WorksheetsKata Ganda Separa (Tahun 3) Part1
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Banyak______________ kering yang gugur di bawah pokok besar itu.
pepohon
dedaun
dedahan
Kakak saya baru sahaja melahirkan seorang bayi___________ yang sangat comel.
perempuan
lelaki
putih
Ayah sangat gemar makan mi sup yang dimasak dengan __________ daging.
bebulat
bebola
bersama
Pemandangan sawah padi di kampung saya sangat luas, ____________ mata memandang.
sangat-sangat
luas-luas
sejauh-jauh
Kita perlu selalu makan ______________ kerana ia mengandungi banyak vitamin yang baik untuk badan.
coklat-coklat
buah-buahan
bunga-bungaan
Cuaca hari ini sangat baik, langit _____________ menandakan hari yang cerah.
kekuning-kuningan
kemerah-merahan
kebiru-biruan
Banyak _____________ yang rendang tumbuh di sekitar pantai itu.
pepohon
kekayu
pepasir
Majlis sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini tidak dapat diadakan secara ______________ kerana wabak covid yang melanda negara.
kecil-kecilan
besar-besaran
beramai-ramai
Pada pagi hari raya, keluarga kami akan ______________ memohon ampun dan maaf kepada yang lebih tua.
menangis-nangis
marah-marah
bersalam-salaman
Mereka pergi ke pusat membeli-belah itu ___________ untuk membeli hadiah buat Cikgu Aina yang akan berpindah sekolah pada minggu hadapan.
beramai-ramai
bersungguh-sungguh
berlumba-lumba
Kamal dan Aimran duduk di bawah pokok itu sambil ___________ pada waktu petang.
berlari-lari
berterus-terang
berbual-bual
Kakak memakai _____________ sebelum pergi ke majlis kenduri itu.
wangi-wangian
nasi minyak
baju kurung
Sikap nakal Samsul semakin ______________ sejak ayahnya meninggal dunia tahun lalu.
nakal-nakalan
berbaik-baik
menjadi-jadi
Aisya menghadiahkan saya seutas jam tangan sebagai __________ tanda persahabatan kami.
kenang-kenangan
buah-buahan
janji-janji
Adik masih tidak suka makan ______________ walaupun ibu selalu memasaknya.
buah-buahan
sayur-sayuran
kayu-kayuan
