Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENTAKSIRAN MORAL SET 1 TING. 2

Total questions: 40

Worksheet time: 10hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan sumber moral bagi agama ______________

a)

Islam

b)

Buddha

c)

Kristian

d)

Sikh

2.

Pilih salah satu kepercayaan yang terdapat di bawah :

a)

Bhagavad Gita

b)

Tripitaka

c)

Kepercayaan kepada Tuhan

d)

Confucius – Lun Yu

3.

Yang manakah BUKAN sumber moral?

a)

Agama

b)

Rancangan televisyen

c)

Norma masyarakat

d)

Rukun Negara

4.

MALAYSIA MEMPUNYAI RUKUN NEGARA YANG Tersendiri. SALAH SATUNYA IALAH

a)

KEPERCAYAAN KEPADA IBU BAPA

b)

KESETIAAN KEPADA NEGERI

c)

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

d)

KEDAULATAN KEPADA AGAMA

5.

Ada berapa sumber moral?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

6.

Pilih padanan sumber agama yang betul

a)

Islam - Al-Quran

b)

Confucius - Lun Yu

c)

Kristian - Tripitaka

d)

Hindu - Sri Guru Granth Sahib

7.

Apakah contoh norma masyarakat yang kita amalkan dalam kehidupan seharian?

a)

Memanggil orang yang lebih tua dengan panggilan yang kurang sopan

b)

Tidak menggunakan jejantas ketika melintas jalan raya

c)

Membuka kasut sebelum masuk ke dalam rumah

d)

Membiarkan orang buta melintas jalan seorang diri

8.

MAKSUD NORMA MASYARAKAT IALAH ?

a)

UNDANG-UNDANG MASYARAKAT

b)

ETIKA YANG PERLU DIPATUHI OLEH MANUSIA

c)

CARA MENJALANI KEHIDUPAN

d)

BUDAYA DALAM KEHIDUPAN

9.

Yang manakah BUKAN ciri-ciri individu yang mempunyai pegangan agama atau kepercayaan?

a)

Bersyukur

b)

Pemaaf

c)

Dengki

d)

Sabar

10.

Yang manakah BUKAN kesan jika tiada pegangan agama atau kepercayaan?

a)

Hidup terumbang-ambing

b)

Mencetuskan perbalahan

c)

Berfikiran negatif

d)

Berasa aman dalam hidup

11.

Gambar menunjukkan contoh perlakuan berlandaskan ajaran agama atau kepercayaan. Apakah nilai yang ditunjukkan dalam gambar tersebut.

a)

Bantu-membantu

b)

Menghormati guru

c)

Menghormati orang tua

d)

Hidup berbaik-baik

12.

Siddhartha Gautama merupakan suri teladan bagi penganut agama Hindu.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Masyarakat Iban menyambut _______ sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi.

a)

Hari Kaamatan

b)

Hari Gawai

c)

Hari Raya Aidilfitri

d)

Hari menuai padi

14.

Aiman bercita-cita untuk menjadi jurutera apabila dewasa kelak. Di samping belajar dan berusaha gigih, dia juga tidak putus berdoa dan memohon restu daripada ibu bapa dan guru untuk berjaya dalam pelajarannya. Berikut ialah nilai yang diamalkan oleh Aiman KECUALI

a)

Rajin berusaha

b)

Kepercayaan kepada Tuhan

c)

Hemah tinggi

d)

Hormat-menghormati

15.

Kaum Cina melakukan upacara 'Cheng Beng', iaitu upacara pembersihan dan sembahyang di kubur nenek moyang.

a)

Betul

b)

Salah

16.

Pilih cara yang baik dalam melaksanakan tanggungjawab diri sebagai murid

a)

Tidak menyiapkan kerja sekolah

b)

Melanggar peraturan sekolah

c)

Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum

d)

Ponteng kelas tambahan

17.

Tanggungjawab diri yang perlu dilaksanakan termasuklah tanggungjawab menjaga kesihatan diri, menjaga __________ diri dan menjaga kebersihan diri.

a)

imej

b)

harga

c)

keselamatan

d)

kecantikan

18.

Makan makanan yang seimbang merupakan salah satu cara untuk menjaga kebersihan diri.

a)

Betul

b)

Salah

19.

Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari merupakan salah satu cara menjaga kebersihan diri.

a)

Betul

b)

Salah

20.

Pilih pernyataan yang tepat mengenai cara untuk menjaga keselamatan diri.

i) tidak mudah percaya kepada orang yang tidak dikenali.

ii) tidak mendedahkan maklumat diri di internet.

iii) berdiri di jarak yang selamat semasa menunggu kereta api

iv) potong kuku tangan dan kaki yang panjang.

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iii

c)

ii, iii dan iv

d)

i, ii dan iv

21.

Berikut merupakan cara untuk melaksanakan tanggungjawab diri sebagai murid KECUALI

a)

Tidak melibatkan diri dalam aktiviti negatif.

b)

Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

c)

Mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah.

d)

Tidak berjalan bersendirian pada waktu malam.

22.

Lengkapkan carta alir berikut mengenai akibat tidur lambat dengan tepat.

Bangun lambat ➡ lambat sampai sekolah ➡ ___________ ➡ sesal.

a)

Sedih

b)

Insaf

c)

Mengantuk

d)

Tindakan disiplin

23.

Gambar menunjukkan perlakuan tidak menjaga keselamatan diri. Apakah yang anda perlu lakukan jika perkara ini berlaku kepada anda.

a)

Melaporkan kepada pihak berkuasa.

b)

Tidak mengikut orang tidak dikenali.

c)

Mendiamkan diri.

d)

Mengajak rakan bersama-sama.

24.

Pilih pernyataan yang menunjukkan anda sentiasa menjaga keselamatan diri.

a)

Keluar secara bersendirian pada waktu malam

b)

Sentiasa mendedahkan maklumat diri dalam laman sosial

c)

Tidak mudah mempercayai orang yang tidak dikenali

d)

Melakukan perkara yang memudaratkan dri sendiri

25.

Apakah tanggungjawab anda sebagai anggota keluarga?

a)

rajin membantu guru

b)

beriadah bersama rakan

c)

memastikan keselamatan anggota keluarga

d)

menolong jiran tetangga

26.

Apakah kesan mengabaikan tanggungjawab dalam keluarga?

a)
b)
c)
d)
27.

Cara melaksanakan tanggungjawab diri terhadap keluarga adalah seperti berikut, kecuali...

a)

Menghormati anggota keluarga terutamanya ibu dan bapa

b)

Memastikan anggota keluarga mendapat keperluan asas seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal

c)

Meninggikan suara terhadap anggota keluarga semasa menyelesaikan sesuatu masalah

d)

Memastikan anggota keluarga hidup dalam suasana yang selamat

28.

Bagaimanakah anda menghormati anggota keluarga?

a)

mengutamakan rakan dahulu

b)

mendengar nasihat orang luar

c)

bercakap dengan sopan

29.

Adik anda telah gagal dalam ujian matematik, apakah tindakan anda sebagai anggota keluarga?

a)

memarahi dan melaporkan kepada ibu bapa

b)

membencinya dan tidak bercakap

c)

membiarkan sahaja

d)

menasihatinya dan memberikan semangat

30.

Nyatakan amalan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan? KECUALI

a)

mengingati hari istimewa anggota keluarga

b)

beriadah

c)

melancong bersama rakan

d)

bantu-membantu menyiapkan kerja rumah

31.

Bagaimana cara anda mengambil berat masalah keluarga?

a)

Berdiam diri apabila ibu bapa bergaduh.

b)

Bertanya kepada ibu bapa tentang masalah yang dihadapi.

c)

Tidak endah tentang masalah keluarga.

d)

Sentiasa bersembunyi di dalam bilik tidur.

32.

Apakah perasaan anda apabila dapat menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga dengan baik?

a)

Bangga

b)

Sedih

c)

Marah

d)

Geram

33.

Muthu memaki hamun Henry kerana menyembunyikan kasutnya di dalam laci meja guru.

a)

perlakuan beradab

b)

perlakuan tidak beradab

34.

Tania mendengar masalah dan mengajar Suh Kiaw untuk menyelesaikan kerja sekolah Matematik Tambahannya.

a)

perlakuan beradab

b)

perlakuan tidak beradab

35.

Sara mencuri duit Siti semasa waktu rehat dan tidak mengaku apabila ditangkap oleh guru disiplin.

a)

perlakuan beradab

b)

perlakuan tidak beradab

36.

Leong berterima kasih atas pertolongan dan kebaikan yang diberikan oleh Ah Meng semasa dia mengalami kemalangan.

a)

perlakuan beradab

b)

perlakuan tidak beradab

37.

Antara yang berikut, yang manakah ciri seorang sahabat yang baik?

a)

menipu sahabat

b)

mengutuk sahabat

c)

amanah menjaga rahsia sahabat

d)

tidak memaafkan sahabat

38.

Nyatakan kepentingan beradab dalam persahabatan.

a)

sentiasa bergaduh

b)

mudah meminta bantuan

c)

mendorong melakukan kejahatan

d)

hubungan menjadi renggang

39.

Berikut ialah ciri-ciri sahabat yang baik kecuali

a)

Bertoleransi

b)

Memberikan sokongan

c)

Menjaga keaiban sahabat

d)

Mungkir janji

40.

Tidak mengharapkan apa-apa balasan apabila berbakti kepada sahabat.

a)

Toleransi

b)

Baik hati

c)

Ikhlas

d)

Berbudi