wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TABURAN PENDUDUK DUNIA MENGIKUT WILAYAH

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Taburan penduduk di sesebuah kawasan bermaksud _________________ ?

a)

sejumlah manusia yang mendiami sesebuah kawasan

b)

manusia yang menjalankan aktiviti petempatan.

c)

sebaran penduduk di permukaan bumi yang tidak sekata.

d)

manusia yang mendiami semua benua di dunia.

2.

Tandakan (/) bagi jenis taburan penduduk dunia.

a)

kawasan berpenduduk tinggi

b)

kawasan yang berpenduduk padat

c)

kawasan yang berpenduduk sederhana padat

d)

kawasan berpenduduk jarang.

3.

Tandakan (/) bagi pola sebaran penduduk dunia.

a)

Mengikut benua.

b)

Mengikut garis lintang / latitud

c)

Mengikut negara

d)

Mengikut kepadatan

4.

Antara berikut, benua manakah yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi?

a)

Benua Amerika Selatan

b)

Benua Eropah

c)

Benua Amerika Utara

d)

Benua Asia

5.

Tandakan (/) bagai kawasan yang mempunyai taburan penduduk yang sederhana padat.

a)

China

b)

Amerika Syarikat

c)

Canada

d)

Amerika Selatan

6.

Tandakan (/) bagi benua yang mempunyai taburan penduduk yang kurang padat/jarang.

a)

kawasan artik

b)

kawasan antartika

c)

Utara Kanada

d)

Jepun

7.

Mengapakah taburan kepadatan penduduk di kawasan Utara Kanada dan Russia kurang padat / jarang?

a)

Mengalami pergolakkan politik

b)

Iklim sejuk melampau

c)

Iklim gurun

d)

Iklim tropika lembap

8.

Taburan dan kepadatan penduduk di benua Asia ialah tertumpu di kawasan ______________ dan _______________ .

a)

tanah tinggi dan lembah sungai

b)

tanah pamah dan lembah sungai

c)

pinggir pantai dan hutan belantara

d)

tanah pamah dan hutan belantara

9.

Di Eropah, kawasan berpenduduk padat terletak di kawasan yang agak ___________________ iaitu kawasan perlombongan arang batu.

a)

lembah sungai

b)

berbukit

c)

berdataran pantai

d)

tanah pamah

10.

Tandakan (/) bagi faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di dunia.

a)

Bentuk muka bumi

b)

Saliran

c)

Hujan

d)

Sumber alam

e)

Iklim

11.

Berikut merupakan faktor iklim yang mempengaruhi ketidakseimbangan taburan penduduk dunia, KECUALI?

a)

Keadaan iklim gurun yang panas menyebabkan manusia enggan mendiami kawasan berkenaan.

b)

Kawasan gurun sejuk yang bercirikan musim sejuk melampau dan musim panas yang pendek menyukarkan aktiviti pertanian dan penternakan dijalankan.

c)

Kawasan tanah tinggi dan bergunung-ganang menyukarkan manusia membina petempatan.

d)

Di kawasan beriklim khatulistiwa, taburan dan kepadatan penduduk jauh lebih tinggi berbanding dengan kawasan gurun sejuk dan panas.

12.

Mengapakah kawasan yang mempunyai saliran yang buruk dan berpaya tidak sesuai dijadikan sebagai kawasan petempatan?

a)

Banyak buaya yang mengancam nyawa penduduk.

b)

Menyukarkan pembinaan kawasan petempatan dan jalan raya.

c)

Manusia sukar mendapat bekalan makanan.

d)

Terdedah dengan bahaya seperti ancaman haiwan berbisa dan buas.

13.

Berikut merupakan faktor bentuk muka bumi yang menjadi penghalang kepada manusia untuk membina petempatan di kawasan tanah tinggi, KECUALI?

a)

kekurangan tanah untuk pertanian

b)

kos operasi yang tinggi

c)

kawasan terpencil dan menyukarkan pergerakan

d)

berlaku tanah runtuh

14.

Faktor tanah juga mempengaruhi ketidakseimbangan taburan penduduk dunia, KECUALI?

a)

Tanah yang subur dapat menjamin pengeluaran hasil pertanian yang tinggi

b)

Tanah aluvium yang subur di kawasan delta dan lembangan sungai dapat menampung penduduk yang padat

c)

Hujan yang lebat menyebabkan tanah subur

d)

kawasan yang bertanih laterit kurang sesuai untuk pertanian intensif

15.

Tandakan (/) bagi faktor alam sekitar manusia yang mempengaruhi ketidakseimbangan taburan penduduk dunia.

a)

Faktor ekonomi

b)

Faktor teknologi

c)

Faktor sosial

d)

Faktor pembandaran

e)

Faktor bentuk muka bumi