wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Biologi Tingkatan 5 Bab 11 Pewarisan bahagian 1

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah benar tentang Hukum Mendel I?

a)

Kajian yang dijalankan mengenai satu ciri

b)

Mendel mengira bilangan anak pokok kacang hijau

c)

Setiap ciri organisma ditentukan oleh satu alel tunggal

d)

Alel tersebut terpisah semasa mitosis dan hadir dalam gamet tunggal

2.

Antara berikut yang manakah merupakan trait resesif?

a)

BB

b)

Bb

c)

bB

d)

bb

3.

Antara berikut, yang manakah heterozigot?

a)

AA

b)

Aa

c)

aa

4.

Genotip merujuk kepada

a)

rupa fizikal

b)

Alel dominan

c)

Homozigot resesif

d)

komposisi genetik

5.

Ciri-ciri fizikal yang dipamerkan oleh sesuatu organisma merujuk kepada

a)

Ciri

b)

Alel

c)

Fenotip

d)

Genotip

6.

Seekor lalat buah bermata merah yang heterozigot dikacukkan dengan seekor lalat buah bermata putih. Mata merah adalah dominan terhadap mata putih. Apakah nisbah fenotip dalam generasi F1?

a)

Semua bermata putih

b)

Semua bermata merah

c)

1 bermata merah : 1 bermata putih

d)

1 bermata merah : 3 bermata putih

7.

Antara berikut, yang manakah menerangkan maksud pewarisan monohibrid?

a)

melibatkan satu ciri dan trait berbeza yang dikawal oleh satu gen.

b)

berlaku disebabkan bahan genetik RNA yang dipindahkan dari induk ke anak

c)

Prinsip asas dalam genetik yang menerangkan bagaimana alel dipindahkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

d)

melibatkan pewarisan dua ciri, setiap satu ciri dikawal oleh gen berlainan pada lokus berlainan.

8.

Antara berikut, yang manakah menerangkan maksud pewarisan dihibrid?

a)

melibatkan satu ciri dan trait berbeza yang dikawal oleh satu gen.

b)

berlaku disebabkan bahan genetik RNA yang dipindahkan dari induk ke anak

c)

Prinsip asas dalam genetik yang menerangkan bagaimana alel dipindahkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

d)

melibatkan pewarisan dua ciri, setiap satu ciri dikawal oleh gen berlainan pada lokus berlainan.

9.

Biji benih bulat berwarna kuning yang homozigot dikacukkan dengan biji benih berkedut berwarna hijau. Bentuk bulat dan warna kuning adalah trait dominan. Generasi filial pertama (F1) yang terhasil dikacukkan dengan pokok lain homozigot resesif bagi kedua-dua trait. Apakah nisbah fenotif untuk generasi kedua (F2)?

a)

Semua biji benih bulat berwarna kuning

b)

3 biji benih bulat berwarna kuning : 1 biji benih berkedut berwarna hijau

c)

1 biji benih bulat berwarna kuning : 1 biji benih bulat berwarna hijau : 1 biji benih berkedut berwarna kuning : 1 biji benih berkedut berwarna hijau

d)

9 biji benih bulat berwarna kuning : 3 biji benih bulat berwarna hijau : 3 biji benih berkedut berwarna kuning : 1 biji benih berkedut berwarna hijau

10.

Antara berikut, yang manakah alel homozigot dominan?

a)

CcDd

b)

ABCD

c)

ccdd

d)

CCDD