Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KEMBARA MERDEKA 3: LAGU KEBANGSAAN DAN BUNGA KEBANGSAAN

Total questions: 30

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.
Apakah nama lagu kebangsaan Malaysia?
a)
Jalur Gemilang 
b)
Bulan Terang
c)
Negaraku
d)
Aku Negaraku
2.
Antara berikut, tokoh manakah yang tidak terlibat dalam penciptaan lagu kebangsaan?
a)
Tun Tan Cheng Lock
b)
Tun Dr. Mahathir
c)
Tun Abdul Razak
d)
Tunku Abdul Rahman
3.
Di manakah lahirnya idea untuk mencipta lagu kebangsaan?
a)
Di kediaman Tunku Abdul Rahman
b)
Di perkarangan Istana Selangor
c)
Di Stadium Merdeka
d)
Di kediaman Tun Abdul Razak
4.
Mengapakah tiada lagu yang dipilih daripada pertandingan mencipta lagu kebangsaan yang diadakan?
a)
Tiada lagu yang dipertandingkan di dalam pertandingan tersebut.
b)
Tokoh-tokoh tidak sepakat untuk memilih lagu kebangsaan.
c)
Majlis Raja-Raja Bersatu tidak setuju dengan keputusan.
d)
Panel hakim mendapati tiada lagu yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.
5.
Cadangan Tunku Abdul Rahman untuk menggunakan lagu rasmi negeri Perak sebagai lagu kebangsaan telah dipersetujui oleh __________.
a)
Majlis Persekutuan
b)
Majlis Raja-Raja Melayu
c)
Majlis Raja-Raja Bersatu
d)
Majlis Perbendaharaan
6.
Lagu Negaraku digubah daripada lagu ___________.
a)
Terang Bulan
b)
Bulan Terang
c)
Bulan Mengambang
d)
Terang Bintang
7.
Encik Saiful Bahri merupakan ________________.
a)
pemenang pertandingan lagu kebangsaan.
b)
pembuat skor muzik lagu kebangsaan.
c)
penggubah lirik lagu kebangsaan.
d)
penulis lagu Terang Bulan
8.
Apakah antara kepentingan lagu kebangsaan?
a)
Dapat memasuki pertandingan nyanyian.
b)
Dapat memupuk semangat perkauman.
c)
Dapat membina semangat jati diri.
d)
Dapat bermegah-megah dengan pihak luar.
9.
Mengapakah kita perlu berbangga dengan lagu kebangsaan kita?
a)
Menjadikannya bahan jenaka antara rakan-rakan.
b)
Supaya semangat patriotik kita berkurangan.
c)
Orang luar dapat mengagumi negara kita.
d)
Merupakan lambang identiti negara.
10.
Apakah perasaan anda apabila menyanyikan lagu kebangsaan kita?
a)
Sedih
b)
Bangga
c)
Malu
d)
Tiada rasa apa-apa
11.

Apakah nama Bunga Kebangsaan?

a)

Bunga Mawar

b)

Bunga Kemboja

c)

Bunga Melati

d)

Bunga Raya

12.

Berapakah bilangan kelopak bunga Raya?

a)

4

b)

5

c)

6

d)

7

13.

Apakah nama kementerian yang mencadangkan bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan?

a)

Kementerian Pertanian

b)

Kementerian Perladangan dan Komoditi

c)

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

d)

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

14.

Siapakah yang mengisytiharkan bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan?

a)

Tun Dr. Mahathir Mohamad

b)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

c)

Tun Hussein Onn

d)

Tun Abdullah Ahmad Badawi

15.

Pada tahun bilakah bunga Raya diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan?

a)

1957

b)

1958

c)

1959

d)

1960

16.

Apakah keistimewaan bunga Raya sehingga dipilih menjadi Bunga Kebangsaan?


i - Berbunga sepanjang tahun

ii - Dikenali dengan satu nama sahaja

iii - Boleh tumbuh di dalam air

iv - Mudah ditanam

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

17.

Warna merah bunga Raya melambangkan maksud?


i - Berani menempuh cabaran

ii - Keharmonian dan perpaduan

iii - Keteguhan pentadbiran dan politik

iv - Kedaulatan undang-undang

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

18.

Bunga Raya mempunyai 5 kelopak yang dikaitkan dengan 5 prinsip?

a)

Demokrasi

b)

1 Malaysia

c)

Wawasan 2020

d)

Rukun Negara

19.

Di gambar manakah bunga Raya menjadi simbol kemegahan dan lambang negara?

a)
b)
c)
d)
20.

Manakah antara berikut padanan bunga kebangsaan dengan Vietnam yang betul

a)
b)
c)
d)
21.

Apakah kepentingan bunga kebangsaan ?

a)

Sebagai tanda keceriaan negara

b)

Sebagai tanda kegemilangan

c)

Sebagai tanda kemenangan

d)

Sebagai tanda perpaduan

22.

Dimanakah bunga raya digunakan secara rasmi?

a)

Pada bendera kebangsaan

b)

Pada kereta buatan Malaysia

c)

Pada kad pengenalan

d)

Pada Sijil kelahiran

23.

Adakah kamu berbangga dengan bunga kebangsaan kamu?

a)

Ya

b)

TIdak

24.

Mengapakah kita perlu menghargai bunga kebangsaan?

a)

Sebagai tanda kita bahagia

b)

Sebagai tanda kita menghargai negara

c)

Sebagai tanda kita mencintai negara

d)

Sebagai tanda setia

25.

Berikut ialah bunga-bunga yang dinamakan sebagai calon bunga kebangsaan selain Bunga Raya kecuali ....

a)

Bunga Tanjung

b)

Bunga Melur

c)

Bunga Teratai

d)

Bunga Tulip

26.

Apakah nama bunga di atas ?

a)

lotus

b)

rumdul

c)

sampaguita

d)

simpur

27.

Jika lotus menjadi bunga kebangsaan bagi Vietnam , apakah bunga kebangsaan bagi Brunei ?

a)

Sampaguita

b)

Simpur

c)

Dok Champa

d)

anggerik Vanda Miss Joaquim

28.

Lambang Bunga Kebangsaan boleh didapati di barang berikut KECUALI?

a)

Muskat Yang Di-Pertuan Agong

b)

Duit Syiling

c)

Jata Negara

d)

Buku tulis

29.

Semua yang berikut merupakan lambang atau identiti negara, kecuali.......................

a)

bunga raya

b)

jata negara

c)

jalur gemilang

d)

lagu bahasa jiwa bangsa

30.

7.Apakah nama bunga kebangsaan yang ditunjukkan di gambar tersebut?

a)

A. Anggerik Bulan -Indonesia

b)

B. Simpur- Brunei

c)

C. Rumdul - Kemboja

d)

D. Lotus- Vietnam