Font size
WorksheetsPSV TINGKATAN 3 (LANDSKAP)
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
Reka bentuk landskap bermaksud ...
Aktiviti mereka bentuk produk.
Perancangan bagi menghias ruang landskap.
Peranan seorang pereka bentuk membina idea.
Seni dalam menghias dan menyusun bahagian dalaman sesuatu ruang dan mereka bentuk bahagian untuk menjadikan keadaan lebih selesa.
Apakah kepentingan pereka bentuk landskap?
Memastikan udara segar
Meningkatkan kualiti tumbuhan
Menentukan tumbuhan untuk ditanam
Memastikan ruang landskap yang dibina mengikut spesifikasi
Gambar di atas merujuk kepada konsep ...
Bali
Jepun
Melayu
Inggeris
"Konsep ini banyak menitikberatkan hubungan antara manusia dengan persekitarannya"
Kenyataan tersebut adalah merujuk kepada konsep ...
Bali
Jepun
Melayu
Inggeris
Konsep berikut menggunakan pokok dan bunga bagi ciri-ciri dalam konsep taman landskap. Konsep tersebut merujuk kepada ...
Bali dan Melayu
Jepun, Bali dan Melayu
Inggeris, Bali dan Melayu
Inggeris, Jepun dan Melayu
Manakah ciri-ciri Seorang Pereka Landskap
Kefahaman dalam ilmu seni, fizik, sejarah, matematik dan sains.
Mendapatkan idea dengan ringkas dan menyeluruh
Kemahiran menyelesaikan masalah.
Peka terhadap alam sekitar.
Reka bentuk landskap yang berjaya merupakan rekaan yang memiliki konsep yang jelas. Tiga Konsep utama ini berfungsi sebagai:
Panduan untuk mewujudkan persaingan dan perpaduan kepada hasil rekaan landskap.
Membantu membimbing pereka landskap dalam mereka bentuk sesuatu projek.
pendekatan popular yang memberi acuan yang agak jelas dan ringkas untuk projek reka bentuk landskap.
Menjelaskan fungsi bagi reka bentuk dengan baik melalui gambaran kegunaan dan pergerakan terhadap ruang yang dihasilkan.
"Pendekatan popular yang memberi
acuan yang agak jelas dan ringkas untuk projek reka bentuk landskap"
Kenyataan di atas merujuk kepada tema?
Tema serantau
Tema taman bersejarah
Gaya serantau
Gaya titi gantung
"Berkisar dari taman Perancis yang tidak formal sehingga kebangkitan rasmi taman English Cottage"
Kenyataan di atas merujuk kepada tema?
Tema taman tradisional
Tema taman bersejarah
Gaya serantau
Gaya serumpun
"Mungkin termasuk taman Mediterranean, taman Prairie, taman Jepun dan taman luar bandar"
Kenyataan di atas merujuk kepada gaya
serantau
taman bersejarah
serantau
serumpun
"Dalam konsep ini biasanya terdapat tasik, halaman berumput yang bergulung, pokok-pokok, binaan klasik, binaan Gothik, jambatan dan seni bina yang menarik"
Kenyataan di atas merujuk kepada konsep?
Reka Bentuk Landskap Jepun
Reka Bentuk Landskap Inggeris
Reka Bentuk Landskap Bali
Reka Bentuk Landskap Taman Melayu
"Penggunaan barangan serta aksesori tradisional seperti patung-patung juga menjadi identiti landskap ini dan ia membezakannya dengan taman-taman tropikal"
Kenyataan di atas merujuk kepada konsep?
Reka Bentuk Landskap Jepun
Reka Bentuk Landskap Bali
Reka Bentuk Landskap Taman Melayu
Reka Bentuk Landskap Islam
•Syurga memiliki ciri seperti air yang mengalir, pohon buah-buahan dan tempat-tempat di bawah pohon teduh.
• Konsep ini mempunyai tiga fungsi iaitu praktikal, agama dan nilai estetika.
Kenyataan di atas merujuk kepada konsep?
Reka Bentuk Landskap Inggeris
Reka Bentuk Landskap Taman Melayu
Reka Bentuk Landskap Bali
Reka Bentuk Landskap Islam
