wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ayat Perintah BM Tahun 3

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat perintah daripada ayat-ayat di bawah.

a)

Tolong kemaskan buku itu.

b)

Mei Ling mengemaskan buku di bilik bacaan.

c)

Siapakah yang mengemaskan buku itu?

2.

Pilih ayat perintah daripada ayat-ayat di bawah.

a)

Jangan buang sampah di atas lantai.

b)

Adik buang sampah ke dalam tong sampah.

c)

Kita patut buang sampah ke mana?

3.

Pilih ayat perintah daripada ayat-ayat di bawah.

a)

Sila senyap semasa berada di dalam perpustakaan.

b)

Murid-murid belajar di dalam perpustakaan dengan senyap.

c)

Wei Han senyap apabila adiknya tidur.

4.

Pilih ayat perintah daripada ayat-ayat di bawah.

a)

Jangan melintas jalan sesuka hati.

b)

Yen Ni melintas jalan dengan berhati-hati.

c)

Oh, rupa-rupanya ini cara melintas jalan!

5.

Pilih ayat perintah daripada ayat-ayat di bawah.

a)

Harap murid-murid dapat mematuhi peraturan sekolah.

b)

Mengapakah murid-mruid harus mematuhi peraturan sekolah?

c)

Eh, kamu tidak mematuhi peraturan sekolah!

6.

Pilih ayat perintah daripada ayat-ayat di bawah.

a)

Tolong siram bunga di halaman rumah.

b)

Emak sedang menyiram bunga di halaman rumah.

c)

Bunga di halaman rumah disiram oleh siapa?

7.

Pilih ayat perintah daripada ayat-ayat di bawah.

a)

Minta murid-murid hantar kerja rumah anda pada hari Selasa.

b)

Kerja rumah perlu dihantar pada bila?

c)

Jun Yang telah menghantar kerja rumah kepada cikgu.

8.

Pilih ayat perintah daripada ayat-ayat di bawah.

a)

Jangan petik bunga di taman ini.

b)

Cis, berani kamu memetik bunga di taman bunga!

c)

Siapakah yang memetik bunga di taman bunga?

9.

Pilih ayat perintah daripada ayat-ayat di bawah.

a)

Sila jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.

b)

Murid-murid menjalankan aktiviti ini secara berkumpulan.

c)

Bagaimanakah aktiviti ini harus dijalankan?

10.

Pilih ayat perintah daripada ayat-ayat di bawah.

a)

Usahlah kamu buat kerja yang sia-sia.

b)

Dia selalu membuat kerja yang sia-sia.

c)

Mengapakah dia suka membuat kerja yang sia-sia?