WorksheetsPERIBAHASA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi musim tengkujuh.
Kacang lupakan kulit
Sediakan payung sebelum hujan
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
Berikan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa ini; Orang yang bertuah mendapat keuntungan atau rezeki dari mana-mana sahaja.
Seperti lembu dicucuk hidung
Tegak sama tinggi, duduk sama rendah
Di mana ada gula, di situ ada semut
Seperti gergaji dua mata
Nyatakan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut.
Gagak pulang ke benua
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Seperti pungguk rindukan bulan
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Belut pulang ke lumpur
Apakah maksud peribahasa di bawah:
Umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak dibumi
tidak tetap pada suatu tempat
yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki
kasih sayang yang lekas hilang
sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan
Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa di bawah:
Burung terbang dipipiskan lada
Musuh dalam selimut
Mendengar guruh dilangit, air tempayan dicurahkan
Api dalam sekam
Tak lapuk dek hujan , tak lekang dek panas
Jika tidak dipantau dengan sungguh-sungguh, akan ada sahaja peniaga yang akan menaikkan harga barang-barang ekoran kenaikan harga petroleum yang diumumkan itu.
Bagai mencurah air ke daun keladi
Rambang Mata
Menahan lukah di pergentingan
Sudah jatuh ditimpa tangga
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud di bawah:
Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain yang berharga.
Seperti anai-anai makan kayu
Seperti hujan jatuh ke pasir
Lipas kudung
Seperti kera mendapat bunga
Berikan maksud peribahasa di bawah:
Laksana pohon katu tiada berbuah
orang yang terikat hidupnya
ilmu yang tiada diamalkan
sudah tidak berdaya lagi
sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi di bawah:
Kita mestilah pandai bergaul dengan semua orang walau dimana kita berada.
Seperti cacing kepanasan
Seperti rusa masuk kampung
Masuk kandang mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan
Pergaduhan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi akan berbaik semula.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Rambut sama hitam, hati lain-lain
Pahit dahulu, manis kemudian
Seperti langit dengan bumi
Apakah maksud peribahasa di bawah:
Bagai limau masam sebelah
selalu gelisah
nasihat yang tidak dihargai
malang sekali, nasib buruk
hukuman atau pertimbangan yang tidak adil
Berikut adalah peribahasa yang sama maksud dan hampir sama maksud kecuali
belut pulang ke lumpur
direndam tak basah
ikan pulang ke lubuk
gagak pulang ke benua
Apakah peribahasa yang sesuai dengan situasi di bawah:
Perangai anaknya itu kasar seperti perangai bapanya juga.
biduk lalu kiambang bertaut
air ditetak tak akan putus
bagaimana tepuk, begitulah tarinya
nyawa-nyawa ikan
Nyatakan maksud peribahasa di bawah:
Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak
orang yang bermuka merah
orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa
kecantikan gadis yang tiada bandingannya
dua serupa benar
Nyatakan maksud peribahasa di bawah:
Direndam tak basah
sesuatu yang sangat sukar dikalahkan
rajin dan cepat bekerja
merendah diri
masih ada yang belum selesai
Berikan maksud peribahasa seperti embun di hujung rumput?
hati hancur yang amat dukacita
perempuan yang banyak bercakap
rumput kena pijak
kasih sayang yang lekas hilang
Apakah maksud peribahasa seperti mentimun dengan durian?
hidup dalam kemiskinan
orang yang lemah melawan orang kuat
orang yang menyembunyikan kelebihannya
orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang
Apakah peribahasa yang sesuai dengan maksud di bawah:
Kesusahan kerana bercerai dengan sahabat karib; rakyat yang kehilangan pemimpin
Seperti ayam berak kapur
seperti pungguk rindukan bulan
Seperti anak ayam kehilangan induk
Seperti abu di atas tunggul
Berikan peribahasa yang sesuai dengan maksud di bawah:
Ingin melakukan sesuatu melebihi kesanggupan
Sudah terhantuk baru tengadah
Tanam lalang, tak akan tumbuh padi
Pipit hendak menjadi enggang
Jauhari juga yang mengenal manikam
Berikan peribahasa yang sesuai dengan maksud di bawah:
Serumpun bak serai, sesusun bak sirih
seia-sekata, hidup saling bermuafakat
sama-sama ikut tanggungjawab
janji mesti ditepati
orang yang terikat hidupnya
