wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F4- Kegravitian 1(Hasnah)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Hukum Kegravitian Semesta Newton?

a)

Sesuatu objek akan sentiasa berada dalam keadaan bergerak dengan halaju malar, sehingga suatu daya asing bertindak ke atasnya.

b)

Kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya yang bertindak ke atasnya.

c)

Daya graviti antara dua jasad adalah berkadar terus dengan hasil darab jisim kedua-dua jasad dan berkadar songsang dengan kuasa dua jarak di antara pusat dua jasad tersebut.

d)

Bagi setiap daya yang dikenakan, terdapat suatu daya yang bertindak pada arah bertentangan dengan daya tersebut.

2.

Apakah dua hubungan yang terlibat dalam pembentukan Hukum Kegravitian Semesta Newton?


i - daya graviti berkadar terus dengan hasil darab jisim dua jasad

ii - daya graviti berkadar terus dengan jisim dan pecutan graviti

iii - daya graviti berkadar songsang dengan kuasa dua jarak di antara pusat dua jasad tersebut

iv - daya graviti kuasa dua adalah berkadar terus dengan jejari orbit kuasa tiga

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

3.

Hitungkan daya graviti antara sebuah kereta dengan Bumi. Diberi:


Jisim kereta = 5000 kg

Jisim Bumi = 5.97 x 1024 kg

Jarak antara pusat kereta ke Bumi = 6.37 x 106 m

a)

4.8 x 103 N

b)

5.0 x 103 N

c)

4.7 x 104 N

d)

4.9 x 104 N

4.

Berapakah jisim Azman jika daya graviti yang dikenakan padanya adalah 618.03 N?

Diberi :


Jisim Bumi = 5.97 x 1024 kg

Jejari Bumi = 6.37 x 106 m

a)

55 kg

b)

60 kg

c)

63 kg

d)

73 kg

5.

Apakah yang salah tentang daya graviti, Fg?

a)

Daya graviti sebuah berkadar terus dengan jisim dua jasad

b)

Daya graviti berkadar songsang dengan jarak antara dua pusat jasad

c)

Daya graviti ditentukan menggunakan pemalar kegravitian, G

d)

Daya graviti berkadar terus dengan pecutan graviti

6.

Apakah pecutan graviti bagi sebuah satelit yang berada 5000 km dari permukaan sebuah planet?

Diberi :


Jisim planet = 6.5 x 1026 kg

Jejari planet = 7.7 x 107 m

a)

7.31 ms-2

b)

0.13 ms-2

c)

9.81 ms-2

d)

4.63 ms-2

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan daya memusat? Pilih jawapan yang paling tepat.

a)

Bagi suatu jasad yang melakukan gerakan membulat, satu halaju terhasil disebabkan oleh daya yang mempunyai arah tegak lurus keluar pusat bulatan.

b)

Bagi suatu jasad yang melakukan gerakan membulat, terdapat suatu daya yang bertindak ke atasnya yang sentiasa menuju ke pusat bulatan itu.

c)

Bagi suatu jasad yang melakukan gerakan membulat, terdapat dua daya yang terhasil iaitu daya yang selari dengan pergerakan jasad, dan tegak lurus ke pusat bulatan.

d)

Bagi suatu jasad yang melakukan gerakan membulat, terdapat suatu daya yang terhasil dari halaju jasad tersebut.

8.

Kirakan halaju, v, sebuah satelit yang mengelilingi Bumi sekiranya daya yang dikenakan ke atasnya adalah 2.96 x 1013 N, jisim satelit adalah 5 x 108 kg, dan jarak satelit dari pusat Bumi adalah 7.8 x 104 km.

Apakah pula pecutan graviti, g bagi satelit tersebut?

a)

v = 7.87 x 104 ms-1, g = 7.94 x 104 ms-2

b)

v = 5.93 x 104 ms-1, g = 6.80 x 104 ms-2

c)

v = 6.80 x 104 ms-1, g = 7.87 x 104 ms-2

d)

v = 6.80 x 104 ms-1, g = 5.93 x 104 ms-2

9.

Nyatakan data yang diperlukan dari Bulan bagi menentukan jisim Bumi, M?


i - Jisim Bulan

ii - Halaju linear Bulan

iii - Jarak pusat Bumi ke pusat Bulan

iv - Tempoh peredaran Bulan mengelilingi Bumi

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii, dan iii sahaja

d)

i, iii, dan iv sahaja

10.

Tentukan jisim sebuah bintang jika sebuah planet yang berada pada jarak 7.83 x 1011 m dari pusat bintang mempunyai tempoh orbit selama 12 tahun?

a)

1.989 x 1030 kg

b)

2.564 x 1030 kg

c)

3.778 x 1029 kg

d)

5.863 x 1029 kg