WorksheetsKertas 2 Bahasa Standard & Peribahasa
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Soalan Bahasa Melayu Standard dalam bahasa Melayu SPM KSSM Kertas 2 ialah berkaitan
Sintaksis Bahasa Melayu
Penggunaan Puisi Tradisional dalam Sastera Melayu
Menukarkan bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard
Menukarkan bahasa Melayu Standard kepada Bahasa Melayu Klasik
Berapa permarkahan bahagian bahasa standard?
6 markah
Tidak Tetap
12 markah
13 markah
Nyatakan pilihan yang tepat bagi tajuk Prosa Tradisional Tingkatan 4 (Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul) dan Tingkatan 5 (Antologi Sejadah Rindu)
Hikayat Burung Bayan - Khoja Maimun
Kepimpinan Melalui Teladan - Burung Terbang Dipipiskan Lada
Cerita 1001 malam -Burung Terbang Dipipiskan Lada
Kepimpinan Melalui Teladan - Hikayat Hang Silu
Nyatakan maksud perkataan masyghul
bersedih
gembira
masyhur
sugul
Manakah yang tepat untuk jawapan bahasa standard bagi bahasa Melayu klasik ini?
Maka sekalian orang terkejut tapir melihat kelakuan lebai
Disebutkan kisah orang semua terbahak-bahak ketawa dan terkejut melihat tapir
Lebai itu kelakuannya mabuk berahi dan menyebabkan semua orang terkejut tapir dan terbahak-bahak ketawa
Semua orang yang melihat kelakuan lebai yang asyik bermain layang-layang sambil ketawa terbahak-bahak itu, terkejut seperti tapir.
Pilih jawapan yang SALAH untuk kaedah menukarkan bahasa Melayu klasik kepada Bahasa Melayu Standard
Boleh tafsir atau membuat ulasan cerita dalam teks tersebut.
Kenal pasti watak dan peranannya
Kekalkan bahasa istana semasa menukar bahasa standard
Semua dialog dalam teks klasik hendaklah ditukarkan ke bahasa Melayu standard
Jangan tinggalkan atau gugurkan mana-mana bahagian isi teks.
Soalan Peribahasa SPM BM KSSM adalah berbentuk berikut KECUALI:
Gambar situasi
Petikan
Dialog
Memorandum
Pilih jawapan yang TEPAT
1. Nasib yang baik menyebabkan seseorang itu selamat atau mendapat rezeki, jika bernasib malang, seseorang akan menghadapi masalah 2. Bersatu padu melakukan sesuatu. 3. Seseorang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.
1. Nasib baik mengikut takdir 2. Orang yang malas akan hanya akan bekerja atau melakukan sesuatu apabila disuruh. 3. Seseorang yang bersikap adil.
1. Nasib yang baik menyebabkan seseorang itu selamat atau mendapat rezeki, jika bernasib malang, seseorang akan menghadapi masalah 2. Orang yang malas akan hanya akan bekerja atau melakukan sesuatu apabila disuruh. 3. Seseorang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.
1. Nasib yang baik menyebabkan seseorang itu selamat atau mendapat rezeki, jika bernasib malang, seseorang akan menghadapi masalah 2. Memberikan nasihat secara sia-sia 3. Seseorang yang tidak bermaksud untuk masuk campur.
Nyatakan pilihan peribahasa yang sesuai untuk situasi ini: Jika mahu melakukan sesuatu perlu berusaha dalam melakukannya, tetapi jika tak mahu buat akan beri banyak alasan.
Genggam bara api biar sampai jadi abu
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Berikan maksud peribahasa ini: Jinak-Jinak Merpati
Orang yang kelihatan lemah lembut tetapi tidak mudah diperdaya
Orang yang ramah
Orang yang mudah didekati
Orang yang nampak baik sebenarnya penuh tipu muslihat
