Font size
WorksheetsPSV TINGKATAN 2 : TAJUK 6 (REKA BENTUK HIASAN DALAMAN)
Total questions: 15
Worksheet time: 29mins
1. Contoh hiasan dalaman terawal di dunia adalah_______________.
patung cycladic di Laut Aegean
lukisan mural masyarakat Mesir purba
serpihan seramik di Mesopotamia
taman tergantung Babylon
2. Berikut merupakan fungsi reka bentuk hiasan dalaman kecuali _____________________.
mempercantik ruang dalaman
menjadikan ruang sempit kelihatan luas
memberi keselesaan kepada penghuni atau pengguna
menjadikan ruang mewah kelihatan murah
3. Elemen dalam reka bentuk hiasan dalaman ialah __________________.
elemen semula jadi dan buatan manusia
elemen tumbuhan dan haiwan
elemen kejur dan lembut
elemen semula jadi dan tiruan
4. Sesebuah ruang akan kelihatan harmoni apabila _________________.
susun atur perabot bersaiz besar dimuatkan dalam ruang terhad
menggunakan skema warna berkontra
skema warna, susun atur perabot dan hiasan saling berkaitan
hiasan yang digunakan melebihi perabot utama
5. Antara berikut yang manakah merupakan fungsi prinsip penegasan dalam reka bentuk hiasan dalaman?
memberikan ketenangan
menarik perhatian
memberikan kelainan dan mengelakan kebosanan
memperlihatkan keindahan
6. Manakah antara berikut aspek penting dalam reka bentuk hiasan dalaman?
ruang dan keluasan
jenis perabot
bahan binaan
jenis langsir
7. Yang manakah bukan ruang dalaman?
Ruang pameran
Premis perniagaan
Ruang kediaman
Gelanggang bola tampar
8. Contoh elemen semula jadi adalah __________________.
tumbuhan kecil
sofa
lampu meja
bunga tiruan
9. Idea kontemporari lebih menekankan ___________________.
warna cerah dan corak bunga-bungaan
warna terang dan corak geometrik
warna gelap dan corak daunan
warna putih dan corak berbintik
10. Jenis ruang dalaman terbahagi kepada 5 jenis. Tanda bagi empat pilihan yang betul.
Ruang rumah kediaman.
Ruang Landskap.
Ruang Kesihatan.
Ruang pejabat.
Ruang Pameran.
11. Antara berikut, yang manakah BUKAN aspek penting dalam reka bentuk hiasan dalaman?
Ruang
Warna
Pengudaraan
Pintu
12. Kontra dapat dihasilkan dengan menggunakan pelbagai unsur seni yang bertentangan. Sila pilih fungsi kontra yang betul.
Menarik perhatian.
Menggalakkan kebosanan.
Memberi fokus.
13. Masyarakat ___________ mendahului reka bentuk hiasan dalaman.
Mesir
Rom
Greek
14. Pada abad ke-18 dan 19, seni ____________, ____________ dan ___________ telah mengetengahkan reka bentuk hiasan dalaman kepada umum.
Baroque
Vintaj
Art Deco
Art Nouveau
15. Tandakan 4 Prinsip reka bentuk hiasan dalaman.
Harmoni
Kontra
Ilusi
Penegasan
Imbangan
