Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MIKROEKONOMI - BAB 1 (Set 5)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad menyebabkan.

a)

Masyarakat terpaksa membuat pilihan dan menghadapi kos lepas

b)

Masyarakat mempunyai keupayaan membeli mengkut citarasa

c)

Masyarakat mengalami masalah kekurangan barang dan perkhidmatan

d)

Masyarakat dapat memaksimumkan kepuasan daripada penggunaan sesuatu barang

2.

Rajah di atas menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah negara yang mengeluarkan barang pertanian dan barang perkilangan


Penyataan manakah yang benar

a)

Pengeluaran yang cekap berlaku pada titik B

b)

Pembaziran sumber berlaku pada titik C

c)

Firma yang cekap akan memilih titik B berbanding titik A

d)

Pengangguran sumber pada titik D lebih besar berbanding titik B

3.

Yang manakah penyataan berikut tidak menerangkan sistem ekonomi kapitalis?

a)

Firma bebas mengeluarkan barangan berdasarkan sumber yang ada

b)

Masyarakat mempunyai kebebasan membuat pilihan berdasarkan kuasa membeli

c)

Kerajaan akan campurtangan melalui dasar harga maksimum dan minimum

d)

Masyarakat dapat memaksimumkan kepuasan daripada penggunaan sesuatu barang

4.

Antara berikut yang manakah bukan faktor pengeluaran?

a)

Tanah

b)

Buruh

c)

Teknologi

d)

Usahawan

5.

Setiap kombinasi titik pengeluaran di atas keluk kemungkinan pengeluaran akan mengalami

a)

kecekapan pengeluaran akibat pelaksanaan pengkhususan

b)

kecekapan pengeluaran kerana pengeluaran adalah maksimum

c)

ketidakcekapan pengeluaran kerana wujud guna tenaga tidak penuh

d)

kecekapan pengeluaran kerana ia mengalami kos lepas yang minimum

6.

Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, yang manakah menyelesaikan masalah “bagaimana barang hendak dikeluarkan”?

a)

mengeluarkan barang berdasarkan kehendak pengguna

b)

mengeluarkan barang dengan kos pengeluaran yang minimum

c)

mengeluarkan barang berasaskan faktor pengeluaran yang terhad

d)

mengeluarkan barang mengikut faktor pengeluaran yang mudah didapati

7.

Unit ekonomi membuat pilihan kerana

a)

terdapat kekurangan sumber

b)

kehendak masyarakat terhad

c)

pengeluaran barang melibatkan kos lepas

d)

firma menentukan jenis barangan yang dikeluarkan

8.

Faktor pengeluaran yang terhad dalam sesebuah ekonomi menyebabkan

a)

firma memperoleh keuntungan yang besar

b)

pengeluaran barang awam diberi keutamaan

c)

wujud ketidakseimbangan agihan pendapatan

d)

suatu barang dikurangkan apabila menambah barang lain

9.

Yang manakah berkaitan dengan masalah bagaimana barang hendak dikeluarkan?

a)

Kerajaan mengurangkan subsidi gula

b)

Kerajaan mengurangkan barang import

c)

Firma meningkatkan pengeluaran barang untuk eksport

d)

Firma menggantikan buruh dengan modal dalam pengeluaran kereta

10.

Alat atau input yang digunakan oleh pengeluar untuk mengeluarkan barang akhir ialah

a)

barang modal

b)

barang pengguna

c)

barang perantaraan

d)

barang persendirian

11.

Rajah di atas AB menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran


Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang rajah di atas?

a)

Kos lepas bagi mengeluarkan barang Y tidak berubah apabila pengeluaran barang X tidak ditambah

b)

Kos lepas mengeluarkan barang Y semakin bertambah apabila pengeluaran barang X ditambah

c)

Kos lepas mengeluarkan barang Y semakin berkurang apabila pengeluaran barang X ditambah

d)

Kos lepas mengeluarkan barang Y semakin bertambah apabila pengeluaran barang Y ditambah

12.

“Sumber ekonomi terhad tetapi kehendak manusia tidak terhad”. Pernyataan ini bermakna

a)

sumber ekonomi terhad, tetapi kuasa beli masyarakat tidak terhad

b)

masyarakat hanya mengeluarkan jenis barang yang menguntungkan

c)

masyarakat perlu membuat pilihan kerana wujudnya kekurangan sumber

d)

masyarakat perlu membuat pilihan terhadap pelbagai jenis barang yang disukai

13.

Manakah antara berikut menjelaskan bagaimana sistem ekonomi perancangan pusat menyelesaikan masalah “untuk siapa barang dikeluarkan”?

a)

Kerajaan membiarkan masalah ini diselesaikan melalui mekanisme harga

b)

Kerajaan mengeluarkan barang dan perkhidmatan mengikut permintaan rakyat

c)

Kerajaan mengeluarkan barang dan perkhidmatan mengikut kemampuan membeli rakyat

d)

Sistem catuan digunakan untuk mengagihkan barang dan perkhidmatan kepada rakyat secara adil dan saksama

14.

Gambar rajah berikut menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran AD bagi sesebuah negara .Andaikan kombinasi barang yang dikeluarkan berada pada titik B.


Dengan mengekalkan penggunaan sumber-sumber pengeluaran, ekonomi boleh beralih ke titik

a)

C atau E

b)

C atau D

c)

A atau E

d)

A atau F

15.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan barang awam?

a)

Kesihatan

b)

Pendidikan

c)

Pertahanan

d)

Pengangkutan

16.

Gambar rajah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah ekonomi.


Pertambahan pengeluaran barang X sebanyak 20 unit disebabkan oleh

a)

kemajuan teknologi dalam barang X

b)

kejatuhan tingkat harga barang X

c)

kejatuhan tingkat harga barang Y

d)

pertambahan faktor pengeluaran

17.

Barang yang diproses selanjutnya supaya menjadi barang siap sedia untuk digunakan oleh pengguna dikenali sebagai

a)

barang awam

b)

barang ekonomi

c)

barang pengeluar

d)

barang perantaraan

18.

Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri sistem ekonomi pasaran bebas?

a)

Kebebasan pilihan penggunaan barang

b)

Individu bebas memiliki ladang dan bangunan kilang

c)

Pengeluar bebas membuat keputusan dalam penggunaan teknik pengeluaran

d)

Agihan pendapatan adil dan saksama kerana individu bebas berusaha dan memiliki

19.

Gambar rajah di atas menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah negara yang mengeluarkan barang A dan barang B.


Titik manakah merupakan kombinasi pengeluaran pada tingkat guna tenaga penuh?

a)

L sahaja

b)

M sahaja

c)

J dan K sahaja

d)

J, K dan L sahaja

20.

Bagaimanakah kerajaan menyelesaikan masalah untuk siapa barang dikeluarkan dalam sistem ekonomi campuran?

a)

Kerajaan menyediakan barang awam

b)

Kerajaan mengagihkan barang dan perkhidmatan kepada semua rakyat

c)

Kerajaan menyediakan barang dan perkhidmatan kepada rakyat yang mampu membayar

d)

Kerajaan mengenakan cukai dan memberikan subsidi serta membiarkan mekanisme harga beroperasi