NEW
Font size
WorksheetsKUIZ IMBUHAN AWALAN
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
1. Sejak kecil lagi Azman _______________ di rumah anak yatim Kampung Tunku .
A dibesarkan
B membesar
C menbesar
2. Kilang kerepek Cik Rokiah terpaksa ditutup kerana ______________ tidak dapat menghantar bekalan pisang.
A membekal
B berbekal
C pembekal
3. Bangkai rusa itu _______________ dengan lahapnya oleh sekawan harimau di hutan.
A dimakan
B di makan
C termakan
4. Polis telah _______________ mati tiga orang perompak dalam kejadian tembak menembak di Balakong semalam.
A tertembak
B menembak
C memnembak
5. Pokok durian yang sedang ___________ lebat telah ditebang oleh sepasukan penguatkuasa tempatan di Raub , Pahang.
A berbuah
B membuah
C bebuah
6. _________________ bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di bangunan pejabat itu.
A Bertugas
B Petugas
C Menugas
7. Buah dan sayur hendaklah ______________ hingga bersih sebelum dimakan.
A membasuh
B mebasuh
C dibasuh
8. Jangan ___________ peralatan sains di bilik sains tanpa kebenaran guru.
A menyentuh
B memyentuh
C mensentuh
9. Kehilangan Fatimah masih menjadi tanda tanya kerana pihak polis masih belum mendapat apa-apa _________________ lagi.
A menunjuk
B petunjuk
C ditunjuk
10. Hari ini Mak Limah hendak memasak daging yang telah _____________ oleh Pak Tam semalam.
A disalai
B menyalai
C bersalai
