Font size
WorksheetsSAINS TAHUN 5 - HABA
Total questions: 25
Worksheet time: 16mins
Apakah yang dimaksudkan dengan 'suhu'?
Ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan.
Kuantiti haba dalam sesuatu bahan.
Sukatan haba yang terdapat dalam sesuatu bahan
Tahap kepanasan sesuatu bahan.
Antara peralatan berikut, yang manakah digunakan untuk menyukat suhu?
Kedudukan meniskus yang betul semasa mengambil bacaan suhu ialah.....
Rajah menunjukkan satu penyiasatan. Apakah corak perubahan suhu air pada situasi B dalam masa 15 minit?
Suhu menurun.
Suhu tidak berubah.
Suhu meningkat.
Suhu meningkat, kemudian meurun.
Rajah menunjukkan pemerhatian dalam satu penyiasatan yang dijalankan. Apakah inferens berdasarkan pemerhatian ini?
Belon mengembang kerana panas.
Belon bersifat kenyal.
Udara dalam botol mengembang apabila menerima haba.
Udara dalam botol bertambah apabila menerima haba.
Rajah menunjukkan bebola logam tidak dapat melalui gelang logam. Apakah yang perlu dilakukan supaya bebola logam boleh melalui gelang logam itu?
Panaskan bebola logam.
Rendam bebola logam dalam air.
Panaskan bebola dan gelang logam.
Rendam gelang logam dalam air
Jadual menunjukkan perubahan suhu air dengan masa. Antara pernyataan berikut, yang manakah menjelaskan maklumat dalam jadual?
Kuantiti haba dalam air meningkat.
Kuantiti haba dalam air tidak berubah.
Air menjadi semakin panas.
Suhu air berkurangan.
Rajah menunjukkan satu penyiasatan. Ramalkan apa yang berlaku selepas lima minit?
Kuantiti air berwarna bertambah.
Aras air berwarna menurun.
Aras air berwarna meningkat.
Suhu air berwarna menurun.
Rajah menunjukkan satu penyiasatan. Pilih urutan objek W, X, Y dan Z yang jatuh daripada lambat kepada cepat.
Z → Y → X → W
Z → X → Y → W
W → Y → Z → Z
W → X → Y → Z
Rajah menunjukkan sebuah landasan keretapi. Apakah yang perlu dilakukan supaya landasan itu tidak membengkok pada hari panas?
Besarkan ruang antara kepingan besi landasan keretapi.
Kecilkan ruang antara kepingan besi landasan keretapi.
Gantikan kepingan besi landasan keretapi dengan kayu.
Bina landasan keretapi yang lurus.
Rajah menunjukkan dua biji gelas P dan Q yang sukar dipisahkan. Apakah cara yang patut dilakukan untuk memisahkan gelas itu?
Rendam gelas P dalam air panas.
Rendam gelas Q dalam air panas.
Rendam gelas P dalam air yang mengandungi ais.
Rendam kedua-dua gelas dalam air panas.
Empat buah bekas diisi 100 ml air dengan suhu 70 oC. Selepas 5 minit, suhu air dalam bekas manakah paling rendah?
Situasi yang ditunjukkan dalam rajah di bawah menggunakan aplikasi pengembangan kecuali...
Rajah menunjukkan sekeping logam panas P dimasukkan ke dalam air. Antara berikut, yang manakah benar?
Logam P menyerap haba.
Logam P membebaskan haba.
Air menerima haba daripada logam P.
Suhu air menurun.
Unit piawai bagi suhu ialah ......................
darjah Celcius
darjah kepanasan
Sesuatu bahan bahan menjadi panas apabila menerima haba.
Betul
Salah
Sesuatu bahan menjadi sejuk apabila kehilangan haba.
Betul
Salah
Semakin panas sesuatu bahan, semakin rendah bacaan suhunya.
Betul
Salah
Adam mengalami kesukaran untuk membuka penutup botol. Apakah yang dapat dilakukanya agar dapat membuka penutup botol itu?
rendam botol dengan air panas
rendam bahagian penutup botol dengan air sejuk
rendam bahagian penutup botol dengan air panas
Mengapakah bola besi tidak boleh melalui gelang logam selepas dipanaskan?
bola besi mengembang
gelang logam mengecut
bola besi mengecut
Apakah kesimpulan yang kamu dapat daripada ujikaji ini?
Cecair bertambah apabila dipanaskan
Cecair berkurang apabila disejukkan
Cecair mengembang apabila dipanaskan
Antara yang berikut, yang manakah mengandungi paling sedikit kuantiti haba?
air suam
ais
air panas
Kabel elektrik dipasang secara melendut untuk mengelakkan kabel daripada putus apabila mengecut semasa cuaca panas.
Betul
Salah
Rajah menunjukkan satu penyiasatan. Apakah yang terjadi jika botol di dalam air panas dipindahkan ke bekas yang mengandungi air sejuk?
Belon terus mengembang.
Belon menjadi semakin kecil
Belon akan meletup
Saiz belon tidak berubah..
Rajah menunjukkan sebahagian termometer. Berapakah bacaan suhu yang termometer itu?
90 oC
88 oC
85 oC
84 oC
