereta Api Shikansen
Landasan Kereta Api Trans Siberian
Negara-negara yang memiliki kereta api yang efisien, laju dan berteknologi tinggi di Asia ialah
I. India
II. Thailand
III. Jepun
IV. Korea Selatan
I dan II
I dan IV
II dan IV
III dan IV
Lapangan Terbang ini merupakan lapangan terbang TERBAIK di dunia dan mengendalikan 58.7 juta penumpang pada tahun 2016
Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai
Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo
Lapangan Terbang Antarabangsa Changi
Pelabuhan kontena terbesar yang mengendalikan kira-kira 55% daripada jumlah kontena di pelabuhan-pelabuhan utama di India ialah
Pelabuhan Chennai
Pelabuhan Mormugao
Pelabuhan Jawaharlal
Pelabuhan Pondicherry
Pelabuhan ini merupakan salah satu pelabuhan paling sibuk di dunia dan terlindung daripada bencana alam, efisen dan sistematik.Pelabuhan ini juga mengenakan duti pelabuhan yang rendah.
Pelabuhan Jawarhalal
Pelabuhan Tokyo
Pelabuhan Hong Kong
Pelabuhan Singapura
Maklumat berikut dapat dikaitkan dengan
Sebuah pelabuhan yang mampu menampung kira-kira 1000 kapal kontena pada satu-satu masa.
pelabuhan Tokyo
pelabuhan Singapura
pelabuhan Jawaharlal
pelabuhan Hong Kong
Berikut merupakan keistimewaan kereta berkelajuan tinggi Shinkansen KECUALI
Menepati masa
Kemalangan sifar sejak beroperasi selama 50 tahun
Menghubungkan Hokkaido dengan Busan, Korea Selatan
Mencapai tahap keselesaan penumpang yang tinggi
..............merupakan laluan Shinkansen yang menghubungkan Osaka dengan Fukuoka di Pulau Kyushu.
Joetsu Shinkansen
Kyushu Shinkansen
Sanyo Shinkansen
Hokkaido Shinkansen
Pertanyaan yang manakah merujuk Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai?
I.Terdiri daripada empat terminal
II. Lapangan terbang terbaik di dunia
III. Lapangan terbang termoden di dunia
IV. Hub penerbangan terbesar di Asia Barat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Lapangan terbang yang terletak di Emiriah Arab Bersatu (UAE)...?
Lapangan terbang antarabangsa Dubai
Lapangan terbang antarabangsa Jeddah
Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur
Lapangan terbang antarabangsa Hong Kong
Jaringan Landasan Kereta api Shinkasen di Jepun menghubungkan pulau-pulau utama iaitu..
Osaka dan Honshu
Osakan dan Shikoku
Honshu dan Shikoku
Shikoku dan Kagoshima
Mengapakah Pelabuhan Hong Kong menjadi pelabuhan paling sibuk dan penting di Asia?
I. Mengendalikan kapal kargo sahaja
II. Tidak mengenakan sebarang duti pelabuhan
III. Berkedudukan strategik di Laut China Selatan
IV. Terlindung dan mempunyai dasar laut yang dalam
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah perkhidmatan memunggah kargo di tengah laut disediakan di Pelabuhan Hong Kong?
Mengelakkan tumpahan minyak
Keselamatan kapal terjamin
Pinggir laut yang dalam
Mengelakkan kesesakan trafik di pelabuhan
Apakah kesan positif terhadap alam sekitar akibat perkembangan sistem pengangkutan di Benua Asia?
landskap menarik
nutrien tanih meningkat
spesies yang berharga dipelihara
peningkatan pendapatan negara
Apakah kesan negatif perkembangan pengangkutan kepada alam sekitar?
Banjir kilat
Tanah runtuh
Pencemaran bunyi
Gempa bumi
Pemanasan global dapat dikaitkan dengan
Pemanasan suhu bumi
Penigkatan gas kesan rumah hijau
Pulau haba
Faktor semula jadi yang menyebabkan pemanasan global ialah
I penyahutanan
II pembakaran terbuka
III letusan gunung berapi
IV cahaya matahari yang berlebihan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar rajah menunjukkan
Kesan rumah hijau
Pulau Haba
Berikut merupakan faktor yang menyebabkan pemanasan global KECUALI
Penggunaan racun serangga dan baja kimia
Penyahutanan
Pembakaran terbuka
Penggunaan baja organik
Aktiviti pertanian yang menyebabkan pemanasan global dikaitkan dengan
bioteknologi
baja kompos
racun serangga
tanaman hidroponik
Pilih padanan yang betul tentang aktiviti dan gas rumah hijau yang dibebaskan
Aktiviti - Gas yang dibebaskan
A Pengangkutan - Nitrogen dioksida
B Perindustrian - Nitrus oksida
C Pertanian - Metana
D Pembakaran terbuka - Sulfur dioksida
A
B
C
D
Faktor semula jadi pemanasan global
Letusan gunung berapi
Penanaman secara berteres
Pembakaran hutan untuk aktiviti pertanian pindah
Fenomena El Nino dan La Nina
Langkah yang telah di ambil oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan pembakaran api fosil
Memajukan sektor pertanian
Kempen menggunakan plastik
Penggunaan tenaga mesra alam
Memberi subsidi pembelian bas
Pemanasan global merupakan isu yang berkaitan dengan
bentuk muka bumi
cuaca
tanih
suhu
Pernyataan yang dikaitkan dengan pemanasan global ialah
I sebahagian cahaya matahari dipantulkan ke angkasa
II haba disebarkan oleh molekul rumah hijau
III hujan lebat turun pada awal pagi
IV musim kering yang nyata
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Aras air laut meningkat disebabkan
I pencairan ais
II bencana alam
III pembakaran terbuka
IV suhu air laut meningkat
I dan II
I dan IV
II dan III
IIII dan IV
Kawasan yang mengalami pencairan ais ialah
Rusia
Kanada
Mongolia
Greenland
Berikut merupakan kemerosotan bekalan sumber makanan, kecuali,
ekosistem marin terganggu
kawasan perindustrian
kejadian banjir
tanah kering
Antara kesan disebabkan gangguan cuaca ialah
I kemusnahan flora dan fauna
II Taburan hujan tidak menentu
III sumber makanan terjejas
IV menenggelamkan kawasan daratan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pemanasan global boleh mengganggu kesihatan manusia iaitu
taun
denggi
katarak
demam kepialu
Kerjasama yang pernah dijalinkan untuk mengatasi pemanasan global termasuklah
I Kerangka Konvensyen tentang Perubahan Cuaca ( UNFCCC)
II Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB di Langkawi
III Persidangan Negara Asean di Singapura
IV Protokol Kyoto 1997
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Amalan 5R merangkumi perkara berikut kecuali
Menanam pokok
berkongsi kenderaan
kempen bebas plastik
menanggalkan plag elektrik
Keadaan di mana tubuh manusia tidak dapat bertindak balas terhadap cuaca panas di sekitar lalu tidak sedarkan diri.
Katarak
Kanser kulit
Heat stroke
Yang manakah merupakan tenaga lestari?
Tenaga solar
Tenaga elektrik terma
Tenaga fosil
Tenaga nuklear
Bagaimanakah teknologi hijau dapat mengekalkan kesihatan yang baik?
menggunakan bahan api yang sesuai
mengurangkan jumlah oksigen di udara
pencemaran udara kurang
meningkatkan jumlah kenderaan atas jalan raya
Apakah faktor utama yang mempengaruhi pengenalan teknologi hijau?
pemanasan global
kos sumber tenaga yang tinggi
keadaan udara yang semakin sejuk
kekurangan tumbuh-tumbuhan hijau
Pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar berkaitan dengan
teknologi alam
teknologi hijau
teknologi moden
teknologi angkasa
Ciri-ciri teknologi hijau yang paling efektif untuk meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar ialah
I cantik, menarik dan inovatif
II selamat dan mudah digunakan
III kadar pembebasan gas rumah hijau rendah
IV menggunakan bahan yang boleh diperbaharui
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
Empat teras utama teknologi hijau adalah seperti di bawah kecuali
Tenaga
Alam sekitar
Fizikal
Ekonomi
Antara yang berikut yang manakah produk teknologi hijau?
I sel solar
II Baja kompos
III Botol plastik
IV Tin alumunium
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
Apakah langkah untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau ke udara?
perlombongan bahan api fosil dikurangkan
zon perindustrian di kawasan luar bandar
pengangkutan menggunakan tenaga suria
menambahkan pengeluaran kereta tempatan
Bagaimanakah perkhidmatan awam moden dapat mengurangkan pencemaran bunyi
menggunakan tayar besar
bergerak atas jalan raya yang khas
menggunakan tenaga elektrik
jalan raya bertar
Peralatan elektronik manakah yang digunakan di rumah yang dapat menjimatkan tenaga
Televisyen
Radio
Komputer
Lampu LED
Apakah amalan berkonsepkan teknologi hijau yang boleh menjimatkan tenaga?
gunakan kertas kitar semula
gunakan bahan kimia degradasi
gunakan peralatan pakai buang
tetapkan suhu minimum penyaman udara
Antara yang berikut, manakah amalan berkongsepkan teknologi hijau?
I Menggunakan LRT
II Penggunaan beg plastik
III Pembakaran terbuka
IV Amalan 5R
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
Bagaimanakah amalan teknologi hijau meningkatkan kualiti hidup manusia?
I kos hidup semakin meningkat
II udara dan kawasan persekitaran semakin bersih
III keselesaan dan keselamatan masyarakat meningkat
IV menjamin bekalan barangan keperluan yang berterusan
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
Antara yang berikut yang manakah kepentingan teknologi hijau dari segi ekonomi?
I meningkatkan nilai aset
II mengurangkan kos operasi
III meningkatkan kualiti hidup
IV meningkatkan kualiti udara
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
Apakah amalan pengangkutan lestari?
Penggunaan bas percuma
Penggunaan kereta hibrid
Penggunaan kenderaan bahan api fosil
Penggunaan kenderaan berhawa dingin
