WorksheetsKimia dalam Perubatan dan Kesihatan
Total questions: 22
Worksheet time: 14mins
Antara berikut yang manakah bukan ciri-ciri perubatan tradisional?
Keberkesanan rawatan memakan masa
Kos rawatan yang rendah
Rawatan menggunakan sumber semula jadi
Tidak melibatkan sebarang pembedahan dan jahitan pada badan
Antara berikut, manakah yang boleh digunakan untuk merawat selaran matahari?
Halia
Pokok bunga raya
Lidah buaya
Kuinina
Apakah kelebihan perubatan moden berbanding perubatan tradisional?
Kos yang lebih murah
Keberkesanan rawatan lebih cepat
Pembuktian keberkesanan mengikut pengalaman
Menggunakan ubat sintetik yang mengandungi bahan kimia
Apakah contoh ubatan moden yang digunakan untuk melegakan kesakitan?
Paracetamol
Penisilin
Amitriptilin
Amfetamina
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang antibiotik?
Diperoleh daripada sel haiwan
Dapat membunuh virus
Merupakan sejenis hormon buatan
Merawat penyakit yang disebabkan oleh bakteria
Antara yang berikut, yang manakah fungsi ubat jenis psikiatrik?
Mengurangkan rasa sakit
Mengurangkan rasa resah
Merawat penyakit disebabkan oleh bakteria
Merawat penyakit sendi
Dhiya mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat daripada doktor. Apakah yang mungkin akan berlaku kepadanya?
Berkelakuan ganas
Alahan
Tidak waras
Sakit
Antara berikut, yang manakah betul tentang kiropraktik?
Rawatan yang membunuh patogen
Rawatan yang melibatkan jarum disteril
Rawatan yang melibatkan kemahiran ahli kiropraktor
Rawatan yang menguatkan sistem keimunan
Berdasarkan maklumat yang diberikan, namakan jenis rawatan tradisional.
Merawat tekanan darah tinggi
(a)
Berdasarkan maklumat yang diberikan, namakan jenis rawatan moden.
Ubat seperti parasetamol yang disintesiskan di makmal
(a)
Berdasarkan maklumat yang diberikan, namakan jenis rawatan moden.
Sinar gama digunakan untuk membunuh sel-sel kanser
(a)
Berdasarkan maklumat yang diberikan, namakan jenis rawatan komplementari.
Merehatkan tisu dan mengurangkan kesakitan
(a)
Berdasarkan maklumat yang diberikan, namakan jenis rawatan komplementari.
Melatih perhatian dan kesedaran, dan mencapai ketenangan mental dan emosi
(a)
Apakah radikal bebas?
Atom atau molekul yang stabil
Atom atau molekul yang mencapai susunan oktet
Atom atau molekul yang tidak reaktif
Atom atau molekul yang kehilangan elektron
Proses apakah yang menghasilkan radikal bebas dalam badan?
Peneutralan
Pengoksidaan
Pencernaan
Metabolisme
Apakah yang menyebabkan penuaan dalam badan manusia?
Radikal bebas
Bahan antioksidan
Anion
Bahan aktif dalam makanan tambahan
Bagaimanakah pengambilan bahan antioksida daripada makanan membantu melindungi badan daripada radikal bebas?
Menstabilkan atom atau molekul dalam badan
Melambatkan proses pengoksidaan dalam badan
Mempercepat proses penyerapan nutrien dalam usus
Membantu menguatkan sel-sel dalam badan
Tomato banyak mengandungi ................
Beta kerotena
Lutein
Likopena
Vitamin E
· Dijumpai dalam sayuran hijau
· Mengelakkan katarak mata
Apakah kelebihan lain bahan antioksida ini?
Menjaga kesihatan rambut
Mengelakkan strok
Menjaga kesihatan kuku
Mengelakkan kulit kering
Antara yang berikut, yang manakah dapat digunakan sebagai antioksidan dalam makanan?
Stimulan
Penisilin
Streptomisin
Asid askorbik
Apakah tindakan larutan garam ke atas hirisan epal?
Menghentikan proses mitosis pada epal
Mempercepatkan proses pengoksidaan epa
Melambatkan proses pengoksidaan epal
Menguraikan enzim dalam epal
Alma mengambil suplemen berjenama ‘X’ untuk menjaga kesihatan kulit manakala Fatimah mengambil suplemen berjenama ‘Y’ untuk tujuan yang sama. Setiap suplemen ini mengandungi bahan aktif. Antara berikut, yang manakah benar tentang bahan aktif dalam suplemen jenama ‘X’ dan jenama ‘Y’?
Bahan aktif jenama ‘X’ mungkin lebih berkesan berbanding jenama ‘Y’
Bahan aktif jenama ‘X’ dan jenama ‘Y’ mempunyai fungsi yang sama
Bahan aktif jenama ‘X’ dan jenama ‘Y’ mempunyai fungsi yang berbeza
Keberkesanan bahan aktif ini ditentukan oleh harga suplemen itu sendiri
