wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pilihan raya dan Perlembagaan Malaysia P.am

Total questions: 80

Worksheet time: 53mins

Name
Class
Date
1.

Seseorang warganegara asing yang ingin memperoleh kewarganegaraan Persekutuan dengan cara KEMASUKAN mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

I. Berumur lebih daripada 18 tahun

II. Mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu

III. Telah bermastautin di Persekutuan bagi tempoh yang dikehendaki

IV. Tidak mempunyai sebarang kecacatan anggota

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

2.

1. Yang berikut ialah perkara-perkara yang menyebabkan kewarganegaraan seseorang warganegara Malaysia boleh dilucutkan kecuali

a)

A. Dia membuat permohonan kewarganegaraan dengan maklumat palsu

b)

B. Ibu bapanya telah dilucutkan kewarganegaraan mereka kerana terlibat dalam perbuatan yang mengkhianati Negara

c)

C. Dia tidak setia kepada raja dan Negara

d)

D. Dia menolak kewarganegaraannya secara sukarela

3.

Dengan cara apakah isteri seorang warganegara Malaysia atau anak berumur 15 tahun yang salah seorang ibu atau bapanya warganegara Malaysia dapat memperoleh kewarganegaraan Malaysia?

a)

A. Kuat kuasa undang-undang

b)

B. Pendaftaran

c)

C. Kemasukan

d)

D. Percantuman wilayah

4.

Dengan cara apakah kewarganegaraan dapat diperoleh oleh kategori yang berikut?

· Orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan sudah menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu

· Orang yang dilahirkan di Negara Malaysia pada 6 Julai 1982

a)

A. Kuat kuasa undang-undang

b)

B. Pendaftaran

c)

C. Kemasukan

d)

D. Percantuman wilayah

5.

Lee Lian Hua, seorang warganegara HongKong, berkahwin dengan Donald Wong, seorang warganegara Malaysia.

Apakah syarat-syarat yang mesti dipenuhi sebelum Lee Lian Hua dapat menjadi warganegara Malaysia?

I. Dia mesti bermastautin di Malaysia bagi tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun

II. Dia mendapat pekerjaan yang tetap di Malaysia

III. Dia membuat permohonan melalui cara kemasukan

IV. Dia berkelakuan baik

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. I dan IV

d)

D. III dan IV

6.

Kerajaan boleh memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera dengan

I. Menyuruh pegawai kerajaan bukan Melayu bersara awal untuk memberikan peluang kepada bumiputera

II. Menarik balik lesen dan biasiswa bukan bumiputera untuk diserahkan kepada bumiputera

III. Mengadakan system kuota bagi bumiputera memegang jawatan perkhidmatan awam

IV. Memperuntukkan peluang khas bagi bumiputera mendapatkan lesen-lesen tertentu

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

7.

Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu ditetapkan sebagai Bahasa Kebangsaan bagi maksud rasmi. Yang manakah antara pernyataan yang berikut tidak benar?

I. Apa-apa bahasa lain boleh digunakan, diajarkan, atau dipelajari bagi maksud bukan rasmi.

II. Bahasa ibunda kaum-kaum yang lain tidak disekat perkembangannya

III. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua.

IV. Bahasa pengantar dalam semua sekolah mesti bahasa Melayu.

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. I dan IV

d)

D. III dan IV

8.

Menurut Perkara 160 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu mestilah

I. Menganut agama Islam

II. Bertutur dalam bahasa ibunda

III. Mengamalkan adat istiadat Melayu

Dilahirkan di Persekutuan atau Singapura selepas Hari Merdeka

iV Dilahirkan di Persekutuan atau Singapura selepas Hari Merdeka

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

9.

Yang manakah antara berikut benar jika terhadap percanggahan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang negeri?

a)

A. Undang-undang persekutuan akan dibatalkan

b)

B. Undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri akan dipinda untuk mendapatkan persamaan

c)

C. Undang-undang persekutuan akan digunakan dan undang-undang negeri akan terbatal setakat mana yang bercanggahan sahaja

d)

D. Undang-undang yang bercanggahan itu akan dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

10.

Yang manakah benar tentang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Boleh terdiri daripada kalangan ahli Parlimen

b)

Boleh memegang jawatan berpendapatan tetap

c)

Saraan diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan

d)

Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Perdana Menteri

11.

Yang manakah peranan utama Suruhanjaya Pilihan Raya

a)

Menerima petisyen pilihan raya

b)

Menentukan tarikh pembubaran Parlimen

c)

Menentukan persempadanan kawasan pilihan raya

d)

Mencadangkan nama-nama calon yang akan bertanding

12.

Yang manakah benar tentang pilihan raya di Malaysia?

a)

Keputusan rayuan petisyen pilihan raya adalah muktamad

b)

Isteri pelajar sepenuh masa di luar negara boleh mengundi secara pos

c)

Persempadanan kawasan pilihan raya dilakukan oleh Jawatankuasa Parlimen

d)

Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara layak menjadi calon

13.

Yang manakah layak untuk menjadi calon pilihan raya?

a)

Muflis yang belum dilepaskan

b)

Tidak mendaftar di kawasan bertanding

c)

Pernah hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya lalu

d)

Menjalani hukuman penjara pada tarikh penamaan calon

14.

Yang manakah menyebabkan seseorang tidak boleh mengundi

a)

Bekas banduan

b)

Bukan anggota parti politik

c)

Bertugas semasa pilihan raya

d)

Tidak mendaftar sebagai pemilih

15.

Yang manakah penyataan yang benar tentang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Tempoh perkhidmatan anggota tamat setelah usianya menjangkau 58 tahun

b)

Bayaran saraan ditentukan daripada Kumpulan Wang yang Disatukan

c)

Pemecatan.dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri

d)

Pelantikan dibuat oleh Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

16.

Siapakah yang berhak mengundi melalui pos?

a)

Anggota tentera

b)

Banduan di penjara

c)

Peniaga di luar negara

d)

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya

17.
Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh ...
a)
YDPA
b)
Perdana Menteri
c)
Timbalan Menteri
d)
Hakim
18.
Antara berikut, yang manakah TIDAK BENAR mengenai Suruhanjaya?
a)
Ahli bagi mana-mana Majlis Parlimen atau Dewan Negeri tidaklah boleh menjadi ahli sesuatu suruhanjaya.
b)
Suruhanjaya Pilihan Raya adalah sebuah suruhanjaya tetap.
c)
Keanggotaan perkhidmatan awam tidak boleh dilantik menjadi ahli sesuatu pilihanraya.
d)
Suruhanjaya Pendidikan adalah suruhanjaya sementara.
19.

Pilihan raya kecil terpaksa diadakan semula , KECUALI..

a)

rasuah

b)

salah laku

c)

sakit

20.
Suruhanjaya pilihan raya (SPR) ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut perkara  ___________ Perlembagaan Persekutuan.
a)
114
b)
152
c)
153
d)
158
21.
Tujuan X ini diadakan adalah untuk membantu pemilih menyemak nama mereka berada di dalam daftar pemilih dan penentuan pusat dan tempat mengundi mereka supaya pengundian dapat berjalan dengan lancar dan teratur.  X dalam petikan merujuk kepada __________. 
a)
Barung SPR
b)
Pondok SPR
c)
Kaunter SPR
d)
Pejabat SPR
22.
Manakah antara berikut merupakan faktor seseorang itu tidak layak untuk mengundi?
a)
Seorang warganegara Malaysia
b)
Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan
c)
tidak hilang kelayan untuk mengundi
d)
Berumur 17 ke atas
23.
Jika seorang sahaja yang daftar bertanding di kawasan pilihanraya, calon diisytihar menang tanpa bertanding.
a)
Betul
b)
Salah
24.
Kempen pilihanraya bermula selepas selesai proses penamaan calon sehingga berakhir pilihanraya.
a)
Betul
b)
Salah
25.
Mana-mana pihak atau parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya tidak boleh mencabar keputusan pilihanraya di mahkamah.
a)
Betul
b)
Salah
26.

Calon akan kehilangan wang deposit sekiranya gagal mendapat 2/3 jumlah undi semua calon bagi sesuatu kerusi yang dipertandingkan.

a)

Betul

b)

Salah

27.
Antara berikut, faktor yang manakah TIDAK berkaitan dengan keputusan untuk mengadakan semula pilihan raya?
a)
Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya.
b)
Ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihanraya oleh mana-mana pihak.
c)
Perbuatan rasuah
d)
Cuaca yang tidak mengizinkan semasa pilihanraya berlangsung.
28.
Berikut beberapa orang yang dibenarkan berada semasa proses pengiraan undi dijalankan , KECUALI...
a)
Ahli dan pegawai SPR
b)
Pegawai yang dilantik SPR
c)
Calon, wakil dan ejen mengira undi yang dilantik.
d)
Sanak saudara calon
29.
SPR menetapkan tarikh penamaan calon
→ Penamaan Calon→Menyiapkan manifesto → Y  → Makluman tempat mengundi dan kiraan undi.
Berikut merupakan sebahagian daripada proses pilihanraya mengikut turutan. Y ialah ....
a)
Proses mengundi
b)
Kempen pilihanraya
c)
Pengiraan undi
d)
Cabut undi
30.
Apakah ciri sebuah kerajaan demokrasi?
 I. 
Pilihanraya
 
 II.  Rakyat menentukan kerajaan
 
 III.  Pembahagian kuasa pentadbiran, perundangan dan kehakiman
                           
IV.  Pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan 
a)
i, ii dan iv
b)
i, ii dan iii
c)
ii, iii dan iv
d)
i, ii, iii dan iv
31.
Yang manakah BENAR tentang wang deposit bagi calon yang ingin bertanding.
a)
Wang deposit berjumlah RM5,000 bagi kerusi Parlimen diserahkan pada hari penamanaan calon.
b)
Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperolehi 1/8 daripada jumlah undi.
c)
Wang deposit RM10,000 bagi kerusi negeri diserahkan pada hari penamanaan calon.
d)
Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperolehi 2/3 daripada jumlah undi.
32.
Kempen pilihanraya melibatkan  seperti berikut KECUALI ....
a)
Pengedaran risalah dan surat
b)
Borang kempen
c)
Ceramah tertutup dan ceramah umum
d)
Poster dan kempen dari rumah ke rumah
33.

Yang manakah pengundi yang berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos?

a)

Pegawai pilihan raya yang menjalankan tugas pada hari mengundi

b)

Pegawai perkhidmatan awam yang bekerja pada hari mengundi

c)

Pesalah yang menjalani hukuman penjara pada hari mengundi

d)

Pesakit yang terlantar di hospital pada hari mengundi

34.

Dimanakah segala keputusan berkenaan pertikaian keputusan pilihan raya dibuat?

a)

Mahkamah Khas

b)

Mahkamah Rayuan

c)

Mahkamah Persekutuan

d)

Mahkamah Tinggi

35.

Siapakah yang berhak mengundi melalui pos?

a)

Makcik kantin

b)

Anggota tentera

c)

Banduan di penjara

d)

Pelajar IPTA

36.

Antara berikut, yang manakah bukan kelayakan calon untuk bertanding dalam pilihan raya?

a)

Warganegara Malaysia

b)

Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon

c)

Memegang jawatan berkepentingan

d)

Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding

37.

Petisyen Pilihan Raya boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh

a)

dewan dibubarkan

b)

pengundian dijalankan

c)

persidangan dewan yang pertama

d)

keputusan pilihan raya diwartakan

38.

Apakah yang dimaksudkan dengan pilihan raya?

a)

Proses memilih ketua rumah

b)

Proses memilih wakil rakyat

c)

Proses memilih wakil dewan undangan negeri

d)

Proses memilih wakil dewan rakyat

39.

Pilihan raya di Malaysia dikendalikan oleh siapa?

a)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

b)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

c)

Suruhanjaya Pilihan Raya

d)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

40.

Apakah matlamat Suruhanjaya Pilihan Raya

a)

Menjamin pilihan raya yang adil

b)

Menjalankan pilihan raya

c)

Memilih wakil rakyat

d)

Memilih Perdana Menteri

41.

Pilih 2 jenis pilihan raya

a)

Pilihan Raya Umum

b)

Pilihan Raya Besar

c)

Pilihan Raya Kecil

d)

Pilihan Raya Biasa

42.

Yang manakah kelayakan seorang pengundi

a)

Warganegara Australia

b)

Bukan muflis

c)

Tidak disabitkan kesalahan oleh mahkamah

d)

Mendaftar dalam senarai pemilih

43.

Pilih 2 prosedur dalam pilihan raya

a)

Tidak disabitkan kesalahan oleh mahkamah

b)

Muflis

c)

Penamaan Calon

d)

Penyediaan Manifesto

44.

Yang manakah alasan bagi sesuatu keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah? (STPM2013)

I. Perbuatan merasuah pengundi yang dilakukan oleh calon pilihan raya

II. Ketidakpatuhan calon terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya

III. Calon gagal menurunkan poster dan bendera parti selepas hari mengundi

IV. Calon gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan.


a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV

45.

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya? (STPM2014)

I. Menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya

II. Memastikan keselamatan pengundi semasa pilihan raya

III. Menjalankan urusan semakan daftar pemilih pilihan raya

IV. Membuat persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya


a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

46.

Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menghantar notis kekosongan kerusi Dewan Rakyat bagi kawasan Parlimen X kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Tindakan di atas diambil kerana wakil rakyat berkenaan (STPM2014)

a)

A Dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dalam satu pilihan raya kecil

b)

B Dikenakan tindakan disiplin oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan

c)

C Dibuktikan bersalah dalam prosiding yang berhubung dengan salah laku pilihan raya

d)

D Tidak menghadiri sidang dalam tempoh tiga bulan selepas sidang pertama Dewan Rakyat

47.

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihanraya? (STPM2015)

a)

A Mendengar petisyen pilihan raya

b)

B Menyemak sempadan pilihan raya

c)

C Meminda undang-undang pilihan raya

d)

D Mendakwa calon yang melanggar peraturan pilihan raya

48.

Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana (STPM2018)

a)

A Rombakan kabinet

b)

B Kematian Setiausaha Dewan Negara

c)

C Kemuflisan Ahli Dewan Undangan Negeri

d)

D Peletakan jawatan Setiausaha Dewan Rakyat

49.

Yang manakah benar tentang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya? (STPM2016)

a)

A Lantikannya oleh Perdana Menteri

b)

B Saraannya di bawah peruntukan Parlimen

c)

C Pemecatannya dibuat oleh Jemaah Menteri

d)

D Terma jawatannya ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara

50.

Yang manakah menggambarkan sistem pemilihan kerajaan di Malaysia? (STPM2018)

I. Perlembagaan Persekutuan menentukan sistem pemilihan kerajaan.

II. Ketua Negara menetapkan tarikh pemilihan kerajaan.

III. Kerajaan dipilih oleh rakyat lima tahun sekali.

IV. Perdana Menteri dipilih melalui pilihan raya.

a)

A I dan III

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D II dan IV

51.

Individu yang manakah dibenarkan untuk mengundi lebih awal daripada tarikh pilihan raya?

a)

Encik A yang sedang menunaikan umrah di Makkah

b)

Puan B yang merupakan anggota tidak tetap SPR

c)

Puan C yang sedang mendapatkan rawatan di hospital

d)

Encik D yang sedang menjalani pemulihan dadah

52.

Yang manakah akan terjadi sekiranya calon yang bertanding dalam pilihan raya kawasan parlimen tidak memperoleh keputusan melebihi 1/8 daripada jumlah pengundian

a)

Calon boleh terus dipilih dilantik menjadi Ahli Dewan Negara

b)

Calon secara automatik menjadi anggota kabinet

c)

Calon tidak akan menerima kembali wang pertaruhannya

d)

Calon boleh dipilih menjadi Speaker Dewan Rakyat

53.

Apakah yang dijadikan panduan dalam pemerintahan di negara kita?

a)

PERLEMBAGAAN

b)

RAJA BERPERLEMBAGAAN

c)

KABINET

d)

PILIHAN RAYA

54.

Berikut merupakan ciri utama sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia KECUALI

a)

PILIHAN RAYA

b)

PARLIMEN

c)

PARTI-PARTI POLITIK

d)

RAJA BERKUASA MUTLAK

55.

Yang manakah yang menggambarkan sistem pemilihan kerajaan di Malaysia?

I Perlembagaan Persekutuan menentukan sistem pemilihan kerajaan

II Ketua Negara menetapkan tarikh pemilihan kerajaan

III Kerajaan dipilih oleh rakyat 5 tahun sekali

IV Perdana Menteri dipilih melalui pilihan raya

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

56.
Antara berikut, faktor yang manakah TIDAK berkaitan dengan keputusan untuk mengadakan semula pilihan raya?
a)
Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya.
b)
Ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihanraya oleh mana-mana pihak.
c)
Perbuatan rasuah
d)
Cuaca yang tidak mengizinkan semasa pilihanraya berlangsung.
57.
Mengapakah undang-undang negeri  yang digubal mesti selaras dengan Perlembagaan Malaysia?
a)
Mengukuhkan institusi raja
b)
Memelihara perpaduan rakyat
c)
Mengurangkan kos pentadbiran
d)
Menjamin keluhuran perlembagaan 
58.

Apakah tujuan utama pilihanraya diadakan ?

a)

Memilih Ketua Negara

b)

Memilih Ketua Negeri

c)

Memilih Wakil Rakyat

d)

Memilih Sultan yang baru

59.

Berapakah tahun sekali pilihanraya umum (PRU) akan diadakan ?

a)

5 tahun

b)

4 tahun

c)

2 tahun

d)

Calon meninggal dunia

60.

Pilihanraya Kecil (PRK) akan diadakan jika situasi berikut berlaku KECUALI ?

a)

Calon meninggal dunia

b)

Calon meletak jawatan

c)

Calon dipenjarakan

d)

Calon dilucutkan jawatan

61.

Pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh ____ hari bagi Semenanjung dan _____ hari bagi Sabah & Sarawak selepas berlaku kekosongan kerusi.

a)

60 dan 60

b)

60 dan 90

c)

90 dan 60

d)

90 dan 90

62.

Berapakah tempoh hari maksimum yang dibenarkan oleh SPR untuk calon berkempen dalam pilihanraya ?

a)

15 hari

b)

5 hari

c)

6 hari

d)

sepanjang tempoh pilihanraya

63.

Yang manakah benar tentang kekosongan luar jangka Ahli Dewan Rakyat?

a)

Kekosongan kerusi hendaklah diisi dalam masa 60 hari di Sabah dan Sarawak

b)

Persidangan Parlimen hendaklah ditangguhkan sehingga pemilihan baharu dilaksanakan

c)

Yang DiPertua Dewan Rakyat akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya

d)

Ahli Dewan Rakyat yang sedia ada akan mengisi kerusi yang dikosongkan

64.

X - Hilang hak kelayakan


Apakah yang menyebabkan X hilang hak untuk mengundi?

a)

Tidak mendaftar sebelum mengundi

b)

Tidak tinggal di kawasan pilihan raya

c)

Menghadapi hukuman mati mandatori

d)

Memperoleh taraf kewarganegaraan asing

65.

Yang manakah keanggotaannya bergantung kepada keputusan sesuatu pilihan raya umum secara langsung?

a)

Ahli Dewan Rakyat

b)

Ahli Dewan Negara

c)

Ahli Dewan Undangan Negeri

d)

Ahli Kabinet

66.

Menurut Perkara 119(3) Perlembagaan Persekutuan, seorang warganegara akan hilang kelayakan menjadi pemilih dalam pilihanraya umum jika

a)

Dia tidak hadir ke pilihanraya tersebut

b)

Dia menghadapi kecelakaan semasa pilihanraya tersebut dijalankan

c)

Tempat pilihanraya yang jauh dari tempat kediamannya

d)

Pada tarikh kelayakan dia tidak sempurna akal

67.

Yang manakah tidak layak untuk menjadi calon pilihan raya?

a)

muflis yang telah dilepaskan

b)

tidak mendaftar di kawasan bertanding

c)

pernah hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya lalu

d)

menjalani hukuman penjara pada tarikh penamaan calon

68.

Antara tindakan berikut yang manakah dianggap sebagai menyalahi undang-undang pilihan raya?


i Calon tidak hadir semasa pengiraan undi sedang berlangsung

ii Calon memasuki kawasan tempat mengundi semasa orang ramai sedang mengundi

iii Calon memberi hadiah berbentuk wang tunai kepada orang ramai untuk memancing undi

iv Calon tidak menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya kepada pegawai pilihan raya negeri

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

69.

" PENGUNDI TIDAK HADIR "


Pengundi di atas merujuk,

a)

pegawai polis yang mengawal lalu lintas

b)

pelajar yang belajar sepenuh masa di Kolej Antarabangsa

c)

guru yang mengajar di sekolah yang menjadi pusat mengundi

d)

isteri tentera yang tinggal di rumah semasa suaminya menjalankan operasi di hutan

70.

Apakah yang menyebabkan rakyat hilang hak untuk mengundi?


I Belum mendaftar sebelum mengundi

II Menghadapi hukuman mati mandatori

III Memperoleh taraf kewarganegaraan asing

IV Tidak tinggal di kawasan pilihan raya

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

71.

Antara berikut, yang manakah benar tentang pemilihan calon untuk Dewan Undangan Negeri?


I Calon yang bertanding bukan kakitangan awam

II Calon yang bertanding wajib mengetahui bahasa Inggeris

III Calon yang bertanding tidak pernah dipenjarakan melebihi 6 tahun

IV Calon yang bertanding tidak pernah didenda melebihi Rm2 000 dan ke atas

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

72.

> Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Pulau Pinang

> Ditandingi oleh tiga parti

> Salah satu parti yang bertanding ditolak pencalonannya


Apakah punca penolakan sesuatu pencalonan?

I Calon didapati memiliki kewarganegaraan asing

II Calon mempunyai harta benda di luar negara

III Calon menjalin hubungan dengan wanita yang telah bercerai

IV Calon telah mengisi borang maklumat dengan kesilapan kecil

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

73.

Suruhanjaya Pilihan Raya dianggotai oleh

a)

Seorang Pengerusi, Seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang ahli

b)

Seorang Pengerusi dan 5 orang ahli

c)

Seorang Pengerusi dan 6 orang ahli

d)

Seorang Pengerusi, Seorang Timbalan Pengerusi dan 6 orang ahli

74.

YdPA boleh memecat jawatan mana-mana anggota SPR sekiranya

a)

Tidak menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau DUN

b)

Tidak melibatkan diri dalam apa-apa jawatana atau pekerjaan berbayar diluar tugas jawatannya

c)

Seorang bankrap yang sudah lepas

d)

Merupakan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau DUN

75.

Syor persempadanan semula hendaklah dimaklumkan kepada

a)

Yang Di Pertuan Agong

b)

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya

c)

Yang di-Pertua Dewan

d)

Menteri Besasr

76.

Jumlah deposit yang perlu dibayar oleh calon kerusi parlimen adalah sebanyak

a)

RM100,000

b)

RM50,000

c)

RM10,000

d)

RM5,000

77.

Perbelanjaan pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri tidak boleh melebihi

a)

RM100,000

b)

RM200,000

c)

RM10,000

d)

RM5,000

78.
Dewan Undangan Negeri Sabah telah dibubarkan pada 1 November 1999. Bilakah tarikh akhir bagi Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan Pilihanraya Umum di negeri tersebut?
a)
1 Disember 1999
b)
31 Disember 1999
c)
29 Januari 2000
d)
28 Februari 2000
79.
Yang manakah berkaitan dengan pembubaran Parlimen?
a)
Pembubaran Parlimen diisytiharkan oleh Speaker Dewan Negara
b)
Pembubaran Parlimen bermaksud pembubaran keseluruhan Parlimen
c)
Parlimen hanya akan terbubar secara automatik apabila genap lima tahun
d)
Persidangan Parlimen yang baru harus diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pilihan raya yang baru
80.
Antara yang berikut, siapakah yang layak mengundi dalam sesuatu pilihan raya ?
a)
En. S telah mencapai umur 21 tahun tetapi belum mendaftar
b)
En. T, penduduk tetap dan bermastautin di suatu bahagian pilihan raya
c)
En. U, warganegara Malaysia dan telah mendaftar sebagai pemilih
d)
En. V sedang belajar di luar negara dan telah mendaftar sebagai pemilih