wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tenaga dan kuasa

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Amar sedang berbaring di atas katil, adakah dia melakukan kerja?

a)

ya

b)

tidak

2.

kira nilai kerja apabila Imanina berjalan sejauh 6m dengan menggunakan daya 200N

a)

120

b)

1200

c)

35

3.

Ali mempunyai daya 500N berlari sejauh 100 meter dalam masa 20 saat . hitung kuasa digunakannya

a)

2500

b)

1,000,000

4.

Marsyitah mempunyai jisim 40kg naik tangga setinggi 2m . hitung kerja dilakukannya

a)

80 J

b)

800 J

c)

20 J

d)

200 J

5.

semakin _____________ daya, semakin ___________ kerja

a)

meningkat, meningkat

b)

meningkat, menurun

c)

menurun, meningkat

6.

Which situation shows no work being done?

Situasi manakah yang menunjukkan tiada kerja dilakukan?

a)
b)
c)
d)
7.

Apakah unit SI bagi kerja

a)

NEWTON

b)

JOULE

c)

SAAT

d)

NEWTON METER

8.

Seorang pelajar sedang menolak dinding dengan daya 10 N. Berapakah nilai kerja yang dilakukan?

a)

10J

b)

100 J

c)

50J

d)

0J

9.

Jasad yang manakah menyimpan tenaga keupayaan kenyal

a)

Spring yang termampat

b)

Buah di atas pokok

c)

Sarang burung di atas pokok

d)

Lastik yang sedang ditarik

e)

Air di empangan

10.

Yang manakah BENAR?

a)

Jumlah tenaga keupayaan graviti yang tersimpan di dalam dua jasad berbeza jisim adalah sama jika berada pada ketinggian yang sama

b)

Tenaga keupayaan graviti bersamaan dengan kerja yang dilakukan

c)

Tenaga boleh dicipta tetapi tidak boleh dimusnahkan

d)

Tenaga keupayaan graviti bersamaan dengan halaju darab sesaran

11.

Sebuah helikopter 150 kg terbang dengan kelajuan 300 ms-1. Hitungkan tenaga kinetik helikopter tersebut.

a)

225000 J

b)

22500 J

c)

6750000 J

d)

675000 J

12.

Seorang pemanah sedang menarik tali busur. Apakah jenis tenaga yang tersimpan di dalam busur?

a)

Tenaga Kinetik

b)

Tenaga Kinetik Putaran

c)

Tenaga Keupayaan Kenyal

d)

Tenaga Keupayaan Graviti

13.

Siapakah yang mempunyai tenaga keupayaan graviti yang paling tinggi?

a)

Azin

b)

Aida

c)

Aiman

d)

Amin

14.

Rajah menunjukkan panjang asal spring adalah 0.12 m. Apabila daya dikenakan ke atas spring, panjang spring menjadi 0.20 m. Diberi, pemalar spring adalah 40 N m-2. Kira tenaga keupayaan kenyal spring tersebut.

a)

160 J

b)

0.128 J

c)

1280 J

d)

1.6 J

15.

Seorang murid yang mempunyai berat badan 400 N dengan beban di tangannya 100 N menaiki tangga dengan tinggi tegak 3 m. Hitung kerja yang dilakukan.


Kerja = Daya x Sesaran

a)

1000 J

b)

1500 J

c)

300 J

d)

1200 J

16.

Rajah menunjukkan kedudukan berbeza sebuah gerabak di atas satu trek roller coaster. Pada kedudukan manakah gerabak mempunyai tenaga kinetik yang paling tinggi?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

17.

Apakah perubahan tenaga keupayaan dan tenaga kinetik bagi sebiji buah epal ketika buah itu jatuh dari pokok ke tanah?

a)

Tenaga keupayaan: berkurang , Tenaga kinetik: berkurang

b)

Tenaga keupayaan: bertambah , Tenaga kinetik: bertambah

c)

Tenaga keupayaan: berkurang , Tenaga kinetik: bertambah

d)

Tenaga keupayaan: bertambah , Tenaga kinetik: berkurang

18.

Kereta R bergerak pada kelajuan yang sama dengan kereta S. Mengapakah kereta R mempunyai tenaga kinetik yang lebih tinggi daripada kereta S?

a)

Kereta R mempunyai tenaga keupayaan kenyal yang lebih tinggi daripada kereta S

b)

Kereta R mempunyai saiz yang lebih besar daripada kereta S

c)

Kereta R mempunyai jisim lebih berat daripada kereta S

d)

Kereta S mempunyai jisim yang lebih berat daripada kereta R

19.

Sebiji bola berjisim 500 g bergolek di atas satu permukaan. Jika tenaga kinetik yang terhasil adalah 200 J, hitungkan halaju bola tersebut.

a)

0.89 ms-1

b)

2.50 ms-1

c)

28.28 ms-1

d)

800.00 ms-1

20.

Semakin ____________ masa yang diambil untuk melakukan sesuatu kerja, semakin _____________ nilai kuasa

a)

kurang / rendah

b)

banyak / tinggi

c)

kurang / tinggi

21.

Apakah unit S.I bagi kuasa, P?

a)

Nm

b)

J

c)

kJ

d)

W

22.

Apakah unit S.I bagi kerja, W?

a)

Nm

b)

J

c)

kJ

d)

W

23.

Danial menggunakan tenaga sebanyak 500 J untuk menarik satu beban sejauh 20m. Berapakah nilai daya yang dilakukan oleh Danial?

a)

25 N

b)

250 N

c)

250 J

d)

25 J

24.

1kg = ___________N

a)

1

b)

10

c)

100

d)

1000

25.

______ ialah tenaga yang dipunyai oleh objek yang bergerak.

a)

Tenaga keupayaan graviti

b)

Tenaga keupayaan kenyal

c)

Tenaga kinetik

d)

Tenaga haba

26.

______ ialah tenaga yang tersimpan pada objek disebabkan oleh kedudukannya.

a)

Tenaga keupayaan graviti

b)

Tenaga keupayaan kenyal

c)

Tenaga kinetik

d)

Tenaga haba

27.

Apakah bentuk tenaga yang berkaitan dengan foto di atas?

a)

Tenaga keupayaan graviti

b)

Tenaga keupayaan kenyal

c)

Tenaga kinetik

d)

Tenaga regangan

28.

Rajah menunjukkan ayunan bandul ringkas.

Pada kedudukan manakah tenaga kinetik adalah maksimum?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

29.

Sebuah kereta berjisim 1 400 kg bergerak dengan halaju 90 km/j. Hitung tenaga kinetik kereta itu.

(tenaga kinetik = ½mv2)

a)

17 500 J

b)

218 750 J

c)

306 250 J

d)

437 500 J

30.

Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip keabadian tenaga?

a)

Tenaga boleh dibahagikan kepada dua iaitu tenaga keupayaan dan tenaga kinetik

b)

Tenaga boleh berubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain

c)

Tenaga hilang pada akhir sesuatu kejadian / aktiviti

d)

Tenaga boleh dicipta melalui tindak balas kimia