Worksheetsbijak peribahasa
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Kamil suka menghabiskan masanya dengan membaca.
anak emas
membaca jambatan ilmu
usaha tangga kejayaan
ulat buku
Pak Mat jika membuat sesuatu pekerjaan, dia akan melakukan dengan bersungguh-sungguh
Bulat kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Pipit pekak makan berhujan
Burung terbang dipipiskan lada
telinga kuali
Mak Munah menangis mengenangkan kedegilan anaknya, apakan daya inilah akibatnya dia tidak mendidik anaknya dengan baik. Seperti kata pepatah
Bapa borek anak rintik
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Biar putih tulang, jangan putih mata
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Hamid sedang bermain basikal tiba-tiba dia terjatuh.
Musuh dalam selimut
Malang tidak berbau
Musang berbulu ayam
Sudah jatuh ditimpa tangga
Sudah berbuih mulut Pak Lasim menasihati Daud, namun Daud tetap juga suka mengunjungi kafe siber itu.
Bagai kacang lupakan kulit
Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Mencurah air ke daun keladi
Bagai pahat dengan penukul
Robert bekerja sambilan di restoran Mcdonald sementara mendapat pekerjaan yang lebih baik.
Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
tiada rotan akar pun berguna
Diana merupakan satu-satunya anak Pak Dolah. Orang tuanya sangat menyayangi Diana. Kerana terlalu sayang, Diana tidak dibenarkan pergi bermain atau pun belajar ke luar rumah. Orang tuanya terlalu khautir kepada Diana. Diana hanya duduk di biliknya sambil melihat kawan-kawannya bermain dari jendela. Diana bagaikan ....
Peribahasa yang tepat untuk melengkapi keadaan Diana adalah ...
Bagai burung dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung.
Bagai pungguk rindukan bulan.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
Bagaikan lembu dicucuk hidungnya.
Farid suka mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang lain. Bahkan hal yang kecil pun sering dibesar-besarkan. Kelemahan dan kesalahan orang seolah-olah menjadi objek yang menarik baginya, sedangkan kelemahan dan kesalahan dirinya ditutup-tutup.
Peribahasa yang tepat untuk menyatakan sifat Farid adalah …
Lempar batu sembunyi tangan.
Kalah jadi abu menang jadi arang.
Memercik air di dulang terpecik muka sendiri.
Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak.
Berikan peribahasa yang tepat dengan maksud berikut ;
Orang yang sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna.
Bagai kera mendapat bunga
Bagai bulan dipagar bintang
Bagai gergaji dua mata
Bagai menatang minyak yang penuh
Kita sedia maklum bahawa tenaga fizikal kaum wanita tidak sekuat kaum lelaki. Namun begitu wanita juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Mereka berupaya mendidik anak-anak menjadi insan yang hebat. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa ..........................
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Sebagai pekerja baharu di sebuah syarikat korporat, Hakim tidak malu bertanya kepada ketuanya tentang apa-apa perkara yang tidak diketahuinya untuk mengelakkan daripada melakukan sebarang kesilapan dalam menjalankan tugas. Hakim berpegang kepada konsep peribahasa ........................
Menyelam sambil minum air
Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Alah bisa tegal biasa
Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama _____________________
Bagai aur dengan tebing
Bagai isi dengan kuku
Usaha tangga kejayaan
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Ayah : Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu _______________
Syafik : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.
Jauh perjalanan luas pemandangan
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi berikut.
Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Ukur baju di badan sendiri
Rambang mata
Menyelam sambil minum air
Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan Bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalih, bak kata pepatah __________________________
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Bagai aur dengan tebing
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
