NEW
Font size
WorksheetsKata Kerja
Total questions: 15
Worksheet time: 7mins
Tikus _______ alas meja ibu menyebabkan ibu berasa marah.
menggerit
menggigit
mencakar
memagut
Kakak ____________ nasi menggunakan periuk nasi elektrik dengan berhati-hati supaya tidak terkena renjatan elektrik.
menjerang
menanak
memasak
memanggang
Encik Liam ______________ dahan-dahan pokok yang panjang itu kerana telah menutup papan tanda jalan raya.
menebang
memotong
mencantas
menghiris
Kakak meminta adik ___________ air limau untuknya kerana dia penat dan berasa sangat dahaga.
mengacau
membancuh
mengisar
membuat
Ibu _____________ tepung kek itu untuk memastikan tepung itu bersih daripada segala serangga kecil sebelum menimbang sukatan tepung itu.
mengayak
menapis
menggiling
mengisar
Pakcik Ali ________________ roti canai itu dengan penuh gaya sehingga ada yang merakam aksinya itu.
mencanai
mengadun
menebar
mebancuh
Pekerja di gerai itu ____________ daging kambing itu menggunakan pisau tajam dengan berhati-hati.
menghiris
melapah
mencencang
memotong
Nenek duduk di atas pangkin sambil _____________ daun pokok kelapa untuk dibuat penyapu lidi.
memotong
meraut
mengerat
mengupas
Jala itu _____________ oleh seorang nelayan kerana jalanya terkoyak.
disirat
dijahit
dicantum
disulam
Ibu ________________ ikan yang hendak digoreng itu dengan kunyit dan garam.
menyapu
mengadun
melumur
mengelap
Untuk memasak rendang, bahan-bahan tumisan seperti bawang, halia, lengkuas dan serai hendaklah ____________ sehingga lumat terlebih dahulu.
dikisar
dimesin
dihiris
dipotong
Saya ______________ tangan adik saya semasa melintas jalan kerana jalan raya agak sibuk dengan kenderaan lalu lalang.
menonton
menuntun
menjinjing
mengelek
Dia _______________ piala kemenangannya itu sambil bersorak keriangan.
menjunjung
menjinjing
menjulang
mengandar
Ibu berasa kasihan melihat adik terpaksa ______________ beg sekolahnya yang berat itu.
menggalas
mengendong
membimbit
memikul
Ayah ______________ semak-samun di keliling rumah menggunakan sebilah sabit yang beru diasah.
menebang
memotong
menebas
memangkas
