wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Berjiwa Usahawan Tahun 6

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Soalan 1-5 merujuk buku teks muka surat 184.


Apakah tajuk rencana yang dibaca oleh Ruben?

a)

Brahim's

b)

Kejayaan Brahim's

c)

Resepi Kejayaan Brahim's

d)

Resepi Kejayaan Brahim's Cemerlang

2.

Siapakah nama pengasas produk Brahim's?

(a)  

3.

Produk Brahim's diperkenalkan secara rasmi di negara ini pada tahun 1988 oleh.................................

a)

Syarikat Brahim's Food Industries Sendirian Berhad.

b)

Syarikat Dewina Food Industries Sendirian Berhad.

c)

Syarikat Food Industries Sendirian Berhad.

d)

Syarikat Tatsunobu Brahim's Food Industries Sendirian Berhad.

4.

Produk makanan Brahim's adalah makanan yang sihat kerana .......................................

a)

tiada tambahan bahan perisa

b)

tiada bahan pengawet dan perasa

c)

tiada pewarna tiruan.

d)

semua di atas.

5.

Antara berikut yang manakah pernyataan yang salah.

a)

Brahim's telah mengeluarkan lebih daripa 40 jenis produk makanan.

b)

Produk ini turut mendapat sambutan di seluruh Asia dan Eropah.

c)

Setiap tahun hampir satu juta pek produk jenama Brahim's dipasarkan.

d)

Datuk Haji Ibrahim berpengalaman luas dalam bidang makanan dan penyelidikan berasaskan pertanian.

6.

Soalan 6-10 sila rujuk buku teks muka surat 185


Siri animasi Upin dan Ipin diasaskan oleh (a)  

7.

Encik Burhanuddin dan Puan Ainon merupakan (a)  

8.

Antara pernyataan berikut, manakah yang salah tentang Upin dan Ipin.

a)

Siri Upin dan Ipin penuh dengan pengajaran

b)

Menggambarkan budaya tempatan dan luar negara

c)

Telah berjaya menggegarkan industri animasi negara

d)

Telah ditayangkan di 14 buah negara di rantau Asia

9.

Pada tahun 2012 Upin dan Ipin telah menerima Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi Watak Animasi Tempatan Popular.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Upin dan Ipin telah dilantik sebagai ............... ..................... untuk Pertubuhan Tabung Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) pada tahun 2013,

(a)  

11.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


Promosi secara meluas pasti akan menarik kedatangan orang ramai ke Terengganu.

a)

Orang ramai pasti akan mempromosikan Terengganu jika mereka datang ke Terengganu.

b)

Orang ramai pasti akan lebih ramai mempromosikan Terengganu jika mereka dipromosikan.

c)

Orang ramai pasti lebih ramai ke Terengganu jika promosi secara besar-besaran diadakan.

d)

Orang ramai di Terengganu pasti akan lebih ramai jika mereka diberi peluang mempromosikan Terengganu.

12.

Cikgu Lina memberitahu bahawa musim tengkujuh akan berlaku pada bulan Disember.

a)

"Setahu saya, musim tengkujuh akan berlaku pada bulan Disember," kata Cikgu Lina.

b)

"Musim tengkujuh yang lalu akan berlaku pada bulan Disember," Cikgu Lina memberitahu.

c)

"Saya biasanya akan mengalami musim tengkujuh pada bulan Disember," Cikgu Lina bercerita.

d)

"Biasanya musim tengkujuh akan berlaku pada bulan Disember," Cikgu Lina mengadu..

13.

Puan Suriana menangis kegembiraan (a)   mengetahui anaknya mendapat 6A dalam UPSR.

14.

Saya dan keluarga mungkin akan pulang berhari raya di kampung sebelum hari raya pertama ............... pada hari raya pertama.

a)

dan

b)

atau

c)

tetapi

d)

hingga

15.

Ibu saya membuat ............................ ikan bilis dan biasanya kami akan makan bersama-sama pada waktu petang.

a)

kisi-kis

b)

gula-gula

c)

epok-epok

d)

jemput-jemput

16.

Cucu Haji Nuri suka membuat sepah dan ...................... belaka.

a)

liar-liar

b)

nakal-nakal

c)

comel-comel

d)

cantik-cantik

17.

Beberapa orang penduduk kampung telah disaman kerana terdapat .................... di dalam tin kosong di taman bunga rumah mereka.

a)

kekuda

b)

lelangit

c)

lelayang

d)

jejentik

18.

pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.


Salina turut membantu ayahnya membubuh baja dan mencabut rumput.

a)

menaruh

b)

mengorek

c)

membawa

d)

menyumbat

19.

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.


Cikgu Norazizah sentiasa mengingatkan kami agar menghindari kegiatan jenayah.

a)

menjauhi

b)

mendekati

c)

menghampiri

d)

memusnahkan

20.

Pak Zaki sentiasa mengawasi pergerakan pekerjanya kerana sebilangan pekerjanya hanya akan bekerja jika dia ada.

a)

Seperti minyak dengan air

b)

Seperti gunting dalam lipatan

c)

Seperti kerbau dicucuk hidung

d)

Seperti pahat dengan penukul