Font size
WorksheetsBidang Akidah Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 3
Total questions: 58
Worksheet time: 32mins
Al-Ghani bermaksud...
Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang Maha Kuat dan mempunyai kekuatan yang sempurna.
Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Kaya dan tidak memerlukan kepada sesuatu yang lain.
Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Pemberi dan mengurniakannya kepada seluruh makhluk.
Nama Allah yang menujukkan bahawa Allah SWT yang Maha Berkuasa menentukan sesuatu perkara berdasarkan kehendak dan ilmuNya.
Antara bukti Allah bersifat al-Ghani ialah...
Allah menguasai seluruh makhlauk di langit dan di bumi.
Allah SWT berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki hamba-hambaNya
Allah SWT berjanji menambahkan rezeki kepada hamba yang bersyukur.
Allah SWT memberi rezeki kepada seluruh makhlukNya sama ada manusia, jin atau haiwan mahupun tumbuhan
Beriman kepada rasul bermaksud...
Yakin bahawa Allah SWT mengutuskan Rasul sahaja kepada umat manusia sehingga hari kiamat.
Yakin bahawa ada nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah SWT kepada semua generasi manusia sehingga hari kiamat.
Yakin bahawa Allah SWT mengutuskan para nabi dan rasul kepada umat manusia.
Yakin terdapat 25 orang rasul yang disebutkan dalam al-Quran secara khusus.
Nabi adalah ....
Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah SWT dan dikurniakan wahyu kepadanya tetapi tidak diperintah untuk menyampaikannya kepada orang lain.
Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah SWT dan dikurniakan wahyu kepadanya serta diperintah untuk menyampaikannya kepada umat manusia.
Tentukan sifat wajib bagi rasul..
Kazib
Baladah
Tabligh
Fatonah
Tentukan Sifat Mustahil bagi rasul...
Khianat
Siddiq
Kitman
Amanah
Harus bagi para rasul memiliki sifat manusia biasa yang tidak menjejaskan martabat kenabian dan kerasulan mereka.
Penyataan ini merujuk kepada ..
Sifat Wajib
Sifat al-Basyariah
Sifat Mustahil
Fathonah bermaksud...
rasul bersifat benar dalam percakapan dan perbuatan
rasul bersifat amanah dan jujur serta terpelihara daripada melakukan sesuatu yang dilarang Allah SWT
rasul bersifat menyampaikan semua ajaran Allah SWT yang diwahyukan kepada mereka
rasul bersifat bijaksana semasa berdakwah dan memberikan keterangan dan hujah
Kitman bermaksud...
berbohong sama ada dalam percakapan atau perbuatan
melakukan larangan Allah SWT
menyembunyikan wahyu walaupun sedikit
bodoh
Antara berikut adalah contoh sifat harus bagi rasul kecuali...
makan
minum
tabligh
sakit
Antara hikmah rasul dipilih dari kalangan manusia ialah...
menunjukkan contoh ikutan yang sempurna
menunjukkan kemuliaan manusia yang dipilih menjadi khalifah
manusia lebih mudah beriman kepada rasul
menjadi ujian kepada manusia sama ada mengakui kebenaran utusan rasul atau tidak
Apakah maksud ismah ar-rasul?
pemeliharaan Allah SWT terhadap para rasul daripada melakukan dosa dalam apa bentuk sekalipun sama adan kecil atau besar.
perkara luar biasa yang dikurniakan Allah SWT kepada nabi dan rasul bagi membuktikan kebenaran kenabian dan kerasulan.
rasul yang mempunyai kecekalan dan ketabahan hati untuk menghadapi ujian berdakwah.
Tentukan info tepat berkaitan mukjizat hissiah.
mukjizat yang dapat dikesan dengan pancaindera tetapi tidak berkekalan.
mukjizat yang difahami dengan pemikiran dan pemerhatian berdasarkan ilmu.
mukjizat yang kekal hingga kiamat.
berlaku ketika seseorang rasul yang diberi mukjizat tersebut masih hidup.
Seekor unta yang sempurna sifatnya keluar daripada batu.
Penyataan diatas merupakan mukjizat bagi...
Nabi Muhammad SAW
Nabi Isa a.s
Nabi Soleh a.s
Nabi Musa a.s
Antara berikut adalah Rasul Ulul Azmi kecuali...
Nabi Ibrahim a.s
Nabi Yunus a.s
Nabi Musa a.s
Nabi Isa a.s
Dijatuhkan hukuman bakar oleh Raja Namrud dan dihalau daripada tanah air sendiri.
Penyataan di atas merujuk kepada ujian yang dihadapi oleh...
Nabi Muhammad SAW
Nabi Musa a.s
Nabi Ibrahim a.s
Nabi Nuh a.s
Antara tugas para rasul ialah..
menjadi saksi terhadap manusia yang tidak beriman kepada Allah SWT
menjadi contoh teladan yang terbaik kepada umat manusia
menyampaikan berita gembira kepada orang beriman dan berita sengsara kepada orang kafir
menyeru manusia melakukan kemungkaran dan menjauhi kebaikan.
Diutuskan kepada Kaum A'ad yang tinggal di Ahqaf, Yaman.
Allah SWT mendatangkan angin "Sor Sor" iaitu angin sejuk yang sangat kencang kerana menolak dakwah baginda.
Penyataan di atas merujuk kepada sirah...
Nabi Ayub a.s
Nabi Hud a.s
Nabi Soleh a.s
Nabi Ismail a.s
Merupakan putera Nabi Yakub a.s
Lahir di Iraq.
Dikurniakan ketampanan rupa paras dan ilmu mentafsir mimpi.
Penyataan di atas merujuk kepada sirah...
Nabi Yunus a.s
Nabi Nuh a.s
Nabi Yusuf a.s
Nabi Ishak a.s
Definisi ini merujuk kepada ______________
Berikut adalah definisi bagi ____________
Pilih padanan yang betul
Berikut merupakan pengertian hari Akhirat:
hari manusia ditidurkan
hari manusia dilahirkan ke bumi
hari berlakunya kehancuran alam semesta
hari berlakunya tsunami besar
Pilih yang berikut merupakan dalil berkenaan hari Kiamat:
فَيَوْمَئِذٍ وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ
وَبُسَّتِ الْجِبَالُ بَسًّا
وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا
Berikut merupakan peringkat Alam Akhirat. Pilih urutan yang betul:
kehancuran alam - perhimpunan di padang mahshar - kebangkitan - perhitungan amalan - syurga & neraka
kehancuran alam - perhitungan amalan - kebangkitan - perhimpunan di padang mahshar - syurga & neraka
perhitungan amalan - kehancuran alam - kebangkitan - perhimpunan di padang mahshar - syurga & neraka
kehancuran alam - kebangkitan - perhimpunan di padang mahshar - perhitungan amalan - syurga & neraka
Berikut bukan merupakan nama bagi hari Akhirat:
يَوْمُ الدِّين
يَوْمُ المِيْلَاد
يَوْمُ الْحِسَاب
يَوْمُ الْخُرُوج
_______ bererti hari perhitungan amalan
يَوْمُ الْحِسَاب
يَوْمُ الدِّين
يَوْمُ الْقِيَامَة
يَوْمُ الْحَشْر
_______ bererti hari pembalasan
يَوْمُ الْحِسَاب
يَوْمُ الدِّين
يَوْمُ الْقِيَامَة
يَوْمُ الْحَشْر
Apakah kepentingan beriman kepada hari Akhirat?
Manusia boleh melakukan maksiat, kemudian boleh bertaubat kepada Allah
Melatih manusia bersedekah pada bulan-bulan Islam
Supaya manusia lebih bersyukur kepada Allah
Mendorong manusia melakukan amal baik untuk ganjaran syurga
Ketentuan Allah SWT yang azali terhadap semua makhluk adalah pengertian bagi
Qadak
Qadar
Qadak Mubram
(a) ialah pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah sejak azali.
Antara maksud beriman dengan Qadak & Qadar ialah
Allah yang menentukan setiap perkara yang berlaku kepada makhluk dengan ilmu dan kehendakNya
Perbuatan manusia adalah 100% daripada manusia
Semua perkara baik tertakluk kepada kehendak dan kekuasaan Allah tetapi yang jahat datangnya dari manusia .
...................... berkaitan dengan kehendak (iradat) dan ilmu Allah.
Qadak mubram
Qadar
Qadak
......................... berkaitan dengan qudrat dan perbuatan Allah.
Qadak
Qadar
Qadak muallaq
Qadak terbahagi kepada dua jenis iaitu
Qadak Muallaq dan Qadak Muhsin
Qadak Mubram dan Qadak Muallaf
Qadak Mubram dan Qadak Muallaq
(a) ialah ketentuan Allah SWT yang tidak berubah dan dilaksanakan mengikut kehendak dan kekuasaanNya.
(a) ialah ketentuan Allah SWT yang berubah kepada ketentuanNya yang lain bersesuaian dengan usaha yang dilakukan oleh hamba.
Berusaha menggunakan seluruh kemampuan yang diberikan oleh Allah untuk mencapai sesuatu adalah konsep bagi
usaha
tawakal
doa
(a) ialah menyerahkan sesuatu perkara kepada Allah SWT dan yakin bahawa hanya Allah yang menentukan keberhasilan perkara tersebut setelah berusaha bersungguh-sungguh.
Antara kesan beriman dengan qadak dan qadar dari sudut akidah ialah
Tekun melaksanakan ibadah
Menghindar dari perbuatan syirik
Bersabar dan redha
Antara kesan beriman qadak dan qadar dari sudut akhlak ialah
berusaha mencapai kecemerlangan dalam segala bidang
Mendalami ilmu akidah
memperbanyakkan amalan soleh
