wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 : TATABAHASA

Total questions: 19

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.
"Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu.
a)
dia
b)
kita
c)
kamu
d)
mereka
2.
"Boleh _______ tumpang bertanya?" kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.
a)
kamu
b)
awak
c)
kami
d)
saya
3.
Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada _______
a)
ia
b)
dia
c)
mereka
d)
beliau
4.
"Kalau ________ izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu,"sembah ahli nujum kepada sultan.
a)
tuan
b)
tuanku
c)
baginda
d)
tuan hamba
5.

Sultan kedah telah _____ pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri itu

a)

menyerahkan

b)

mengurniakan

c)

menyampaikan

d)

menganugerahkan

6.

Suasana malam di tepi pantai itu sungguh indah kerana _______ di langit ________.

a)

bintang-bintang...berkerdipan

b)

bintang-bintang...kerdip

c)

bintang...berkedip

d)

bintang...kerdip

7.

Rosli menunggang basikal dengan berhati-hati ________ jalan itu sangat licin.

a)

tetapi

b)

bahawa

c)

supaya

d)

kerana

8.

Kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal ________ sebuah lori.

a)

atau

b)

hingga

c)

dan

d)

kecuali

9.

Jangan gunakan makmal tanpa kebenaran guru kerana terdapat kawasan-kawasan yang berisiko menyebabkan kemalangan.


Jenis ayat perintah di atas ialah...

a)

Ayat suruhan

b)

Ayat larangan

c)

Ayat silaan

d)

Ayat permintaan

10.

Dipersilakan semua hadirin mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar lagi.


Jenis ayat perintah di atas ialah...

a)

Ayat suruhan

b)

Ayat larangan

c)

Ayat silaan

d)

Ayat permintaan

11.

" Hantarkan semua buku ini ke bilik SPBT untuk diaudit oleh Penolong Kanan Pentadbiran," kata Pengetua kepada Puan Shima.


Jenis ayat perintah di atas ialah...

a)

Ayat suruhan

b)

Ayat larangan

c)

Ayat silaan

d)

Ayat permintaan

12.

Tayar basikal adik _____________ kerana tercucuk paku di atas jalan.

a)

susut

b)

lembik

c)

kempis

d)

bengkok

13.

Kakak pulang awal pada hari ini kerana dia hanya bekerja _____________ hari.

a)

sesetengah

b)

semua

c)

setengah

d)

segala

14.

Pejalan-pejalan kaki itu terpaksa mencari tempat ________________ kerana hujan lebat.

a)

bersembunyi

b)

bermalam

c)

berkeliaran

d)

berteduh

15.

Pasukan _____________ dari Malaysia telah berlepas ke negara jiran untuk membantu mangsa gempa bumi.

a)

karyawan

b)

sukarelawan

c)

cendekiawan

d)

negarawan

16.

Pilih ejaan yang betul

a)

lencungan

b)

lencongan

17.

Pilih ejaan yang betul

a)

definasi

b)

definisi

18.

Pilih ejaan yang betul

a)

losen

b)

losyen

19.

Para ........ tanah air telah dihantar ke negara Indonesia untuk membantu mangsa yang dilanda gempa bumi dan Tsunami baru-baru ini.

a)

hartawan

b)

dermawan

c)

bangsawan

d)

sukarelawan