Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

CERPEN BANJIR DI MATA EMAK

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tema cerpen ini?

a)

Kasih sayang antara anak dan emaknya

b)

Kehilangan sesuatu yang bermakna telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang

c)

Keprihatinan terhadap kesusahan orang lain

2.

Apakah bencana yang berlaku di rumah Mak Piah?

a)

Ribut

b)

Banjir

c)

Kemarau

3.

Jika Mak Piah kehabisan lauk, apakah makanan yang akan dimakan oleh Mak Piah?

a)

Nasi dengan garam

b)

Nasi dengan ikan kering

c)

Bubur nasi

4.

Bagaimanakah "Saya" dapat menemui alamat rumah Mak Piah?

a)

carian di internet

b)

bertanya kawan-kawan

c)

melalui buku panduan telefon

5.

Mengapakah "Saya" terlalu ingin mencari rumah Mak Piah?

a)

ingin berbakti kepada ibu tua itu

b)

ingin bertanya khabar

c)

ingin menghantar bekalan makanan

6.

Mengapakah Mak Piah tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan banjir?

a)

Dia lebih selesa tinggal di rumah

b)

Dia ada masalah buang air kecil

c)

Dia menunggu anak-anaknya

7.

Siapakah nama anak-anak Mak Piah?

a)

Nani dan Nubhan

b)

Nubhan dan Nana

c)

Noni dan Nusran

8.

Mengapakah Nana jarang melawat ibunya?

a)

sibuk bekerja

b)

tidak dibenarkan suaminya

c)

tidak ada masa

9.

Mengapakah Nubhan tidak pulang ke kampung?

a)

sibuk bekerja

b)

tidak ada masa

c)

dikongkong isteri

10.

Apakah rintihan Mak Piah kepada Nana (Saya)?

a)

banjir sudah di paras pinggang

b)

abangnya tidak datang jenguk walaupun dekat

c)

bekalan makanan mahal

11.

Contohnya, • Lukisan ceria terpamer di wajah tua, tanda teruja menyalam perkenalan. [hlm. 54]

• ... hasratnya yang terpendam di lembah kepiluan. [hlm. 54]

• Saya merakamkan cerita dalam lautan fikir


...lembah ceria, lembah kepiluan dan lautan fikir merupakan gaya bahasa....

a)

sinkope

b)

Metafora

c)

peribahasa

d)

repetisi

12.

Contohnya, • Orang jual ikan dah tiga hari tak datang. Mamak jual roti pun tak boleh masuk kampung. Mak tak ada makanan. [hlm. 51]

• Abang kau tu, duduk saja dekat tapi tak menjenguk langsung tak hirau keadaan mak dalam banjir ni. [hlm. 51]


Perkataan ' tak ' dan ' nak' merupakan gaya bahasa...

a)

anafora

b)

repetisi

c)

sinkope

d)

metafora

13.

Siapakah Nana yang sering disebut-sebut oleh Mak Piah ketika berbual dengan 'saya'?

a)

Anak jiran sebelah rumah

b)

Anak saudaranya

c)

Anak perempuan bongsunya

d)

Kenalan lama

14.

Siapakah 'saya' dalam cerpen ini?

a)

Seorang gadis yang hendak menelefon temannya tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah

b)

Merupakan seorang pegawai kebajikan masyarakat di daerah kawasan Mak Piah tinggal

c)

Seorang penghantar makanan

d)

Seorang jururawat kampung

15.

Mengapakah Mak Piah begitu selesa berbual dengan 'saya' di telefon?

a)

Kerana Mak Piah menyangkakan bahawa anak perempuannya yang sedang menelefon bertanya khabarnya.

b)

Kerana dia dapat menghubungi anaknya

c)

Kerana Mak Piah masih ada bekalan makanan

d)

Kerana ada teman untuk berbual

16.

"Walaupun anak-anak Mak Piah tidak mengambil berat tentang kehidupannya di kampung, Mak Piah masih mengingati dan menyayangi anak-anaknya."


Nyatakan nilai yang sesuai untuk contoh peristiwa di atas.

a)

Nilai hormat-menghormat

b)

Nilai keberanian

c)

Nilai kasih sayang

d)

Nilai pengorbanan

17.

Berikut merupakan perwatakan Mak Piah KECUALI

a)

seorang yang taat akan perintah Tuhan

b)

Seorang yang peramah

c)

Seorang ibu yang penyayang

d)

Seorang yang pilih kasih terhadap anak-anaknya

18.

Apakah pengajaran yang terkandung dalam cerpen ini?

a)

KIta perlu menghormati rakan - rakan

b)

Kita hendaklah bertanggung jawab terhadap ibu bapa kita

c)

Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu bapa terhadap kita

d)

Kita hendaklah mempunyai semangat setiakawan

e)

Kita hendaklah mengamalkan sikap perikemanusiaan dan tolong menolong sesama manusia

19.

Nilai-nilai yang terdapat dalam cerpen Banjir di Mata Emak.

a)

Kasih-sayang

b)

Keberanian

c)

Baik hati

d)

Simpati

e)

Keprihatinan

20.

Tandakan persoalan-persoalan cerpen Banjir di Mata Emak

a)

Kasih ibu tidak berbelah bahagi

b)

Menyesal kemudian tiada gunanya

c)

Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak

d)

Kepentingan alam semula jadi kepada manusia

e)

Anak-anak yang tidak bertanggungjawab