wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kesalahan Bahasa

Total questions: 19

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Setiap anggota masyarakat harus sedar yang membaca dapat meningkatkan pengetahuan.
a)
dengan
b)
bahawa
c)
jika
d)
sekiranya
2.
Kereta berhias yang paling tercantik itu merupakan hasil kreativiti pekerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
a)
paling tercantik
b)
tercantik
c)
cantik
d)
tercantik paling
3.
"Kita akan menerangkan penyakit strok dengan lebih jelas lagi," kata Doktor Suhaila kepada Encik Ah Kim.
a)
Kita
b)
Kami
c)
Saya
d)
Awak
4.
Beberapa orang pengkaji sejarah turut membentang kertas kerja-kerja tentang sejarah Melayu di nusantara.
a)
kerja-kerja
b)
kerja
c)
membentangkan
d)
bentangkan
5.
"Saya menitahkan Hang Jebat balik ke Melaka," titah Sultan Mansur Syah kepada Tun Perak.
a)
Hamba
b)
Patik
c)
Beta
d)
Saya
6.
Kami begitu leka menikmati pemandangan di Pulau Pangkor yang terlalu indah sekali.
a)
indah
b)
terlalu indah
c)
terlalu indah sekali
d)
sekali indah
7.
Semua pelajar-pelajar dikehendaki berada di dataran pada jam 3.30 petang ini.
a)
Semua pelajar-pelajar
b)
pelajar-pelajar
c)
Semua
d)
pelajar
8.
Sebahagian besar dari kumpulan remaja Malaysia kurang gemar membaca buku ilmiah.
a)
daripada
b)
dari
c)
oleh
d)
yang
9.
Baru-baru ini, kes rompakan paling terbesar telah ditumpaskan oleh pihak polis melibatkan warga asing tanpa izin.
a)
paling terbesar - terbesar paling
b)
paling terbesar - paling besar
c)
paling terbesar - besar
10.
Di dalam pergaduhan itu, Aaronlah yang bersalah.
a)
pergaduhan - pertengkaran
b)
Aaronlah - Aaron
c)
Di dalam - Dalam
11.
Kebanyakan warung-warung di tepi jalan itu telah disita oleh Majlis Perbandaran Sepang.
a)
Kebanyakan - Kebanyakkan
b)
Kebanyakan warung-warung - Kebanyakan warung
c)
disita - dihapuskan
12.
Beberapa orang setia usaha sedang berbincang mengenai pelbagai isu syarikat.
a)
pelbagai - berbagai
b)
setia usaha - setiausaha
c)
Beberapa orang - Beberapa
13.
Barang-barang kemas yang ditemukan dalam serbuan di rumah ketua gangster itu dipercayai bukan emas tulin.
a)
ditemukan - ditemui
b)
dalam - di dalam
c)
tulin - tulen
14.
Bahagian bonet kereta mewah itu kemek teruk akibat terperosok di bawah lori muatan tanah.
a)
kemek - kemik
b)
di bawah - bawah
c)
bonet - kabinet
15.
Ibu melihat kalender untuk mengetahui tarikh konvokesyen abang di universiti terulung Malaysia itu.
a)
melihat - menjenguk
b)
di universiti terulung Malaysia - di Universiti Terulung Malaysia
c)
kalender - kalendar
16.
Pada cuti persekolahan yang lepas, Thirshen dan keluarganya akan pergi melawat ke Taman Negara Sabah.
a)
akan - telah
b)
Taman Negara Sabah - taman negara
c)
melawat - melancong
17.
Di dalam pergaduhan itu, Ruben yang bersalah kerana sengaja menimbulkan kemarahan Vasandi.
a)
kemarahan - kesukaan
b)
pergaduhan - perkelahian
c)
Di dalam - Dalam
18.
Kuih itu disediakan daripada Fazura sebagai juadah pencuci mulut.
a)
daripada - oleh
b)
juadah - jua
c)
pencuci - penyegar
19.
Joedy, Kazim atau Syahmi selalu pergi ke kantin bersama-sama.
a)
ke - di
b)
atau - dan
c)
bersama-sama - bersama