wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KASF1 BAHAGIAN A (SAINS)

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Tindakan luar kawal merupakan tindakan yang berlaku secara ............................

a)

sedar

b)

sentuhan

c)

tidak sedar

d)

gerak balas

2.

Aleesya menjalani beberapa aktiviti mengikut turutan yang berikut

I Memasuki stor yang gelap

II Menyalakan lilin dalam stor

III Membuka tingkap supaya cahaya matahari menerangi stor


Berdasarkan saiz anak mata P, Q dan R dalam Rajah 1, susunkan perubahan saiz anak mata pelajar itu

mengikut turutan aktiviti I, II dan III.

a)

R → P → Q

b)

P → R → Q

c)

Q → P → R

d)

Q → R → P

3.

Apabila kita perlukan suntikan dari doktor, pasti kita akan disuntik samada di bahagian atas lengan atau di punggung. Pilih peryataan yang benar

mengenai hal ini.

a)

Bahagian atas lengan dan punggung mempunyai banyak reseptor.

b)

Bahagian atas lengan dan punggung mempunyai epidermis yang tebal.

c)

Bahagian atas lengan dan punggung lebih peka

d)

Doktor memang suka menyuntik di bahagian tersebut

4.

Rajah 3 menunjukkan struktur sistem respirasi John.


Apakah yang berlaku kepada struktur Y apabila John menghembus nafas?

a)

Mengendur dan mendatar

b)

Mengecut dan mendatar

c)

Mengendur dan melengkung ke atas

d)

Mengecut dan mengendur ke atas

5.

Rajah 4 menunjukkan asap keluar dari cerobong kilang


Sistem manusia yang manakah akan mudarat akibat situasi di atas?

a)

Sistem rangka

b)

Sistem deria

c)

Sistem respirasi

d)

Sistem pengangkutan darah

6.

Rajah 9 menunjukkan struktur alveolus. Pertukaran gas berlaku di alveolus melalui proses resapan. Berpandukan pada rajah manakah yang betul tentang gas P dan Q?

a)

Gas P: Oksigen

Gas Q: Karbon dioksida

b)

Gas P: Karbon dioksida

Gas Q: Oksigen

c)

Gas P: Hidrogen

Gas Q: Oksigen

d)

Gas P: Karbon dioksida

Gas Q: Hidrogen

7.

Rajah10 menunjukkan seorang perokok

Pilih tiga bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok


I. Sulfur dioksida

II. Karbon monoksida

III. Tar

IV. Karsinogen

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

8.

Pilih semua pernyataan yang betul tentang jantung


I. Septum memisahkan jantung sebelah kiri dengan jantung sebelah kanan.

II. Aorta mengangkut darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan kecuali peparu

III. Sistem peredaran darah manusia merupakan sistem peredaran darah ganda dua

IV. Injap terdapat dalam salur darah kapilari dan vena

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

9.

Rajah 9 menunjukkan sistem peredaran darah manusia.


Antara berikut, yang manakah mewakili R, S dan T?

a)

R: Aorta

S: Vena Kava

T: Vena Pulmonari

b)

R: Vena Kava

S: Aorta

T: Arteri Pulmonari

c)

R: Arteri Pulmonari

S: Vena Kava

T: Aorta

d)

R: Vena Pulmonari

S: Vena Kava

T: Aorta

10.

Antara unsur berikut, yang manakah membentuk bauksit?

a)

Timah dan Aluminium

b)

Oksigen dan Besi

c)

Aluminium dan Oksigen

d)

Timah dan Besi

11.

Persamaan di bawah ini mewakili tindak balas antara zink dan oksigen.


Zink + Oksigen → P


Apakah sebatian P?

a)

Zink karbonat

b)

Zink klorida

c)

Zink Sulfida

d)

Zink oksida

12.

Di manakah kedudukan hidrogen dalam siri kereaktifan logam?

a)

Antara zink dengan ferum

b)

Antara aluminium dengan magnesium

c)

Antara ferum dengan plumbum

d)

Antara plumbum dengan kuprum

13.

Antara yang berikut, yang manakah melibatkan tindak balas eksotermik?

a)

Pendidihan air

b)

Fotosintesis

c)

Pembakaran kertas

d)

Melarutkan garam dalam air.

14.

Seorang olahragawan meletakkan pek sejuk pada bahagian sendi yang bengkak disebabkan terseliuh. Antara bahan kimia berikut, yang manakah terkandung dalam pek sejuk itu?

a)

Kalsium hidroksida

b)

Natrium klorida

c)

Kalium oksida

d)

Ammonium nitrat

15.

Apakah maksud tindak balas endotermik?

a)

Penyerapan haba oleh persekitaran menyebabkan suhu persekitaran menurun

b)

Pembebasan haba oleh persekitaran menyebabkan suhu persekitaran meningkat.

c)

Pembebasan haba oleh persekitaran menyebabkan suhu persekitaran menurun

d)

Penyerapan haba oleh persekitaran menyebabkan suhu persekitaran meningkat.