wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Cerpen Sekeping Tanah

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah projek yang akan dilaksanakan oleh Binajaya Sdn. Bhd setelah membeli tanah pusaka Harun, Hisyam dan Halimah?

a)

Memajukan lot kedai di atas tanah pusaka

b)

Membina enam buah kondo mampu milik

c)

Menyediakan kawasan tempat letak kereta bertingkat

d)

Membina sebuah kondo mewah setinggi 25 tingkat

2.

Setelah melihat nama Hisyam pada papan tanda projek kondo mewah itu, Harun __________.

a)

mengagak adiknya terlibat dalam projek tersebut

b)

tidak dapat menerima kenyataan adiknya menjadi pengurus

c)

rasa menyesal kerana menjual tanah pusaka kepada Binajaya Sdn. Bhd.

d)

ingin menghubungi pengurus Binajaya Sdn. Bhd. untuk membuat tempahan

3.

Nilai murni yang terdapat dalam ayat "Rumah pusaka didermakan kepada satu keluarga di Sungai Pencala" ialah __________

a)

hemah tinggi

b)

kerjasama

c)

baik hati

d)

keadilan

4.

Pernyataan yang berikut berkaitan dengan kesudahan cerpen "Sekeping Tanah", kecuali

a)

anak Harun terlibat dalam kes pembunuhan.

b)

Harun berbaik-baik dengan ahli keluarganya semula.

c)

pembeli Kondo Jaya memperoleh kunci masing-masing.

d)

Hisyam menyerahkan jawatannya kepada Halimah kerana mahu membawa kereta sewa.

5.

Pada pendapat anda, mengapakah ada adik-beradik yang bermasam muka gara-gara pembahagian harta pusaka?

a)

Terlalu memilih wasiat.

b)

Bertoleransi dalam membahagikan harta.

c)

Setiap adik-beradik mempunyai masalah kewangan.

d)

Wujud sikap tamak hingga mengabaikan hubungan kekeluargaan.

6.

Maksud rangkai kata rasa rimas dalam petikan cerpen ialah __________

a)

tidak memuaskan hati

b)

tidak senang hati

c)

kurang bersemangat

d)

kurang menyeronokkan

7.

Perwatakan Hisyam dalam petikan cerpen ialah __________

a)

keras hati

b)

merendah diri

c)

Setia

d)

berdikari

8.

Amalan saling menghormati dalam kalangan adik-beradik dapat __________

a)

mempererat hubungan kekeluargaan

b)

melahirkan masyarakat penyayang

c)

memperkukuh kewangan keluarga

d)

mengatasi gejala negatif

9.

Pengajaran yang berikut diperoleh daripada cerpen Sekeping Tanah, kecuali

a)

kita haruslah setiasa bersikap amanah dan jujur dalam menjalankan tugas.

b)

kita haruskan menghormati orang yang lebih tua.

c)

kita hendaklah bersatu hati untuk menjayakan projek bersama.

d)

kita janganlah bersikap pilih kasih dalam kalangan ahli keluarga

10.

Pada pendapat anda, mengapakah tanah pusaka harus dipertahan?

a)

Agar dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang

b)

Supaya tidak menjadi rebutan pihak yang berkepentingan

c)

Supaya tidak terbiar begitu sahaja tanpa diusahakan

d)

Agar dapat menambah pendapatan kerajaan melalui pungutan cukai