Worksheets[SN T2] 10.3 Fenomena dan Aplikasi Pantulan Gelombang Bunyi
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Ikan lumba-lumba memberi amaran tentang kehadiran pemangsa antara satu sama lain menggunakan ultrabunyi. Kita tidak dapat mendengar ultrabunyi kerana
bunyi itu terlampau rendah
manusia hanya boleh mendengar frekuensi bunyi dalam julat dari 20 Hz hingga 20 000 Hz
bunyi itu diserap oleh air
bunyi itu menghasilkan gema yang banyak hingga telinga kita tidak dapat menangkapnya
Antara berikut, yang manakah julat pendengaran manusia?
16 Hz hingga 12 000 Hz
20 Hz hingga 20 000 Hz
55 Hz hingga 33 500 Hz
2000 Hz hingga 110 000 Hz
Antara yang berikut, yang manakah digunakan untuk mendengar denyutan jantung seorang pesakit?
Mikrofon
Mikroskop
Stetoskop
Alat bantu pendengaran
Apakah gema?
Getaran bunyi
Pantulan gelombang bunyi
Perubahan frekuensi bunyi
Gelombang bunyi yang diserap
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang ultrabunyi?
Ultrabunyi boleh didengar oleh manusia sahaja.
Frekuensi gelombang bunyi melebihi 20 000 Hz.
Ultrabunyi adalah sama dengan kesan Doppler.
Ultrabunyi merupakan gelombang bunyi yang berfrekuensi rendah.
Antara haiwan berikut, yang manakah menentukan arah dengan menggunakan ultrabunyi?
Monyet
Kelawar
Obor-obor
Ayam
Apakah kepentingan sonar untuk navigasi kapal selam?
Membantu dalam ramalan cuaca
Membantu memperlahankan kelajuan kapal selam
Membantu kapal selam bergerak dengan cepat
Membantu untuk menentukan objek di bawah permukaan air
Antara alat berikut, yang manakah bukan dicipta untuk mengatasi had pendengaran manusia?
Stetoskop
Mikrofon
Alat pembesar suara
Periskop
Pantulan gelombang suara yang sampai ke telinga pendengar dengan kelewatan dikenali sebagai
kenyaringan
gema
kelangsingan
getaran
Antara yang berikut, yang manakah menggunakan prinsip pantulan gelombang bunyi?
Sonar
Alat bantu pendengaran
Pembesar suara
Mikroskop
Tandakan SEMUA ( ✓ ) kawasan yang boleh memantulkan bunyi.
Gua
Padang
Terowong
Dewan tertutup
Rajah menunjukkan sebuah kapal selam yang sedang menghantar gelombang bunyi ke arah batu besar pada dasar laut. Apakah tujuannya menghantarkan gelombang bunyi tersebut?
memberikan isyarat amaran
mengesan jarak
menghantar maklumat
menentukan saiz batu
