wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PA S1 TOPIK 3 KERAJAAN MALAYSIA

Total questions: 50

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah yang benar tentang sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?

a)

Ketua negara dipilih dalam pilihan raya

b)

Pengundian pilihan raya diadakan secara sulit

c)

Semua ahli Majlis Parlimen dipilih oleh rakyat

d)

Rakyat perlu memilih wakil kawasan mereka ke Dewan Rakyat

2.

Yang manakah benar mengenai sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?

a)

Pilihan raya boleh diawalkan dari tempoh yang ditetapkan, iaitu lima tahun.

b)

Pilihan raya peringkat persekutuan dilaksanakan apabila Parlimen dibubarkan.

c)

Pilihan raya perlu diadakan selepas Perdana Menteri membubarkan Parlimen.

d)

Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 30 hari selepas Parlimen dibubarkan.

3.

Yang manakah yang benar tentang kuasa YDPA?

a)

Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan

b)

Kuasa mengisytiharkan darurat jika negara terancam

c)

Kuasa pengampunan di Mahkamah Syariah untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia

d)

Kuasa budi bicara dalam menganugerahkan pingat dan pangkat kepada pembesar negara

4.

Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat jemaah Pengampunan berkuasa untuk mengampunkan kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di...

a)

Mahkamah Majistret di Johor

b)

Mahkamah Majistret di Kelantan

c)

Mahkamah Syariah di Sarawak

d)

Mahkamah Sesyen di Selangor

5.

Yang manakah kuasa Yang di-Pertuan Agong terhadap Dewan Rakyat?

a)

merasmikan Persidangan Dewan Rakyat pada setiap penggal

b)

melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat atas nasihat Perdana Menteri

c)

Memecat Setiausaha Dewan Rakyat atas nasihat Yang Dipertua Dewan Rakyat

d)

Meluluskan rang undang-undang yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat

6.

Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam pelantikan jawatan ....

a)

Peguam Negara

b)

Perdana Menteri

c)

Ahli Suruhanjaya

d)

Ketua Hakim Negara

7.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang jawatan Ketua Audit Negara?

a)

Pemilihannya adalah dalam kalangan ahli Parlimen

b)

Saraannya ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong

c)

Pelantikannya di buat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

d)

Pemecatannya oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor tribunal

8.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang fungsi Majlis Raja-Raja?

a)

memberi pengampunan pesalah di Mahkamah Syariah

b)

memberi persetujuan terhadap pelantikan Perdana Menteri

c)

memberi persetujuan terhadap pelantikan Yang Dipertua Negeri

d)

memberi persetujuan terhadap pindaan undang-undang persempadanan negeri

9.

Yang manakah kepentingan institut beraja dalam sistem pemerintahan Malaysia?

a)

memeriksa dan mengimbangi tindakan-tindakan untuk memupuk keharmonian rakyat

b)

meninjau keutuhan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihanraya

c)

mengesahkan keesahan penggubalan undang-undang negara

d)

memantau kecekapan pelaksanaan projek pembangunan

10.

"Pihak pentadbiran mestilah bukan orang yang sama dengan yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dan badan kehakiman pula tidak boleh mengganggu proses pentadbiran." Pernyataan ini merujuk kepada....

a)

pemusatan kuasa

b)

pengasingan kuasa

c)

penyelarasan kuasa

d)

pembahagian kuasa

11.

Yang manakah yang benar tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam perundangan?

a)

memanggil Dewan Undangan Negeri bermesyuarat dari semasa ke semasa

b)

memberikan nasihat dalam mana-mana Majlis Parlimen

c)

memberhentikan dan membubarkan Parlimen

d)

meluluskan rang undang-undang

12.

Yang manakah yang benar tentang kuasa budi bicara YDPA?

a)

melantik Jemaah Menteri

b)

melantik Perdana Menteri

c)

memperkenaan rang undang-undang

d)

tidak mempersetujui pembuburan Parlimen

13.

Yang manakah yang benar tentang fungsi Majlis Raj-raja.

a)

mengubah sempadan negeri

b)

melantik anggota-anggota Mahkamah Khas

c)

mengumumkan pelantikan YDPA

d)

menasihati YDPA tentang pentadbiran negara

14.

Yang manakah yang benar tentang Penyimpan Mohor Besar Raja-raja?

a)

Setiausaha Majlis Raja-raja

b)

pelantikannya dibuat oleh YDPA

c)

mengesahkan semua keputusan Majlis Raja-raja dan Parlimen

d)

memegang jawatan selama diperkenaan oleh Majlis Raja-raja

15.

Yang manakah yang benar tentang tugas YDPA dalam Parlimen?

a)

meluluskan rang undang-undang negeri

b)

mempengerusikan persidangan Parlimen

c)

memperkenankan pindaan perlembagaan

d)

membubarkan Parlimen mengikut budi bicara baginda

16.

Yang manakah yang benar tentang Ketua Audit Negara.

a)

dilantik oleh YDPA atas nasihat MRR

b)

Saraan ditentukan oleh kabinet dan dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang yang disatukan

c)

bebas memberikan kritikan dan saraan terhadap perbelanjaan yang terdapat dalam laporan pengauditannya

d)

berkuasa dan bertanggungjawab untuk memeriksa, menyiasat dan mengaudit semua akaun Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

17.

Yang manakah yang benar tentang Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)?

a)

merupakan sebuah jawatankuasa Parlimen di Dewan Negara

b)

menghantar laporan kewangan kepada YDPA

c)

keanggotaan terdiri daripada ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara

d)

bertanggungjawab untuk memastikan akuantabiliti pengurusan wang awam

18.

Yang manakah yang benar tentang kuasa YDPA...

a)

kuasa pemerintah bagi Persekutuan

b)

kuasa mengisytiharkan darurat jika negara terancam

c)

kuasa pengampunan di Mahkamah Syariah untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia

d)

kuasa budi bicara dalam menganugerahkan pingat dan pangkat

19.

YDPA dengan nasihat Jemaah Pengampunan berkuasa untuk mengampunkan kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di ....

a)

Mahkamah Majistret di Perak

b)

Mahkamah Tinggi di Kelantan

c)

Mahkamah Syariah di Sarawak

d)

Mahkamah Sesyen di Kedah

20.

Yang manakah kuasa YDPA terhadap Dewan Rakyat.

a)

merasmikan Persidangan Dewan Rakyat pada setiap penggal

b)

melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat atas nasihat Perdana Menteri

c)

Meluluskan rang undang-undang yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat

d)

memecat Setiausaha Dewan Rakyat atas nasihat Yang Dipertua Dewan Rakyat

21.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang jawatan Ketua Audit Negara?

a)

pemilihannya adalah dalam kalangan ahli Parlimen

b)

saraannya ditentukan oleh YDPA

c)

Pelantikannya dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

d)

Pemecatannya oleh YDPA atas syor tribunal

22.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang fungsi MRR?

a)

memberi pengampunan pesalah di Mahkamah Syariah

b)

memberi pengampunan terhadap pelantikan Perdana Menteri

c)

memberikan persetujuan terhadap pelantikan Yang Dipertua Negeri

d)

memberi persetujuan terhadap pindaan undang-undang

23.

*bertindak sebagai setiausaha

*menyimpan minit mesyuarat Majlis Raja-raja

Pernyataan di atas merujuk kepada...

a)

Ketua Audit Negara

b)

Yang di-Pertua Negeri

c)

Dewan Undangan Negeri

d)

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja

24.

Antara berikut, yang manakah tidak melibatkan keanggotaan Majlis Raja-raja?

a)

Perdana Menteri

b)

Yang di-Pertua Besar Negeri Sembilan

c)

Wakil raja yang menggatikan raja yang tidak dapat hadir

d)

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak

25.

Antara berikut, yang manakah dibuat mengikut budi bicara Yang di-Pertua Agong?

a)

menangguhkan permintaan pembubaran Parlimen

b)

melantik Perdana Menteri dan Peguam Negara

c)

mempengerusikan Dewan Undangan Negeri

d)

menentukan keputusan kabinet tentang sesuatu dasar

26.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan tugas-tugas Majlis Raja-raja?

a)

memilih atau memecat Yang d-Pertuan Agong

b)

melantik menteri-menteri Kabinet

c)

memberikan nasihat tentang pelantikan Ketua Audit Negara

d)

menyetujui atau tidak menyetujui pembubaran Parlimen

27.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan tugas-tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja?

a)

mempengerusi mesyuarat Majlis Raja-raja

b)

mencatat minit mesyuarat Majlis Raja-raja

c)

mengumumkan keputusan penting Mesyuarat Majlis Raja-raja

d)

menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri

28.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Majlis Raja-raja KECUALI?

a)

berkuasa untuk membuat undang-undang Islam

b)

berhak untuk mempertimbangkan soal-soal tentang dasar negara

c)

mengadili tuduhan terhadap raja-raja

d)

memupuk hubungan yang rapat antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan

29.

Majlis Raja-raja boleh memberikan nasihat dalam pelantikan...

a)

Ketua Hakim Negara

b)

anggota-anggota Dewan Negara

c)

anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya

d)

Perdana Menteri

30.

Antara yang berikut, siapakah yang boleh membuat permintaan untuk mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja?

a)

Yang di-Pertuan Agong

b)

Perdana Menteri

c)

Raja-raja

d)

Penyimpan Mohor Raja-raja

31.

Siapakah yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-raja?

a)

Yang di-Pertuan Agong

b)

Timbalan Yang di-Pertuan Agong

c)

Perdana Menteri

d)

Raja-raja secara bergilir-gilir

32.

Antara pindaan Perlembagaan yang berikut, yang manakah memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?

a)

Keistimewaan Parlimen

b)

Pengubahan sempadan kawasan pilihan raya

c)

Soal pengguguran kedudukan istimewa orang-orang Melayu

d)

memperketat Akta Keselamatan dalam Negeri

33.

YDPA boleh bertindak mengikut budi bicara dalam pelantikan jawatan....

a)

Peguam Negara

b)

Perdana Menteri

c)

Ahli Suruhanjaya

d)

Ketua Hakim Negara

34.

Berikut ini ialah keistimewaan dan kuasa yang dipunyai oleh YDPA kecuali....

a)

baginda tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah di Malaysia

b)

keutamaan baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan

c)

baginda ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera

d)

baginda berhak menolaj permintaan untuk membubarkan Parlimen

35.

YDPA dipilih oleh...

a)

Perdan Menteri

b)

Kabinet

c)

Majlis Raja-raja

d)

Dewan Rakyat dan Dewan Negara

36.

Tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah selama...

a)

3 tahun

b)

4 tahun

c)

5 tahun

d)

6 tahun

37.

YDPA Tanah Melayu yang pertama ialah...

a)

Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad

b)

Tuanku Syed Putra al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail

c)

Tuanku Yahya Petra ibni Al-Murhum Sultan Ibrahim

d)

Tuanku Haji Ahmad Shah Al-Musta'in

38.

YDPA ialah Ketua Agama Islam di negeri-negeri....

a)

Selangor

b)

Pulau Pinang

c)

Perlis

d)

Sabah

39.

Kuasa pengampunan YDPA merangkum pesalah-pesalah yang berikut KECUALI...

a)

orang yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera

b)

orang yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di Melaka dan Pulau Pinang

c)

orang didapati bersalah oleh Mahkamah Awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

d)

orang yang didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

40.

Siapakah yang bertanggungjawab untuk mengisytiharkan keputusan pemilihan YDPA?

a)

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja

b)

Majlis Raja-raja

c)

Parlimen

d)

Perdana Menteri

41.

Apakah perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh YDPA?

a)

bergiat secara aktif dalam politik

b)

menolak permohonan untuk membubarkan PArlimen

c)

mengisytiharkan darurat tanpa berbincang dengan Perdana Menteri

d)

memohon supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-raja

42.

Antara yang berikut yang manakah tidak benar tentang jawatan YDPA?

a)

Baginda menjalankan tugas atas nasihat Perdana Menteri dan tertakluk pada Perlembagaan

b)

Baginda bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu

c)

Baginda tidak boleh dipecat oleh Kabinet ataupun Parlimen

d)

Baginda merupakan Ketua Agama Islam untuk semua negeri di Malaysia

43.

Apakah yang akan terjadi kepada rang undang-undang yang dikemukakan kepada YDPA tetapi tidak diluluskan oleh baginda?

a)

Rang Undang-undang itu akan dikembalikan kepada Parlimen untuk dibahaskan semula

b)

Rang Undang-undang itu akan dirujuk kepada MRR

c)

Rang Undang-undang itu dianggap sebagai diluluskan secara automatik selepas 30 hari.

d)

Rang undang-undang itu terpaksa dimansuhkan

44.

Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan setelah...

a)

diwartakan sebagai warta kerajaan

b)

diluluskan oleh Parlimen

c)

diluluskan oleh kabinet

d)

diperkenaan oleh YDPA

45.

Antara tugas yang berikut, yang manakah dijalankan oleh YDPA mengikut kuasa budi bicara baginda?

a)

melantik Timbalan YDPA

b)

melantik Speaker Dewan Rakyat dan setiausaha Parlimen

c)

menolak permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen

d)

melantik Pemangku Raja di negeri baginda

46.

*YDPA melantik Perdana Menteri dalam kalangan wakil rakyat dari parti yang memenangi pilihanraya

*Perdana Menteri yang dilantik akan menyenaraikan ahli-ahli kabinet.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah sistem pemerintahan yang diamalkan?

a)

Demokrasi Terpimpin

b)

Raja Berperlembagaan

c)

Demokrasi Berparlimen

d)

Pemerintahan pengasingan kuasa

47.

Yang manakah benar tentang Penyimpan Mohor Besar Raja-raja?

a)

memegang jawatan selama lima tahun

b)

merupakan setiausaha kepada MRR

c)

dilantik oleh MRR atas nasihat Perdana Menteri

d)

pegawai kanan yang masih berkhidmat dalam kerajaan

48.

Tugas Ketua Audit Negara ialah....

a)

memeriksa akaun-akaun Persekutuan

b)

membuat laporan tentang perbelanjaan Persekutuan

c)

meluluskan perbelanjaan yang dibuat oleh Persekutuan

d)

mengurus pemberian pinjaman wang persekutuan kepada negeri

49.

Yang manakah fungsi MRR?

a)

mengisytiharkan darurat

b)

melantik Jemaah Menteri

c)

memilih Yang Dipertua Negeri

d)

Menimbangkan keputusan untuk mengubah sempadan negeri

50.

Yang manakah benar tentang YDPA?

a)

Ketua Agama Persekutuan

b)

Ketua Kerajaan Persekutuan

c)

Pengerusi Tetap Mesyuarat Majlis Raja-raja

d)

Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia