NEW
Font size
WorksheetsLatih Tubi Tatabahasa 8
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Sejak kejadian itu, Amar sentiasa berada di rumah dan tidak pergi ke _____ lagi.
mana
sini
sana
mana-mana
Aimi _____ air milo itu dengan berhati-hati kerana masih panas.
menyedut
meneguk
menelan
menghirup
Kulit tangan datuk kelihatan sudah ______ kerana usianya telah meningkat tua.
berkerut
berlipat
berkedut
berbelang
Kebakaran di rumah kedai itu dipercayai berpunca daripada _____ rokok.
puntung
habuk
batang
kotak
Hasmi mendengar nasihat daripada ibu saudaranya ____ penuh kesedaran.
demi
dengan
oleh
akan
Sejak berpindah ke sini, saya tidak ______ menerima apa-apa panggilan misteri lagi.
sudah
pernah
masih
sedang
Mereka pergi ke Melaka dengan menaiki sebuah kereta _____.
Bata
Adidas
Satria
Alba
Jeremy tidak disukai oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang _______ itu.
panjang tangan
tangan terbuka
kaki bangku
ringan tulang
______kah yang sedang memberi ucapan di majlis itu?
Siapa
Apa
Mengapa
Mana
Nakhoda itu meminta anak-anak kapalnya _______ sauh sebelum memulakan pelayaran.
menarik
menurunkan
membongkar
melabuh
Pilih ayat yang betul.
Sila jangan buang sampah di merata-rata tempat.
Wah, berani sungguh kamu menceroboh ke kawasan ini!
Berita yang disampaikan itu adalah tidak benar.
Koleksi lagu-lagu lama masih berkumandang di radio.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Tabiat Amir yang suka meniru itu tidak disukai oleh rakan-rakannya.
Kawan-kawan Amir tidak menggemari sikap Amir yang gemar meniru itu.
Amir yang gemar meniru kawan-kawannya itu tidak disenanginya.
Amir yang tidak disenangi rakan-rakannya itu suka meniru.
Tabiat Amir kurang disenangi oleh rakan-rakannya yang suka menirunya.
Sungguh _______ pergerakan yang ditunjukkan oleh ahli tae kwan do itu.
tangkas
licik
ligat
culas
Sultan Johor berkenan untuk _________ para Ahli Dewan Undangan Negeri di Istana Bukit Serene.
mencemar duli
merafak sembah
menjunjung titah
menerima mengadap
Bubur nasi itu berbau ________ kerana dimasak terlalu lama.
hangit
wangi
busuk
tengik
Ramai hulubalang yang setia kepada Sultan Melaka telah terkorban dalam pertempuran dengan tentera Portugis.
Pilih perkataan antonim bagi setia.
akur
zalim
bengis
derhaka
Jika kita ingin mendapatkan sebarang maklumat tentang sesuatu perkara, rujukilah pegawai yang bertugas di _________.
kaunter jawapan
kaunter persoalan
kaunter pertanyaan
kaunter pengumuman
Budak kecik itu kelihatan ________ kerana terlalu mengantuk.
terenjut-enjut
teresak-esak
terangguk-angguk
tersengguk-sengguk
Walaupun mereka saling _______, tetapi mereka tidak tahu latar belakang keluarga masing-masing.
terkenal
perkenalan
mengenali
berkenalan
Pengantin lelaki itu kelihatan segak dengan sebilah keris _______ di pinggangnya.
tersisip
terpacak
terhunus
tersemat
Shikin tetap datang lewat ke sekolah _________ telah diberi amaran oleh guru disiplin.
biarpun
malahan
manakala
kemudian
Puan Sharifah amat rindu kepada anaknya.
Betul
Salah
Buku itu dihadiahkan oleh Lily kepada Mira.
Betul
Salah
Dalam bilik itu terdapat banyak perabot antik.
Betul
Salah
Daripada termenung, lebih baik membaca buku.
Betul
Salah
