WorksheetsBAB 12: SUMBER AIR
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
Sumber air utama di Malaysia terdiri daripada ....
[Pilih DUA jawapan]
air laut
paya
sungai
tasik
Antara berikut, yang manakah merupakan sumber air permukaan?
[Pilih DUA jawapan]
Air tasik
Air perigi
Air kolam
Air sungai
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep air bawah tanah?
Air yang tersimpan dalam tanah
Air yang bertakung di kawasan paya
Air yang mengalir dari kawasan tadahan
Air hujan yang mengalir masuk ke dalam tanah
Antara berikut, sumber air yang manakah terdapat di Malaysia?
[Pilih DUA jawapan]
Geiser
Desalinasi
Air bawah tanah
Tasik semula jadi
Apakah faktor yang boleh dikaitkan dengan Malaysia kaya dengan sumber air semula jadi?
Delta yang subur
Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun
Menerima hujan kira-kira 2500 hingga 3000 mm setahun
Pengaruh kawasan tanah tinggi di kawasan pedalaman
Punca krisis air yang disebabkan oleh aktiviti kegiatan perindustrian ialah ......
sisa toksid
racun serangga
sampah sarap
air kumbahan
Mengapakah masalah krisis air sering berlaku di kawasan bandar-bandar besar?
Penebangan hutan
Fenomena pulau haba
Jumlah penduduk meningkat
Penggunaan racun serangga
Apakah kegiatan manusia yang menyebabkan berlakunya krisis air?
Aktiviti penambakan laut
Mendalamkan sungai
Penggunaan baja organik
Penerokaan hutan secara meluas
Kejadian fenomena X pada tahun 2016 telah menyebabkan paras air di Empangan Bukit Merah dan Empangan Timah Tasoh merosot dengan mendadak.
Apakah fenomena X?
Banjir
El Nino
La Nina
Tanah runtuh
Apakah faktor yang menyebabkan hidupan akuatik di dalam sungai terancam?
[Pilih DUA jawapan]
Aliran sungai deras
Hujan lebat sepanjang tahun
Penggunaan racun serangga
Pembuangan sampah sarap
Mengapakah Malaysia mengalami krisis air walaupun kaya dengan sumber air?
[Pilih DUA jawapan]
Kemarau yang panjang
Pencemaran air sungai
Permintaan yang merosot
Bilangan sungai semakin berkurang
Apakah negeri yang telah melaksanakan penerokaan air bawah tanah?
Kedah
Johor
Kelantan
Sarawak
Apakah jenis penyakit yang disebabkan oleh pencemaran air?
[Pilih DUA jawapan]
Taun
Kanser
Bronkitis
Demam kepialu
Apakah kesan El Nino kepada alam sekitar?
Strok haba
Kawasan tadahan air terjejas
Peningkatan penggunaan tenaga
Bekalan air domestik berkurangan
Bagaimanakah krisis air boleh mengganggu sektor pertanian?
Wabak penyakit
Hidupan akuatik musnah
Catuan bekalan air bersih
Tanah menjadi kering kontang
Apakah punca krisis air yang disebabkan oleh aktiviti kegiatan perindustrian?
Sisa toksid
Racun serangga
Sampah sarap
Air kumbahan
Antara berikut, yang manakah langkah untuk mengatasi masalah kekurangan sumber air bersih?
Mendalamkan sungai
Mengurangkan empangan
Merawat dan mengitar semula air
Menyalur air kotor ke dalam sungai
Rajah di atas menunjukkan pembuangan sampah sarap di kawasan sungai.
Apakah kesan daripada perbuatan di atas?
[Pilih DUA jawapan]
Tekstur tanah menjadi tidak subur
Menyebabkan tanih kering kontang
Penularan penyakit kepada manusia
Menjejaskan keseimbangan ekosistem
Apakah kesan krisis air terhadap ekonomi negara?
[Pilih DUA jawapan]
Menjejaskan kesihatan
Mengganggu aktiviti harian
Mengganggu sektor perindustrian
Meningkatkan perbelanjaan negara
Apakah kesan masalah di atas terhadap kegiatan pertanian?
Hasil tanaman merosot
Perubahan jenis tanaman
Pengeluaran negara meningkat
Penggunaan baja kimia secara meluas
Apakah kesan krisis air terhadap penduduk di Malaysia?
Berlaku kebuluran
Ketidakseimbangan ekosistem
Terpaksa mencatu bekalan air bersih
Mengimport bekalan air bersih dari luar negara
Apakah langkah untuk mengurangkan kesan krisis air di Malaysia?
[Pilih DUA jawapan]
Menereskan kawasan tanah tinggi
Menggunakan sumber air mentah
Meneroka air bawah tanah
Merawat air kumbahan
Apakah tindakan yang boleh anda praktikkan di rumah bagi mengurangkan krisis air?
Menggunakan semula air yang telah diguna
Mengurangkan minum air
Mengurangkan penggunaan air perigi
Menakung dan menggunakan air hujan
Apakah langkah yang diambil kerajaan untuk mengatasi kekurangan bekalan air bersih di Malaysia?
Menaikkan harga air
Penerokaan air bawah tanah
Membeli air dengan negara luar
Menjaga keseimbangan ekosistem
Antara berikut, sektor ekonomi manakah yang akan terjejas sekiranya berlaku krisis air?
Sektor pembalakan
Sektor perindustrian
Sektor perkhidmatan
Sektor perlombongan
Bagaimanakah cara untuk mengurangkan kesan krisis air?
Mencatu air
Menggunakan penapis air
Memasang perangkap sampah
Meneroka air bawah tanah
Foto di atas menunjukkan sebuah agensi kerajaan.
Mengapakah pihak kerajaan menubuhkan agensi tersebut pada tahun 1994?
Untuk membangunkan dan menyelenggara sistem rawatan air kumbahan
Untuk meneroka air bawah tanah di Selangor dan Kelantan
Untuk menyedarkan masyarakat tentang penjagaan alam sekitar
Untuk memelihara kawasan tadahan air hujan
Bagaimanakah kegiatan dalam Foto di atas boleh mengakibatkan krisis air?
Menyekat aliran sungai utama
Menambahkan jumlah air sungai
Mengurangkan kawasan tadahan air
Menyebabkan pencemaran air sungai
Apakah cara terbaik mengatasi masalah kekurangan bekalan air bersih di Malaysia?
Mendalamkan dasar sungai
Mengawal pembiakan fauna
Memelihara kawasan tadahan air
Melaksanakan pembenihan awan
Mengapakah penerokaan sumber air bawah tanah dijalankan di Malaysia?
Mengatasi kekangan sumber air sungai
Meningkatkan pembinaan empangan
Menampung kekurangan air bersih
Mengurangkan kesan krisis air
