Font size
WorksheetsUJIAN RBT TAHUN 4 OGOS 2021
Total questions: 25
Worksheet time: 14mins
Mengapakah murid tidak dibenarkan memasuki bengkel tanpa kebenaran guru?
Supaya tiada alatan yang rosak.
Supaya murid tidak dimarahi guru.
Supaya murid tidak ditimpa kemalangan.
Supaya tiada alat tulis kawan yang hilang.
Bilakah simbol ini menjadi rujukan dan panduan penting?
Semasa berlakunya kebakaran.
Semasa perhimpunan rasmi sekolah.
Semasa melakukan kerja berkumpulan di bengkel.
Semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di bengkel.
Pilih 3 amalan keselamatan ketika berada di dalam bengkel.
Peraturan keselamatan diri.
Peraturan keselamatan bengkel.
Peraturan keselamatan pakaian.
Peraturan keselamatan peralatan dan bahan.
Berikut adalah kemalangan yang mungkin terjadi ketika berada di dalam bengkel kecuali :
Melecur.
Kebakaran.
Terkena renjatan elektrik.
Kehilangan peralatan.
Apakah amalan keselamatan di dalam bengkel berdasarkan gambar yang diberikan?
Peraturan keselamatan bengkel.
Peraturan keselamatan diri.
Peraturan keselamatan pakaian.
Peraturan keselamatan peralatan dan bahan.
Pilih 2 peraturan keselamatan peralatan dan bahan.
Jangan bermain dan bergurau ketika menggunakan alatan.
Bersihkan bengkel selepas selesai aktiviti.
Susun beg di luar bengkel dengan kemas.
Simpan bahan berbahaya di tempat yang selamat.
Warna putih pada simbol dan tanda keselamatan bermaksud?
Waspada
Pernyataan umum
Mesti dipatuhi.
Larangan.
Warna kuning pada simbol dan tanda keselamatan mempunyai 3 maksud iaitu :
Perhatian.
Zon aman.
Amaran.
Potensi bahaya.
Apakah yang akan berlaku sekiranya murid memasukkan paku ke dalam lubang soket elektrik tersebut?
Bengkel akan terbakar.
Murid akan terbakar dan melecur.
Murid tersebut terkena renjatan elektrik.
Bekalan elektrik di bengkel akan terputus.
Apakah maksud reka bentuk?
Terang dan gelap sesuatu produk yang direka.
Corak dan bentuk sesuatu produk yang direka.
Garisan dan warna sesuatu produk yang direka.
Bangunan dan kenderaan sesuatu produk yang direka.
Apakah tujuan reka bentuk produk seperti gambar dicipta?
Mencantikkan pemandangan sungai.
Manusia melintasi sungai dengan cepat.
Melumpuhkan perkhidmatan perahu dan feri.
Menunjukkan kecanggihan teknologi pembinaan.
Apakah tujuan menilai dan membuat analisis terhadap setiap lakaran idea yang telah dibuat?
Memudahkan penghasilan reka bentuk.
Memberikan hasil reka bentuk produk yang diterima oleh guru RBT.
Mendapatkan markah yang lebih terhadap produk yang dihasilkan.
Mengesan kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada lakaran produk.
Berikut ialah produk yang perlu dipersembahkan semasa membuat pembentangan projek kecuali
Fungsi reka bentuk produk.
Kelebihan reka bentuk produk.
Cara membina reka cipta produk.
Masalah dan kelemahan reka cipta produk.
Terdapat 2 jenis teknologi peralatan, antaranya ialah
Teknologi komunikasi.
Teknologi peralatan konvensional.
Teknologi peralatan pertanian.
Teknologi peralatan binaan.
Teknologi bermaksud penggunaan pengetahuan sains dalam mereka cipta alat yang ____________ urusan seharian manusia.
memudahkan
melambatkan
menyukarkan
mempelbagaikan
Kepesatan teknologi membawa Malaysia menuju sebuah negara yang ____________
maju
kreatif
mundur
merdeka
Manakah antara berikut memberi kemudahan kepada manusia untuk bergerak lebih pantas dan selesa bagi perjalanan jarak jauh?
Apakah 3 kepentingan teknologi?
Memberi peluang kerjaya.
Komunikasi yang pantas dan berkesan.
Menghasilkan peralatan canggih dan mahal.
Memudahkan urusan manusia.
Antara yang berikut, yang manakah teknologi peralatan konvensional?
Pengisar
Mesin rumput
Jarum dan benang
Gergaji elektrik
Berapa banyakkah lakaran yang perlu dilakukan dalam menghasilkan lakaran reka bentuk?
4
3
2
1
Apakah yang perlu dilakukan selepas proses memilih lakaran?
Menunjukkan kepada guru.
Membuat penambahbaikan.
Meminta pendapat rakan.
Menghasilkan projek.
Nyatakan jenis garisan yang digunakan bagi menghasilkan bentuk ubat nyamuk.
Lingkaran
Beralun
Putus-putus
Zig-zag
Nyatakan 3 jenis garisan yang terdapat dalam reka bentuk.
Garisan nipis.
Garisan berlingkar.
Garisan tebal.
Garisan halus.
Elemen dalam reka bentuk ini memberikan kesan ruang di dalam sebuah bilik yang kecil kelihatan lebih besar.
Bentuk
Ruang
Warna
Saiz
Manakah reka bentuk berikut merupakan bukan reka bentuk kuasa manusia?
Reka bentuk pokok bunga
Reka bentuk grafik
Reka bentuk makanan
Reka bentuk kereta
