wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

NABI MUHAMMAD SAHABAT SEJATI

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tindakan Nabi Muhammad S.A.W apabila mengetahui sahabatnya Abu Hurairah lapar?

a)

Nabi tidak mengendahkan sahabatnya

b)

Nabi hanya mengajak Abu Hurairah

c)

Nabi makan di hadapan sahabatnya

d)

Nabi mengajak semua para sahabatnya ke rumah baginda termasuk Abu Hurairah

2.

باݢايماناكه اخلاق نبي محمد ترهادﭪ صحابتـڽ ؟

Bagaimanakah akhlak Nabi Muhammad terhadap sahabatnya?

a)

Nabi Muhammad SAW sangat memahami para sahabat baginda

b)

Nabi Muhammad tidak suka mengutamakan sahabat baginda

c)

Nabi Muhammad sentiasa prihatin terhadap para sahabat

d)

Nabi Muhammad sangat merendah diri

3.

Nabi Muhammad mendahulukan para sahabat yang lain untuk meminum susu. Tingkah laku Nabi Muhammad menunjukkan bahawa beliau...

a)

suka mengabaikan kebajikan para sahabat

b)

suka mengutamakan para sahabat

c)

suka pentingkan diri sendiri

4.

Nabi Muhammad memanggil Saidina Abu Bakar dengan panggilan As-Siddiq. Akhlak Nabi Muhammad mendidik saya untuk....

a)

mengherdik rakan dengan perkataan kesat

b)

memanggil rakan dengan panggilan yang baik

c)

menggunakan bahasa yang kasar

d)

memanggil dengan panggilan yang menjengkelkan

5.

Apakah tindakan Nabi Muhammad apabila Saad bin Abi Waqas sakit?

a)

Menghadiahkan sejambak bunga

b)

Menziarahi Saad bin Abi Waqas

c)

Mengajak para sahabat membaca yaasin

d)

Mendoakan kesihatan Saad bin Abi Waqas

6.

Apakah iktibar yang diperolehi apabila Nabi Muhammad membantu menanam pohon kurma untuk membebaskan Saidina Salman Al-Farisi?

a)

Saya perlu menambahkan penderitaan rakan saya

b)

Saya perlu melazimi membantu rakan yang dalam kesusahan

c)

Saya perlu memberi sokongan dan melihat hasil usahanya

d)

Saya perlu memastikan diri saya tidak memikirkan hal orang lain

7.

Sebagai sahabat yang baik, apakah tindakan yang perlu saya lakukan jika kawan saya tidak memahami sesuatu topik pengajaran?

a)

Tidak menghiraukan keadaan kawan

b)

Berkongsi ilmu dan memberi tunjuk ajar kepada kawan

c)

Mengabaikan dan menjauhkan diri

d)

Memarahi kawan tersebut kerana tidak fokus di dalam kelas

8.

Adakah perbuatan memanggil rakan dengan panggilan yang tidak baik akan disenangi oleh orang lain?

a)

Ya

b)

Tidak

c)

Kurang pasti

9.

Nabi Muhammad merupakan sebaik-baik contoh di dalam bersahabat

a)

Ya

b)

Tidak

c)

Kurang tepat

10.

Tindakan Nabi Muhammad SAW mengajak Abi Hurairah ke rumahnya untuk meminum susu menunjukkan bahawa baginda....

a)

tidak mengambil endah tentang sahabat baginda

b)

sangat memahami para sahabat baginda

c)

mementingkan diri sendiri dan keluarga