WorksheetsPend. Jasmani & Kesihatan- Rekreasi & Kesenggangan
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
Berikut adalah kelebihan perlumbaan eksplorasi, kecuali
membina kerjasama
menguji kesabaran
menjadi inovatif
mendapat wang ganjaran
Aktiviti manakah yang menguji kreativiti murid dalam perlumbaan ekplorasi?
Tarian tradisional atau pergerakan
Menjawab soalan silang kata
Menarik beg pasir seberat 30kg secara bergilir-gilir
Membuat simulasi T.O.T.A.P.S
Apakah yang dimaksudkan dengan gimnastrada?
Berjaya menyiapkan tugasan dengan cepat
Mengaplikasikan ujian minda dalam tugasan
Gabungan beberapa tarian dan asas gimnastik
Meneka item yang diletakkan di dalam bakul
Antara yang berikut, manakah kelebihan perlumbaan berhalangan?
I Menzahirkan minda yang pintar
II Menguji kecerdasan ujian minda dalam tugasan
III Memupuk kerjasama
IV Tiada masa yang ditetapkan
I, II dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
I, III dan IV
*Murid dibahagikan kepada kumpulan berempat
*Setiap kumpulan perlu menamatkan setiap halangan yang disediakan
*Murid hanya boleh bergerak ke stesen berikutnya selepas berjaya menamatkan halangan
Pernyataan di atas merujuk kepada aktiviti.....
Perlumbaan ekplorasi
Aci bulat
Perlumbaan berhalangan
Tiang empat
~Dikenali sebagai permainan Minta Api
~Memerlukan kepantasan dan bijak menyusun strategi
Pernyataan di atas merujuk kepada permainan tradisional.....
Tiang empat
Gasing
Aci bulat
Batu Seremban
Apakah ciri-ciri bagi seorang Tukang Jadi dalam permainan Tiang Empat?
I mempunyai strategi
II helah yang licik
III kecekapan
IV berlemah-lembut
I, II dan III
II, III dan IV
I, II dan IV
I, III dan IV
Perkataan "aci" dalam permainan tradisional Aci Bulat merujuk kepada..................
saiz bulatan
bilangan pemain
Tukang jadi
kawasan permainan
Antara yang berikut, manakah perkara yang dilarang dalam permainan Aci Bulat?
I Provokasi
II Ejekan dan kata-kata kesat
III Komunikasi
IV Dikenakan denda
I, II dan III
II, III dan IV
I, III dan IV
I, II dan IV
. Murid perlu menarik beg pasir seberat 30kg secara bergilir-gilir
. Beg pasir ditarik sejauh 10 meter sebanyak dua ulangan oleh setiap murid
Berdasarkan pernyataan di atas, stesen ini menguji .................. peserta.
minda
fizikal
emosi
deria sentuh
Mengapakah pakaian peserta penting dalam perlumbaan berhalangan?
Keselesaan ketika aktiviti
Mempercepatkan gerakan peserta
Dapat menamatkan perlumbaan dalam masa yang singkat
Meningkatkan kecergasan fizikal
Rekreasi dan kesenggangan ialah aktiviti terancang yang dilakukan pada waktu terluang untuk
I memperoleh keseronokan
II ketenangan minda
III merehatkan badan
IV memberikan kepenatan kepada individu
I, II dan III
II, III dan IV
I, II dan IV
I, III dan IV
# Peserta boleh merangkak, melompat, memanjat dan berlari
# Perlumbaan ini boleh dibuat secara individu, berpasangan atau berkumpulan
# Pakaian yang sesuai dengan laluan halangan yang disediakan
Pernyataan di atas, merujuk kepada aktiviti...
Perlumbaan ekplorasi
Aci bulat
Perlumbaan berhalangan
Tiang empat
Apakah kepentingan memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti fizikal?
Menambahkan kesakitan selepas bersukan
Melambatkan penyelarasan antara otot dan saraf
Merendahkan kadar denyutan jantung
Mengelakkan kekejangan otot
