wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sirah 25 rasul

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah Nabi yang dikurniakan kebolehan berkata-kata untuk mempertahankan kebenaran ibunya.

a)

Nabi Muhammad s.a.w

b)

Nabi Zulkifli a.s

c)

Nabi Isa a.s

d)

Nabi Yusuf a.s

2.

Nabi yang diutuskan kepada penduduk Nainawa di Iraq, tetapi dakwah baginda tidak diterima. Baginda keluar dari Nainawa dan menumpang kapal yang penuh muatan.


Akhirnya, baginda ditelan oleh ikan Nun.

a)

Nabi Zakariya a.s

b)

Nabi Yunus a.s

c)

Nabi Yusuf a.s

d)

Nabi Hud a.s

3.

Nabi Daud a.s dilantik menjadi Raja di Palestin. Antara mukjizat baginda ialah

a)

Menguasai angin, jin dan haiwan dalam pemerintahan

b)

Kepetahan dalam berbicara

c)

Ketampanan paras rupa dan ilmu mentafsir mimpi

d)

Memiliki suara yang merdu dan mampu melembutkan besi

4.

Allah mengutuskan Nabi Syuaib kepada kaumnya yang melakukan dosa

a)

Mengamalkan jenayah liwat

b)

Menolak dakwah baginda

c)

Penipuan dalam urusan sukatan dan timbangan ketika berjual beli

d)

Mengeluarkan seekor unta betina

5.

Kaum A'ad di Yaman telah menolak dakwah Nabi Hud a.s. Apakah azab yang ditimpakan ke atas mereka

a)

Allah memusnahkan mereka dengan suara pekikan dari langit

b)

Allah mendatangkan angin sarsar iaitu angin sejuk yang sangat kencang

c)

Allah menurunkan hujan batu dan menterbalikkan bumi ke atas mereka

d)

Allah menimpakan banjir besar

6.

Dalam bahasa Ibrani, "Israel" yang bermaksud hamba Allah merujuk kepada Nabi

a)

Nabi Isa a.s

b)

Nabi Yusuf a.s

c)

Nabi Luth a.s

d)

Nabi Yaakub a.s

7.

Nabi Luth a.s adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. Baginda diutuskan kepada kaum

a)

Sadum

b)

Madyan

c)

Nainawa

d)

Thamud

8.

Nabi yang diuji dengan sakit yang lama, kehilangan anak dan harta ialah

a)

Nabi Zulkifli a.s

b)

Nabi Musa a.s

c)

Nabi Ayyub a.s

d)

Nabi Ilyasa' a.s

9.

Nabi Yahya a.s adalah putera kepada Nabi

a)

Nabi Zakariyya a.s

b)

Nabi Ibrahim a.s

c)

Nabi Daud a.s

d)

Nabi Ayyub a.s

10.

Nabi Adam ialah nabi yang .......

a)

Terakhir

b)

Kedua

c)

Pertama

d)

Kelima

11.

Siapakah nabi yang pandai dalam ilmu penulisan dan jahitan ?

a)

Nabi Nuh

b)

Nabi Ibrahim

c)

Nabi Ishak

d)

Nabi Idris

12.

Berapa lamakah Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya ?

a)

950 tahun

b)

95 tahun

c)

90 tahun

d)

85 tahun

13.

Nabi Hud diutuskan kepada kaum ......

a)

Tsamud

b)

Ad

c)

Quraisy

d)

Bani Israel

14.

Kaum Tsamud dimusnahkan oleh Allah dengan .......

a)

Banjir yang besar

b)

Gempa bumi

c)

Suara pekikan dari langit

d)

Disambar petir

15.

........... dikurniakan ketampanan rupa paras dan ilmu mentafsir mimpi.

a)

Nabi Musa

b)

Nabi Ismail

c)

Nabi Muhammad

d)

Nabi Yusuf

16.

Nabi Ibrahim dan anak baginda, ......... membina kaabah.

a)

Nabi Ismail

b)

Nabi Ishak

c)

Nabi Zulkifli

d)

Nabi Syuaib

17.

Ketika masih bayi, Nabi Isa dikurniakan kebolehan ........

a)

Mentafsir mimpi

b)

Berkata-kata

c)

Menangis

d)

Ketawa

18.

Apakah gelaran kepada Nabi Muhammad SAW ?

a)

Al Farouq

b)

Saifullah

c)

Asadullah

d)

Al Amin

19.

Beriman kepada Nabi dan Rasul adalah rukun iman yang ke-5.

a)
b)
20.

Kita wajib mengetahui 25 nama Rasul.

a)
b)
21.

Siapakah 5 Rasul yang digelar Ulul Azmi?

a)

Adam, Idris, Nuh, Isa & Muhammad

b)

Nuh, Ibrahim, Musa, Isa & Muhammad

c)

Yunus, Zakaria, Luth, Ibrahim & Muhammad

d)

Ibrahim, Musa, Daud, Yusuf & Muhammad

22.

Siapakah Nabi yang kisahnya bersesuaian dengan gambar di atas?

a)

Yunus

b)

Nuh

c)

Daud

d)

Sulaiman

23.

Siapakah Nabi yang kisahnya bersesuaian dengan gambar di atas?

a)

Daud

b)

Idris

c)

Ilyas

d)

Musa

24.

Pasangan ayah- anak yang manakah betul?

a)

Nabi Yunus - Nabi Zakariya

b)

Nabi Ibrahim - Nabi Ismail

c)

Nabi Yaaqub - Nabi Yusuf

d)

Nabi Musa - Nabi Harun

25.

3 padanan yang betul tentang hubungan AYAH dan ANAK ialah

a)

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail

b)

Nabi Ishaq dan Nabi Yaakub

c)

Nabi Musa dan Nabi Zulkifli

d)

Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf

e)

Nabi Isa dan Nabi Muhammad

26.

Siapakah Saidatina Maryam bin Imran?

a)

Ibu kepada Nabi Musa

b)

Ibu kepada Nabi Isa

27.

* Nabi yang boleh menguasai angin, jin dan haiwan dalam pemerintahannya.


* Baginda menawan negeri Saba' daripada Ratu Balqis.

a)

Nabi Syuib a.s

b)

Nabi Sulaiman A.s

28.

* Hidup di Mesir bawah pemerintahan Raja Fir'aun


* Tinggal di istana Raja Fir'aun bersama Permaisuri Asiah


* Mukjizat baginda ialah tongkat bertukar menjadi ular untuk menelan ular-ular ahli sihir


Siapakah Nabi di atas?

a)

Nabi Musa a.s

b)

Nabi Daud a.s

29.

Kaum Sadum telah diazab Allah swt dengan cara ditimpa hujan batu dan diterbalikkan bumi ke atas mereka.


Mereka diazab atas dosa mengamalkan jenayah liwat atau homoseksual.


Siapakah Nabi Allah yang diutuskan kepada kaum ini?

a)

Nabi Hud a.s

b)

Nabi Nuh a.s

c)

Nabi Luth a.s

30.

* Baginda dikaitkan dengan kisah pengorbanan agung yang diraikan pada hari Raya 'Aidil Adha.


* Baginda juga disebut di dalam lafaz tahiyyat akhir di dalam solat

a)

Nabi Ibrahim a.s

b)

Nabi Muhammad s.a.w

31.

* Baginda mempunyai 2 pasangan anak kembar, iaitu Habil dan Qabil serta Labuda dan Ikrima.


* Kisah pembunuhan anak baginda telah terpahat dalam sejarah sebagai pembunuh manusia pertama.


Baginda ialah

a)

Nabi Adam a.s

b)

Nabi Ayub a.s

32.

Tahun kelahiran Nabi Muhammad?

a)

Tahun Tikus

b)

Tahun Angsa

c)

Tahun Gajah

d)

Tahun Sapi

33.

Siapakah nama Nabi Muhammad?

a)

Muhammad Bin Abdul Rahman

b)

Muhammad Bin Abdul Aziz

c)

Muhammad Bin Abdullah

d)

Muhammad Bin Ali

34.

Siapakah nama ayah Nabi Muhammad

a)

Abdullah Bin Abdul Mutalib

b)

Abdullah bin Badawi

c)

Abdullah Bin Umar

d)

Abdullah Bin Aziz

35.

Siapakah nama ibu Nabi Muhammad?

a)

Aminah Binti Hasan

b)

Aminah Binti Abdul Rahman

c)

Aminah Binti Wahab

d)

Aminah Binti Abdul Aziz