NEW
Font size
WorksheetsLatihan Tatabahsa_ AYAT SAMA MAKSUD
Total questions: 15
Worksheet time: 14mins
Mina menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Khairul dalam masa setengah jam sahaja.
Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Hussein setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Mina.
Kerja Cikgu Khairul yang diberikan disiapkan oleh Mina dalam masa hanya setengah jam.
Kerja yang diberi oleh Cikgu Khairul setengah jam yang lalu disiapkan oleh Mina
Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Mina seperti yang diberi oleh Cikgu Khairul.
Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.
Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
Semasa pemuda itu hendak melintas jalan raya, dia terlanggar motosikal.
Semasa pemuda itu hendak melintas jalan raya, dia dilanggar motosikal.
Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
Berkotak-kotak ubat diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman Sabah.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kotak-kotak ubat itu dibawa ke kawasan Sabah dan pedalamannya dengan helikopter.
Berkotak-kotak ubat diterbangkan ke kawasan pedalaman Sabah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Ubat-ubat itu terbang dari Lapangan Terbang Antara bangsa Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman Sabah.
Berkotak-kotak ubat diterbangkan ke kawasan pedalaman Sabah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi tetapi penyanyi itu belum sampai jua.
Penyanyi itu tiba lima minit sebelum pertunjukan itu bermula.
Sudah sepuluh minit pertunjukan itu bermula, penyanyi itu masih belum tiba.
Penyanyi itu masih belum tiba walaupun pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi.
Penyanyi itu masih belum tiba walaupun pertunjukan itu sudah bermula lima minit.
Keindahan flora dan fauna yang belum tercemar merupakan daya penarik kepada pelancong ke Taman Negara.
Pelancong datang ke Taman Negara kerana ditarik dengan keindahan flora dan fauna yang belum tercemar.
Keindahan flora dan fauna di Taman Negara sangai diminati pelancong.
Faktor flora dan fauna di Taman Negara yang belum tercemar menjadi daya penarik kunjungan pelancong.
Kecantikan flora dan fauna menjadi kuasa menarik kunjungan pelawat ke Taman Negara.
Kawasan dusun datuk kelihatan terang kerana baru dibersihkan oleh Pak Mahmud.
Kawasan dusun datuk yang baru dibersihkan oleh Pak Mahmud kelihatan terang.
Kawasan dusun Pak Mahmud yang baru diberihkan oleh datuk kelihatan cantik.
Pak Mahmud baru membersihkan kawasan dusun datuk yang kelihatan terang.
Kawasan dusun datuk yang baru kelihatan bersih diterangkan oleh Pak Mahmud.
Hussien yang minum kopi di dalam gelas itu.
Gelas yang berisi kopi itu diminum oleh Hussien.
Kopi diminum oleh Hussien di dalam gelas itu.
Kopi di dalam gelas itu diminum oleh Hussien.
Di dalam gelas itu ada kopi yang diminum oleh Hussien.
Kedatangan datuk dan neneknya dari kampung disambut oleh Siti dengan tangan terbuka.
Kedatangan Siti disambut dengan tangan terbuka oleh datuk dan neneknya dari kampung.
Kedatangan datuk dan nenek Siti dari kampung disambut olehnya dengan tangan terbuka.
Datuk dan nenek Siti menyambut kedatangannya dari kampung dengan tangan terbuka.
Dengan tangan terbuka, datuk dan nenek Siti menyambut kedatangannya dari kampung.
"Zainon, ambilkan saya pinggan itu," kata ibu.
Ibu meminta Zainon mengambilkannya pinggan itu.
Zainon disuruh oleh ibu untuk menyimpan pinggan itu.
Zainon menolong ibu untuk meletakkan pinggan itu.
Zainon diminta oleh ibu untuk meletakkan pinggan itu.
"Belajarlah bersungguh-sungguh, jangan sia-siakan usia mudamu," kata abang kepada saya.
Abang menasihati saya supaya tidak mensia-siakan masa muda dan belajar dengan bersungguh-sungguh.
Abang memberitahu saya supaya rajin belajar dan jangan sia-siakan usianya yang muda.
Abang memberitah saya supaya rajin belajar dan jangan sia-siakan usianya yang muda
Abang meminta saya belajar supaya tidak mensia-siakan usia yang muda.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Guru disiplin telah menangkap lima orang murid yang ponteng sekolah di pusat permainan video.
Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat permainan video oleh guru disiplin.
Guru menangkap lima orang murid yang tidak berdisiplin di pusat permainan video.
Lima orang guru disiplin telah menangkap murid yang ponteng sekolah
di pusat permainan video.
Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat permainan video kerana tidak berdisiplin.
Kebakaran yang telah meragut dua nyawa itu memang dahsyat.
Kebakaran yang dahsyat itu telah meragut dua nyawa.
Dua nyawa terkorban dengan dahsyat dalam kebakaran itu.
Kedua-dua nyawa itu telah teragut semasa kemalangan itu.
Sugguhpun kebakaran itu dahsyat, namun dua nyawa terkorban.
Melaka terkenal sebagai bandar paling bersejarah di Malaysia.
Melaka memang sudah terkenal sebagai bandar bersejarah.
Bandar paling bersejarah di Malaysia ialah negeri Melaka.
Bandar tempat bersejarah terdapat di negeri Melaka.
Bandar paling bersejarah ialah Melaka yang terletak di Malaysia.
"Amir ,pergi tolong ayah kamu mencuci kereta," kata Puan Zurina.
Amir diminta menolong Puan Zurina mencuci kereta ayahnya.
Amir disuruh oleh Puan Zurina untuk menolong ayahnya mencuci kereta.
Amir dan Puan Zurina diminta mencuci kereta ayah mereka.
Amir meminta Puan Zurina menolong mencuci kereta ayahnya.
Alias akan pergi ke perpustakaan awam jka ada masa terluang.
Sekiranya ada masa lapang, Alias akan pergi ke perpustakaan awam.
Pergi ke perpustakaan awam hanya dilakukan oleh Alias pada waktu lapang.
Pada waktu terluang, Alias pasti akan pergi ke perpustakaan awam.
Masa Alias banyak dihabiskan dengan membaca buku di perpustakaan awam.
