Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Adjektif 1 - XYF

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Abang meletakkan kipas duduk itu __________ daripada adik.

a)

jauh

b)

rapat

c)

dekat

d)

hampir

2.

Suara Cikgu Tahar yang __________ itu dapat didengar dengan jelasnya walaupun dari hujung kelas sana.

a)

halus

b)

lembut

c)

lantang

d)

gemersik

3.

Gadis itu takut hendak melalui jalan yang __________ pada waktu malam.

a)

tenang

b)

terang

c)

sunyi

d)

jelas

4.

Buah kedondong muda yang __________ itu enak dicecah dengan garam dan gula sahaja.

a)

masam

b)

masin

c)

manis

d)

pahit

5.

Hasnida dipilih sebagai penyerang dalam pasukan bola jaring sekolahnya kerana dia lebih __________ daripada rakan-rakan sepasukannya yang lain.

a)

besar

b)

renek

c)

tinggi

d)

rendah

6.

Penglihatan Nirmala menjadi kabur kerana dia kerap menonton televisyen dari jarak __________.

a)

deras

b)

cepat

c)

dekat

d)

hampir

7.

Penerangan yang disampaikan oleh pegawai kerajaan itu amat __________.

a)

jelas

b)

deras

c)

lincah

d)

sering

8.

Air sirap itu __________ kerana tidak dibubuh gula.

a)

pahit

b)

tawar

c)

masin

d)

masam

9.

Penduduk kampung __________ dengan masalah kecurian yang kerap berlaku di kampung mereka akhir-akhir ini.

a)

kecewa

b)

runsing

c)

curiga

d)

keliru

10.

Bau __________ pada daging kambing itu dapat dihilangkan setelah dicuci dengan air asam jawa.

a)

masam

b)

hanyir

c)

busuk

d)

hamis

11.

Kipas angin di ruang tamu itu dibersihkan oleh Hasif kerana terlalu ____________.

a)

kotor

b)

kesat

c)

kasar

d)

keruh

12.

Sebuah motosikal __________ melanggar kereta yang dipandu oleh Encik Tan.

a)

jauh

b)

rapat

c)

dekat

d)

nyaris

13.

Kamalesh berasa amat __________ kerana gagal mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada tahun lalu.

a)

gusar

b)

cemas

c)

kecewa

d)

bimbang

14.

Penolong ketua kelas saya __________ lampai orangnya.

a)

lebar

b)

bulat

c)

tinggi

d)

rendah

15.

Pergerakan pemain bola sepak yang __________ itu sukar dikawal oleh pemain lawan.

a)

gopoh

b)

goyah

c)

lincah

d)

ligat

16.

Kuala Lumpur merupakan kawasan yang paling maju kerana pembangunan di bandar raya ini amat __________.

a)

ligat

b)

deras

c)

cepat

d)

pesat

17.

Chin Yang berasa __________ apabila ditertawakan oleh rakan-rakannya.

a)

bimbang

b)

kagum

c)

takut

d)

malu

18.

Amira amat __________ akan sikap sahabat baiknya yang bersangka buruk terhadapnya.

a)

risau

b)

takut

c)

kecewa

d)

gembira

19.

Encik Kumar memandu kereta agak __________ semasa hujan lebat supaya tidak berlaku kemalangan.

a)

cepat

b)

lincah

c)

pantas

d)

perlahan

20.

Para peserta pertandingan mewarna itu cepat-cepat menyiapkan lukisan mereka kerana masa kian __________.

a)

lama

b)

lewat

c)

suntuk

d)

lampau