Font size
WorksheetsPENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5- JUMAAT PENUH BAROKAH
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
(ڤيليه شرط واجب صلاة جمعة. ) ڤيليه جواڤن بركناءن سهاج
Pilih syarat wajib solat Jumaat. (Pilih jawapan berkenaaan sahaja).
Islam
Baligh
Mumayyiz
Berakal
شرط صح صلاة جمعة باڬي بيلڠن جماعه يڠ چوكوڤ شرط اياله
(ڤيليه جواڤن يڠ ڤاليڠ تڤت)
Syarah sah solat jumaat bagi bilangan jemaah yang cukup syarat ialah
(pilih jawapan yang paling tepat)
70 orang sahaja
tidak kurang daripada 40 orang
kurang 40 orang
tidak kurang 44 orang
برايكوت اداله شرط واجب صلاة جمعة كچوالي
Berikut adalah syarat wajib solat jumaat KECUALI
Beragama Islam
Baligh
Berakal
Musafir
ڤيليه/ تنداكن 4 عمالن سنة سبلوم صلاة جمعة.
PILIH/ TANDAKAN 4 amalan sunat sebelum solat jumaat.
Memakai wangi-wangian
Memotong kuku
Manyiapkan kerja sekolah
bersegera ke masjid
mandi sunat jumaat
ابو صلاة جمعة برسام-سام علي د رومه احمد.
Abu solat jumaat bersama-sama Ali di rumah Ahmad.
Sah
Tidak Sah
اد سبواه مسجد ترلتق د نيوزيلندا. مريک صلاة جمعة ڤد هاري جمعة دالم وقتو عصر. اڤاكه حكوم باڬي صلاة مريک؟
Ada sebuah masjid terletak di New Zealand. Mereka solat jumaat pada hari jumaat dalam waktu asar. Apakah hukum bagi solat mereka.
Sah
Tidak sah
ابو برمسافر ک كوريا برسام احمد. ستيباڽ د كوريا، مريک منچاري مسجد اونتوق صلاة جمعة. اكن تتاڤي، مريك تله ترليوات دان تيدق سمڤت اونتوق صلاة جمعة. ادكه مريك دكيرا بردوسا؟ڤيليه جواڤن دان سبب يڠ ڤاليڠ تڤت.
Abu bermusafir ke Korea bersama Ahmad. Setibanya di Korea, mereka mencari masjid untuk solat jumaat. Akan tetapi, mereka telah terlewat dan tidak sempat untuk solat jumaat. Adakah mereka dikira berdosa?Pilih jawapan dan sebab yang paling tepat.
Tidak kerana mereka tidak wajib untuk solat jumaat kerana bermusafir
Berdosa kerana tidak solat jumaat
Tidak berdosa kerana mereka tidak sengaja meninggalkannya
Berdosa kerana mereka pergi Korea. tak tahu nak buat apa kat sana
ادكه اورڠ ڬيلا دواجبكن صلاة جمعة ک اتسڽ؟
Adakah orang gila diwajibkan solat Jumaat ke atasnya?
Ya
Tidak
كتيک خطبة جمعة اداله دڬالقكن اونتوق
Ketika khutbah jumaat adalah digalakkan untuk
bercakap bersama jemaah lain
bermain telefon
tidur dengan senyap
mendengar khutbah dengan baik
صلاة جمعة اياله صلاة دوا ركعة يڠ دلاكوكن سچارا برجماعه دالم وقتو ظهر ڤد هاري جمعة دان ددهولوءي دڠن دوا ........................
Solat Jumaat ialah solat dua rakaat yang dilakukan secara berjemaah dalam waktu Zohor pada hari Jumaat dan didahului dengan dua ........................
tasbih
khutbah
takbir
solat sunat
ڤيليه ڤرکارا يڠ دلارڠ کتيک خطبة
Pilih perkara yang dilarang ketika khutbah.
Bercakap
Bersila
Bermain telefon
Bergurau
Tidur
انتارا حکمه صلاة جمعة اياله
Antara hikmah solat jumaat ialah
Melatih diri menjadi hamba yang taat kepada Allah
Merapatkan ukhuwah dan kasih sayang
Melatih diri menjadi sombong
Mendapat ganjaran pahala yang besar
صلاة جمعة مروڤاکن لامبڠ ڤرڤادوان دان کقواتن اومت إسلام, بتول اتاو ساله؟
Solat Jumaat merupakan lambang perpaduan dan kekuatan umat Islam, Betul atau salah?
Salah
Betul
احمد برماءين PUBG کتيک خاطب ممباچ خطبة، تيندقن احمد اداله
Ahmad bermain PUBG ketika khatib membaca khutbah.Tindakan Ahmad adalah........
Dibenarkan
Harus dipuji
Dilarang
برݢوراو کتيک خطيب برخطبه بوليه ................جماعة يڠ لاٴين
Bergurau ketika khatib berkhutbah boleh ................jemaah yang lain
Disukai
Menceriakan
Menganggu
