NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu - Penanda Wacana
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Setelah tiga hari berturut-turut Karim dan kawan-kawannya mendaki gunung itu, ______ mereka sampai juga di puncaknya.
akhirnya
namun
di samping itu
oleh yang demikian
Alif seorang pemuda yang cacat. ______, dia tidak pernah mengharapkan belas kasihan daripada orang lain.
Sungguhpun demikian
Lebih-lebih lagi
Oleh sebab itu
Kalau begitu
Jamal mendapat gred 3A 2B dalam Ujian Percubaan PSR. ______, semangatnya masih kental untuk berusaha.
Oleh itu
Kalau begitu
Oleh sebab itu
Biarpun demikian
“Ayah dan Haji Jamil sedang berbincang di ruang tamu. ______, lebih baik kita berbual-bual
di halaman rumah sahaja,” kata Ali kepada Amin.
Biarpun demikian
Kalau begitu
Oleh itu
Lebih-lebih lagi
Haji Jefferi tegas dan tidak suka bercakap banyak __________, dia sabar melayan kerenah anak-anaknya.
Sebelum itu
Walau bagaimanapun
Seterusnya
Oleh itu
Untuk berjaya dengan cemerlang, kita mestilah sentiasa menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru di kelas. __________, kita juga mestilah rajin mengulang kaji pelajaran.
Oleh yang demikian
Walau bagaimanapun
Oleh sebab itu
Di samping itu
Kami sekeluarga akan pulang ke kampung selama dua minggu. ______________, ibu meminta jiran sebelah menjenguk-jenguk rumah kami.
Sungguhpun demikian
Walau bagaimanapun
Walaupun demikian
Oleh sebab itu
Mula-mula basuh beras itu bersih-bersih. ____________ sukat air secukupnya.
Namun
Oleh itu
Kemudian
Dengan demikian
Guru Besar menyampaikan ucapan. ______, beliau merasmikan laman web sekolah itu.
Namun
Seterusnya
Mungkin
Meskipun
Cikgu Salman selalu memarahi murid-muridnya. __________, murid- murid menghormatinya kerana beliau seorang guru yang berdedikasi.
Selain itu
Namun begitu
Oleh sebab itu
Lebih-lebih lagi
Pelajar yang bermasalah itu diminta menceritakan hal yang sebenarnya. _________, diberi nasihat.
Selain itu
Mungkin
Selepas itu
Lebih-lebih lagi
Kami membawa murid-murid melawat ke Kota Batu untuk melihat kesan peninggalan sejarah _________, kami bercadang akan berkelah di Pantai Serasa.
Selain itu
Lebih-lebih lagi
Biarpun demikian
Namun demikian
Simpan semua buku sekarang, ______ kita akan mengadakan kuiz teka silang kata.
akan tetapi
selanjutnya
kemudian
namun begitu
Hasil lukisan Nurul tidak pernah berjaya memenangi anugerah. ______, semangat untuk terus melukis tidak pernah pudar.
Biarpun demikian
Oleh itu
Kalau begitu
Oleh itu
Suatu kebakaran besar telah berlaku di Kampong Ayer. ______ tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Lantaran itu
Walau bagaimanapun
Namun demikian
Jika begitu
Basikal Rosli terbabas ketika dia melalui selekoh yang licin itu. ______, dia juga terlanggar sebatang pokok.
Dalam pada itu
Biarpun demikian
Oleh itu
Kalau begitu
Saya pernah bertemu muka dengan Rosmah. ___________, saya faham akan sikapnya.
Biarpun demikian
Kalau begitu
Justeru
Jadi
Amirah telah berjaya memperoleh 5A dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah. _____________, dia telah dianugerahi pelajar cemerlang peringkat negara.
Sebaliknya
Maka
Sehubungan dengan itu
Namun
Irfan sentiasa datang awal ke sekolah serta belajar dengan tekun. ____________, dia disayangi oleh guru-gurunya.
Walaupun begitu
Lantaran itu
Sebaliknya
Lebih-lebih lagi
Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, ___________ saya puji dia.
jadi
mungkin
lagipun
malahan
