NEW
Font size
Worksheetskonsep geomorfologi dan konfigurasi bentuk muka bumi
Total questions: 19
Worksheet time: 6mins
Dari manakah asal perkataan geomorfologi?
Bahasa Melayu
Bahasa Afrika
Bahasa Yunani
Bahasa Jawa
Apakah makna geomorfologi?
satu kajian unsur-unsur cuaca
satu kajian tentang bentuk muka bumi
satu kajian jenis haiwan
satu kajian proses fizikal
Apakah konsep proses geomorfologi?
semua proses fizikal, kimia dan biologi bertanggungjawab membentuk, memperkembang dan mengubah bentuk muka bumi
proses rantaian makanan dan siratan makanan
proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan
proses kitaran hidrologi
Nyatakan unsur utama melibatkan proses luluhawa.
udara dan kelembapan
bahangan suria
kerpasan dan hujan
suhu dan air
Senaraikan jenis-jenis luluhawa.
fizikal, kimia dan biologi
pengukiran dan pemecahan
penghausan bentuk muka bumi
larutan dan hidraul
Nyatakan sebab berlaku luluhawa fizikal
kandungan kimia batuan berubah
tindakan air melarut batuan
proses pengembangan batuan waktu siang dan pengecutan batuan waktu malam
tindakan angin yang bertiup
Apakah proses yang melibatkan perubahan komposisi kimia batuan?
luluhawa mekanikal
luluhawa kimia
luluhawa fizikal
luluhawa hayat
Apakah maksud luluhawa biologi?
tindakan air terlarut pada batuan
tindakan air larian permukaan terhadap batuan
tindakan haiwan memakan tumbuhan
tindakan tumbuhan, aktiviti haiwan dan aktiviti manusia
Berikan agen-agen yang melibatkan proses hakisan
aliran air, kerpasan dan angin
aliran air, glasier dan angin
glasier, pergerakan jisim dan aliran air
angin, glasier dan manusia
Di kawasan manakah hakisan aliran air giat berlaku?
Tropika lembap
Hawa sederhana
Gurun panas
Kutub
Nyatakan konsep hakisan.
proses penggondolan muka bumi
proses pemecahan batuan
proses batuan menjadi kecil
proses pengukiran dan penghausan muka bumi
Nyatakan makna proses pergerakan jisim
pergerakan batuan dari satu tempat ke tempat lain
pergerakan tanah secara mendatar atau menegak
pergerakan tanah dan batuan dari atas cerun ke bawah cerun disebabkan tarikan graviti bumi
pergerakan batuan secara bergolek
Senaraikan 2 jenis pergerakan jisim
pergerakan mendatar dan pergerakan menegak
pergerakan melintang dan pergerakan membujur
pergerakan aliran lambat dan pergerakan aliran cepat
pergerakan bersilang dan pergerakan bersirat
Apakah faktor mempercepatkan pergerakan jisim?
kehadiran air hujan
bahangan suria tinggi
kehadiran angin yang kuat
kehadiran kelembapan udara
Berikan makna pengangkutan.
proses pergerakan batuan dari atas bukit
proses pemindahan bahan daripada tempat asalnya
pergerakan jatuhan air
proses pergerakan batuan dari laut
Jelaskan tenaga yang mempengaruhi pengangkutan
tenaga haba pendam dan tenaga rasa
tenaga keupayaan dan tenaga koriolis
tenaga graviti dan tenaga elektrik
tenaga potensi dan tenaga kinetik
Apakah proses pemendapan?
berlaku apabila sungai mengalami proses hakisan yang pesat
berlaku apabila larian air permukaan bertambah laju
halaju agen yang bergerak menjadi semakin lemah dan perlahan, maka bahan yang diangkut akan ditimbulkan
agen hakisan sungai bergerak secara mendatar
Nyatakan perubahan tenaga semasa proses pemendapan.
dari tenaga kinetik kepada tenaga graviti
dari tenaga kinetik kepada tenaga potensi
dari tenaga keupayaan kepada tenaga haba pendam
dari tenaga potensi kepada tenaga kinetik
Senaraikan agen-agen pengangkutan
air mengalir, angin, glasier dan ombak
regolit, batu tongkol dan granit
sungai, laut dan tasik
haba, suhu dan tekanan
