WorksheetsUJIAN SUMATIF SAINS TAHUN 6
Total questions: 50
Worksheet time: 57mins
Apakah yang dimaksudkan dengan mikroorganisma?
Sekumpulan benda hidup
Hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar
Benda hidup yang sangat berbahaya
Sejenis hidupan yang boleh dilihat dengan mata kasar dan disentuh
Antara kesan buruk mikroorganisma ialah boleh menyebabkan penyakit berjangkit. Sekiranya rakan baik kamu mengalami penyakit konjuktivitis apakah langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan kamu daripada dijangkiti penyakit berkenaan ?
Mandi menggunakan sabun antiseptik
Memakai penutup hidung dan mulut
Elakkan berada dekat dengan rakan tersebut
Bersalaman dan bergurau senda dengannya
Rajah menunjukkan satu penyiasatan tentang proses hidup mikroorganisma. Apakah kesimpulan yang dibuktikan melalui penyiasatan ini?
Mikroorganisma bernafas
Mikroorganisma bergerak
Mikroorganisma membuat makananya sendiri
Mikroorganisma bertumbuh
Gambar menunjukkan sejenis mikroorganisma. Nyatakan jenis mikroorganisma tersebut.
Bakteria
Virus
Fungi
Protozoa
Maksud Interaksi antara hidupan ialah _______________
Perhubungan pasif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain.
Perhubungan aktif antara hidupan yang tidak bergantung antara satu sama lain.
Perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain.
Perhubungan antara haiwan dengan haiwan lain yang saling bergantung antara satu sama lain.
Maksud Interspesies ialah
interaksi antara spesies yang berlainan
interaksi antara spesies yang sama
Haiwan berikut hidup secara berkumpulan KECUALI
Gajah
Ayam
Lebah
Harimau
Haiwan berikut hidup secara bersendirian , KECUALI
Tapir
Helang
Singa
Labah-labah
Carta palang menunjukkan perubahan spesies haiwan apabila hutan dijadikan kawasan perindustrian. Berikan inferens yang sesuai tentang perubahan keadaan haiwan tersebut ?
Hidupan menjadi mangsa aktiviti pemburuan
Bilangan pemangsa meningkat
Kemusnahan habitat menyebabkan sumber makanan berkurang
Peningkatan persaingan mendapatkan pasangan
Apakah jenis interaksi antara buran dan umang-umang tersebut?
Komensalisme
Parasitisme
Mutualisme
Rajah menunjukkan beberapa haiwan yang menghadapi ancaman kepupusan. Antara haiwan berikut, yang manakah juga menghadapi kepupusan?
Tupai
Burung layang-layang
Burung kenyalang
Kerbau
Rajah menunjukkan semangkuk kari ayam. Kari ayam ini dibiarkan di atas meja selama 3 hari. Didapati kari ayam tersebut telah berkulat dan berbau busuk. Apakah sebab terjadinya sedemikian?
Mikroorganisma telah bertumbuh di dalam kari tersebut
Kari ayam menggunakan santan yang telah masam
Mikroorganisma berhibernasi dalam kari tersebut
Kari ayam terdedah kepada udara terlalu lama
Rajah menunjukkan 2 jenis bahan makanan yang telah disejukbekukan. Mengapakah bahan makanan tersebut boleh tahan lebih lama apabila disejukbekukan?
Ais membekukan semua mikroorganisma
Mikroorganisma tidak aktif pada suhu yang terlalu rendah
Kandungan air di dalam bahan makanan tersebut mengering apabila dibekukan
Udara turut dibekukan di dalam peti sejuk beku
Pembuangan plastik ke laut mengakibatkan punca kematian penyu. Apakah inferens yang boleh dibuat berdasarkan maklumat ini?
Penyu memang sukakan plastik
Penyu tidak dapat bertelur
Penyu tercekik akibat termakan plastik kerana menyangkakan itu obor-obor
Laut menjadi kotor
Rajah menunjukkan suatu situasi. Apakah kesan daya yang terlibat?
Daya boleh mengubah bentuk objek
Daya boleh menggerakkan objek pegun
Daya boleh mengubah arah objek
Daya boleh memberhentikan objek yang bergerak
Sekumpulan murid Tahun 6 Seroja menjalankan satu penyiasatan tentang masa yang diambil oleh sebuah kereta mainan untuk menuruni landasan di atas 4 permukaan yang berbeza, P,Q,R dan S. Kereta mainan tersebut dilepaskan dari ketinggian yang sama. Jadual menunjukkan keputusan penyiasatan mereka.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan penyiasatan tersebut?
Daya geseran permukaan S paling sedikit
Permukaan Q mempunyai daya geseran paling tinggi
Daya geseran permukaan P lebih banyak berbanding permukaan R
Daya geseran permukaan R lebih banyak daripada permukaan P tetapi kurang dari permukaan S
Maklumat berikut menunjukkan proses pengawetan ikan:
i. Ikan disiang dan dibilas bersih
ii. Ikan dijemur di bawah cahaya matahari
iii. Ikan diisi ke dalam plastik bungkusan
iv. Udara dikeluarkan daripada bungkusan dan bungkusan diikat
Apakah proses-proses pengawetan yang terlibat?
Penjerukan dan pengeringan
Pemasinan dan pengeringan
Pengeringan dan pembungkusan vakum
Pengeringan dan pelilinan
Apakah maksud daya?
Kesan tarikan terhadap sesuatu objek
Kesan tolakan terhadap sesuatu objek
Tenaga yang dihasilkan akibat pergerakan sesuatu objek
Tarikan atau tolakan yang bertindak ke atas sesuatu objek
Apakah yang dimaksudkan dengan daya geseran?
Usaha untuk menentang pergerakan
Daya yang terhasil apabila dua permukaan bersentuhan antara satu sama lain
Daya untuk mengubah bentuk sesuatu objek
Tarikan atau tolakan yang dilakukan terhadap sesuatu objek
Sebuah lori mengambil masa 5 jam untuk sampai ke destinasinya sejauh 400 km. Berapakah kelajuan lori itu?
80 km/j
90 km/j
100 km/j
110 km/j
Apakah jenis bahan buangan bagi sisa toksik? Tandakan / pada jawapan yang betul.
Bahan buangan terbiodegradasikan
Bahan buangan tidak terbiodegradasikan
Apakah cara yang terbaik untuk mengendalikan bahan buangan yang tidak terbiodegradasikan?
Membuat baja kompos
Membakar bahan buangan tersebut
Mengitar semula bahan buangan itu
Timbus ke dalam tanah
Antara bahan buangan berikut, yang manakah merupakan bahan buangan terbiodegradasikan?
Tisu
Tin minuman
Botol plastik
Tuala lama
Antara berikut, yang manakah dapat dijadikan baja kompos?
Bahan buangan kimia
Bahan buangan organik
Bekas plastik
Bekas logam
Rajah menunjukkan beberapa jenis bahan buangan. Bahan yang manakah dapat dikelaskan dalam kumpulan yang sama seperti bahan buangan tersebut?
Tin minuman
Botol plastik
Lampin pakai buang
Kulit pisang
Namakan proses hidup mikroorganisma dalam rajah tersebut.
(a)
Apakah alat yang membantu kita melihat mikroorganisma?
(a)
Apakah jenis mikroorganisma yang menyebabkan penyakit tuberkulosis?
(a)
Selain daripada membasuh tangan, apakah langkah-langkah lain yang perlu dilakukan bagi mencegah penyakit berjangkit?
Minum air paip tanpa mendidihkannya terlebih dahulu
Tidak berkongsi peralatan peribadi dengan orang lain
Membiarkan makanan yang telah masak tanpa ditutup
Memakai penutup hidung dan mulut semasa wabak penyakit sebaran udara
Cadangkan dua cara yang boleh digunakan untuk memudahkan kotak tersebut dipindahkan.
Menggunakan troli
Membuat corak pada permukaan kotak
Mengecat permukaan bawah kotak
Meletakkan penggolek di bawah kotak
Manakah antara berikut merupakan interaksi intraspesies?
Antara persaingan berikut, yang manakah tidak berlaku antara spesies yang berbeza?
Persaingan untuk mendapatkan pasangan
Persaingan untuk mendapatkan makanan
Persaingan untuk mendapatkan air
Persaingan untuk mendapatkan tempat tinggal
Usaha untuk mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang adalah merujuk kepada aktiviti (a)
Antara haiwan berikut, yang manakah diburu untuk mendapatkan lemak dan dagingnya?
Apakah cara terbaik untuk mengekalkan kesegaran makanan ini?
Pelilinan
Penyejuk bekuan
Penyalaian
Pemasinan
Sekumpulan murid menjalankan satu penyiasatan. Mereka menolak sebiji guli di atas tiga permukaan yang berbeza, X,Y dan Z. Kemudian mereka merekodkan jarak yang dilalui oleh guli tersebut dan mencatatnya dalam jadual.
Nyatakan pemboleh ubah manipulasi daripada penyiasatan ini.
Jarak yang dilalui oleh guli
Jenis permukaan
Saiz guli
Murid-murid menjalankan satu penyiasatan untuk mengawet mangga. Mereka memasukkan kuantiti garam yang berbeza ke dalam botol yang mengandungi isipadu air yang sama. Keputusan penyiasatan direkodkan dalam jadual.
Apakah pembolehubah bergerak balas dalam penyiasatan ini?
(a)
Apakah jenis mikroorganisma yang diperhatikan oleh murid ini?
Alga
Virus
Protozoa
Fungi
COVID 19
Apakah mikroorganisma yang menyebabkan penyakit di atas?
Bakteria
Virus
Fungi
Alga
Yang manakah antara makanan berikut dihasilkan dengan menggunakan bakteria?
Antara yang berikut, yang manakah benar?
Parasitisme - Paku langsuyar dengan pokok getah
Parasitisme - Pokok duit-duit dengan pokok rambutan
Komensalisme - Orkid merpati dengan pokok meranti
Komensalisme - Pokok dedalu dengan pokok mangga
Lengkapkan peta pokok berikut dengan faktor persaingan antara tumbuhan.
(a)
Jadual menunjukkan masa yang diambil oleh seorang murid untuk bergerak dari rumahnya ke sekolah yang terletak sejauh 3 km. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan jadual tersebut?
Semakin bertambah laju sesuatu objek bergerak, semakin bertambah masa yang diambil untuk objek itu tiba ke destinasi.
Semakin bertambah laju sesuatu objek bergerak, semakin berkurang masa yang diambil untuk objek itu tiba ke destinasi.
Murid itu mengambil masa yang paling singkat jika berjalan kaki ke sekolah
Murid itu mengambil masa yang paling lama untuk tiba ke destinasi sekiranya dia menaiki kereta
Rajah menunjukkan satu carta palang bagi jarak yang dilalui oleh empat jenis objek. Antara objek berikut, yang manakah bergerak paling perlahan?
W
X
Y
Z
Antara kaedah pengawetan makanan berikut, yang manakah melibatkan proses pemakanan pada suhu yang tinggi dan diikuti dengan pendinginan segera?
Pemasinan
Penyalaian
Pendidihan
Pempasteuran
Apakah cara pelupusan yang paling sesuai bagi sisa minyak yang terdapat di restoran?
Kitar semula
Menuang sisa minyak ke dalam sungai
Menuang sisa minyak ke dalam singki
Mengisi sisa minyak ke dalam satu bekas khas
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan bahan buangan diguna semula untuk mengurangkan longgokan bahan buangan di persekitaran?
Bahan buangan kaca dikitar semula untuk dijadikan bahan kaca yang baharu
Tayar buruk dijadikan tempat menanam bunga
Bahan buangan organik dijadikan baja kompos
Mengurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli belah
Apakah maksud bahan buangan terbiodegradasikan?
Bahan buangan yang boleh direputkan dengan tindakan mikroorganisma
Bahan buangan yang boleh dikitar semula
Bahan buangan yang tidak boleh direputkan oleh mikroorganisma
Rajah menunjukkan jarak antara pokok mangga dalam sebuah ladang. Apakah tujuan di tanam sedemikian?
Untuk memudahkan pekerja ladang memungut buah mangga
Untuk mengelakkan persaingan antara pokok-pokok mangga
Untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar
Untuk menjadikan ladang kelihatan lapang.
Sesetengah haiwan hidup secara berkumpulan untuk yang berikut kecuali
mendapat sumber makanan yang tidak terhad
melindungi sesama sendiri daripada musuh
bekerjasama mencari makanan.
mudah mencari pasangan.
