wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kesalahan ayat

Total questions: 19

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

1.Dompet itu diperbuat dari kulit buaya.

a)

bawah

b)

daripada

c)

dalam

d)

di

2.

2.Kertas kerja-kertas kerja itu akan dibentangkan dalam mesyuarat tahunan yang akan diadakan pada bulan depan.

a)

kerja-kerja kertas

b)

kertas-kertas kerja

c)

kerja kertas

d)

kertas kerja

3.

Para penduduk-penduduk kampung bergotong-royong membaiki balai raya yang runtuh akibat angin kencang.

a)

para penduduk

b)

para-para penduduk

c)

penduduk para

d)

penduduk

4.

Oleh kerana ayah tidak sihat, kami terpaksa membatalkan rancangan untuk ke Gua Niah.

a)

oleh sebab

b)

kerana

c)

lantaran

d)

oleh lantaran

5.

Lima dari sepuluh orang murid didapati membawa telefon bimbit ke sekolah menyebabkan disiplin murid akhir-akhir ini semakin parah.

a)

dari

b)

daripada

c)

pada

d)

di

6.

Setiap warga persekolahan hendaklah menjaga kebersihan dan keceriaan dalam kelas.

a)

di dalam

b)

di

c)

ke

d)

pada

7.

Afiq diminum ubat batuk yang disangkanya air teh.

a)

diminunkan

b)

meminum

c)

minuman

d)

terminum

8.

Lukisan pada dinding itu tidak hasil tangan saya.

a)

tidak bukan

b)

tidak boleh

c)

bukan

d)

bukan tidak

9.

Alat tulis-alat tulis itu kami beli dari kedai buku yang terletak bersebelahan dengan pasar raya.

a)

alat tulis-tulis

b)

tulis-tulis alat

c)

alat tulis

d)

alat-alat tulis

10.

Adik saya yang berusia dua setengah tahun sudah petah berkata-kata.

a)

dua sesetengah tahun

b)

dua tahun setengah

c)

setengah dua tahun

d)

setengah tahun dua

11.

3.Kegagalan Adham dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah disebabka oleh kesilapannya tidak menjawab beberapa bahagian soalan.

a)

bahasa melayu

b)

Bahasa melayu

c)

bahasa malay

d)

bahasa Melayu

12.

“Maklumkan kepada Hang Tuah bahawa beta akan berangkat ke Melaka selepas solat Asar,” kata Sultan Mahmud kepada Hang Nadim.

a)

titah

b)

mengatakan

c)

berkata

d)

bercakap

13.

1. Negara kita mempunyai saintis yang terbaik sekali di dunia.

a)

terbaik

b)

baik sekali

c)

sekali

d)

terbaik sekali

14.

4. Suasana di kawasan pergunungan sangat menenangkan jiwa terutamanya di waktu pagi.

a)

pada

b)

semasa

c)

ketika

d)

di

15.

PILIH 2 AYAT YANG MENGANDUNGI KESALAHAN EJAAN.

a)

Puan Siti menggoreng ayam di dalam sebuah kuali.

b)

Encik Fuad mengcangkul tanah dengan sebilah cangkul.

c)

Gopal menandang bola dengan kuat menuju ke pintu gol.

d)

Jasmin suka menyanyi dan menari di atas pentas.

16.

PILIH 2 AYAT YANG MENGANDUNGI KESALAHAN EJAAN.

a)

Borhan dan adiknya bermain papan gelungsur di taman permainan.

b)

Devi dan Linggam seronok bermain buayan yang disediakan di prasekolah.

c)

Cikgu Haris menabur baja pada pokok bunga rosnya.

d)

Nenek menghiris bawang menggunakan pisau yang tajam.

17.

PILIH 2 AYAT YANG MENGANDUNGI KESALAHAN EJAAN.

a)

Penduduk Taman Sepakat begotong-royong di balai raya kampung.

b)

Nani dan Dani suka mendaki gunung bersama ibu bapanya.

c)

Pada setiap petang, datuk menbersihkan reban ayamnya.

d)

Pak Pandir dangat gemar makan kuih karipap.

18.

PILIH 2 AYAT YANG MENGANDUNGI KESALAHAN TANDA BACA.

a)

“Wah, besarnya Stadium Negara,” kata Rina.

b)

“Wah! Besarnya Stadium Negara,” kata Rina.

c)

“Wah, besarnya Stadium Negara!” kata Rina.

19.

PILIH 2 AYAT YANG MENGANDUNGI KESALAHAN TANDA BACA.

a)

Cis, besarnya kayu yang disepak engkau?

b)

Aduh, sakitnya kaki ku!

c)

Wah, malang sungguh nasib engkau.