wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Biologi Tkn 4 Respirasi Sel

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan respirasi sel?

a)

proses pengoksidaan glukosa untuk menghasilkan tenaga

b)

proses penurunan glukosa untuk menghasilkan tenaga

c)

proses pengoksidaan bahan bukan organik untuk menghasilkan tenaga

d)

proses pengoksidaan glukosa untuk menghasilkan makanan

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan respirasi aerob?

a)

proses penguraian glukosa dengan kehadiran oksigen yang menghasilkan tenaga sebanyak 150 kJ

b)

proses penguraian glukosa dengan kehadiran oksigen yang menghasilkan tenaga sebanyak 210 kJ

c)

proses penguraian glukosa dengan kehadiran oksigen yang menghasilkan tenaga sebanyak 2898 kJ

d)

proses penguraian glukosa dengan tanpa kehadiran oksigen yang menghasilkan tenaga sebanyak 2898 kJ

3.

Substrat utama bagi respirasi sel ialah

a)

insulin

b)

asid amino

c)

glukosa

d)

asid lemak

4.

Roti adalah hasil daripada proses fermentasi alkohol. Apakah yang menaikkan aduan roti?

a)

gas oksigen yang terbebas semasa fermentasi alkohol.

b)

gas karbon dioksida yang terbebas semasa fermentasi alkohol.

c)

etanol yang terhasil semasa fermentasi alkohol.

d)

asid laktik yang terhasil semasa fermentasi alkohol

5.

Etanol yang terhasil di dalam tisu semasa proses fermentasi alkohol adalah toksik kepada pokok. Mengapakah pokok padi boleh tumbuh dengan baik dikawasan berair?

a)

pokok padi menghasilkan enzim alkohol dehidrogenase yang boleh menguraikan etanol kepada karbon monoksida yang tidak toksik

b)

pokok padi menghasilkan enzim alkohol dehidrogenase yang boleh menguraikan etanol kepada asid laktik yang tidak toksik

c)

pokok padi menghasilkan enzim alkohol dehidrogenase yang boleh menguraikan etanol kepada karbon dioksida yang tidak toksik

d)

pokok padi menghasilkan enzim zimase yang boleh menguraikan etanol kepada karbon diokside yang tidak toksik

6.

Bakteria Lactobacillus menjalankan fermentasi susu untuk menghasilkan yogurt. Apakah yang menyebabkan yogurt rasa masam?

a)

asid askorbik

b)

asid laktik

c)

etanol

d)

gas karbon dioksida

7.

Antara berikut yang manakah perbezaan yang betul antara respirasi aerob dan fermentasi?

a)

respirasi aerob berlaku di sitoplasma manakala fermentasi berlaku di sitoplasma dan mitokondria

b)

penguraian glukosa adalah lengkap dalam fermentasi manakala penguraian adalah tidak lengkap dalam respirasi anaerob

c)

proses fermentasi menghasilkan air manakala respirasi aerob tidak menghasilkan air

d)

proses fermentasi menghasilkan sedikit jumlah tenaga berbanding respirasi aerob

8.

Berikut adalah persamaan yang benar antara respirasi aerob dan respirasi anerob kecuali

a)

proses penguraian glukosa dan penukarankepada tenaga kimia

b)

menghasilkan tenaga dalam bentuk ATP

c)

proses bermula dengan glikolisis adapabila glukosa ditukar kepada piruvat

d)

proses bermula di mitokondria

9.

Antara persamaan berikut, yang manakah mewakili tindak balas yang berlaku semasa yis melakukan respirasi dalam keadaan ketiadaan oksigen?

a)

Glukosa → Asid laktik + Tenaga

b)

Glukosa → Etanol + Karbon dioksida + Tenaga

c)

Glukosa → Karbon dioksida + Air + Tenaga

d)

Glukosa → Oksigen + Air + Tenaga

10.

Seorang murid mengambil bahagian dalam acara larian pecut 200m. Persamaan manakah yang mewakili proses respirasinya setelah dia berlari 100m pertama?

a)

Glukosa → Asid laktik + Tenaga

b)

Glukosa + Oksigen → Asid laktik + Tenaga

c)

Glukosa → Etanol + Karbon dioksida + Tenaga

d)

Glukosa + Oksigen → Karbon dioksida + Air + Tenaga

11.

Respirasi anaerob dalam yis juga dikenali sebagai ___________.

a)

Penyulingan

b)

Fotosintesis

c)

Penapaian

d)

Homeostasis

12.

Apakah kesan pengumpulan asid laktik yang tinggi dalam otot semasa respirasi anaerob?

a)

Otot kekejangan

b)

Otot membengkak

c)

Otot merosot

d)

Otot mengecut dengan cepat