Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 2021

Total questions: 30

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Susun semula potongan ayat berikut mengikut tertibnya:


1. وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ قَآئِمَۢا بِٱلۡقِسۡطِۚ

2. لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ

3. شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ

(Surah Ali-Imran:18)

a)

2,3,1

b)

1,2,3

c)

3,2,1

d)

3,1,2

2.

Berikut ialah jenis hukum tajwid nun sakinah dan tanwin kecuali

a)

ikhfa' hakiki

b)

izhar syafawi

c)

idgham ma'al ghunnah

d)

iqlab

3.

Hukum tajwid bagi "مِن وَالٍ" ialah _______________.

a)

izhar syafawi

b)

ikhfa' syafawi

c)

idgham ma'al ghunnah

d)

idgham bila ghunnah

4.

Berikut merupakan sifat-sifat orang bertaqwa yang dinyatakan dalam ayat 133 - 136 Surah Ali Imran kecuali :

a)

Solat berjamaah 5 waktu

b)

Membelanjakan harta di jalan Allah

c)

Mengawal diri ketika marah

d)

Segera bertaubat apabila buat dosa

5.

Berikut ialah syarat-syarat taubat kecuali

a)

Ingat kepada Allah SWT dengan rasa menyesal atas dosa yang dilakukan.

b)

Beristghfar memohon keampunan daripada Allah SWT.

c)

Terus melakukan dosa dan mengulanginya setelah bertaubat.

d)

Meminta maaf dan memulangkan hak atau hartanya jika berkait dengan orang lain.

6.

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه

وسلم يَقُولُ: "إنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ

(متفق عليه)

Apakah maksud potongan hadis yang bergaris?

(a)  

7.

Syubhah ialah

a)

sesuatu perkara yang dibenarkan oleh syarak.

b)

sesuatu perkara yang dilarang oleh syarak.

c)

sesuatu yang tidak diyakini sama ada perkara tersebut halal atau haram.

d)

sesuatu yang dibenarkan oleh mahkamah.

8.

Pernyataan di bawah merujuk kepada pengertian malaikat kecuali

a)

diciptakan berpasangan.

b)

dijadikan daripada cahaya.

c)

tidak melanggar perintah Allah SWT.

d)

sentiasa mentaati perintah Allah SWT.

9.

Berikut merupakan tugas malaikat yang lain kecuali

a)

menanggung 'arasy.

b)

bertasbih kepada Allah SWT.

c)

melindungi orang tidur.

d)

menghamparkan sayap kepada orang yang menuntut ilmu.

10.

Apakah hukum beriman kepada kitab Allah SWT?

a)

Sunat.

b)

Harus.

c)

Wajib.

d)

Haram.

11.

Pilih padanan yang betul tentang nama kitab yang diturunkan dan penerimanya.

a)

Injil > Nabi Daud a.s.

b)

al-Quran > Nabi Isa a.s.

c)

Taurat > Nabi Musa a.s.

d)

Zabur > Nabi Muhammad SAW

12.

Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang betul tentang pengertian solat Jumaat?

I. Solat dua rakaat secara berjemaah

II. Pada hari Selasa

III. Dalam waktu zuhur

IV. Didahului dua khutbah

a)

I, II dan III

b)

II, III dan IV

c)

I, II dan IV

d)

I, III dan IV

13.

Antara yang berikut, yang manakah bukan syarat wajib solat Jumaat?

a)

Baligh

b)

Berakal

c)

Pemastautin

d)

Lelaki dan perempuan

14.

Apakah sebab diharuskan tayamum?

a)

Hanya terdapat air laut sahaja.

b)

Menghilangkan najis sebelum berwuduk.

c)

Tidak dapat menggunakan air kerana penyakit.

d)

Pilihan selain bersuci dengan air mutlak.

15.

Pilih pernyataan yang menunjukkan perkara yang membatalkan tayamum.

I. Semua perkara yang membatalkan wuduk

II. Ada air sebelum solat dilakukan

III. Menghilangkan najis terlebih dahulu

IV. Boleh menggunakan air semula seperti sembuh daripada penyakit yang menghalang penggunaan air

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, III dan IV

16.

Berikut merupakan hikmah rukhsah dalam ibadat kecuali

a)

sebagai pilihan mengikut keselesaan.

b)

menunjukkan Islam agama yang mudah untuk dilaksanakan.

c)

melaksanakan ibadah mengikut kemampuan.

d)

melaksanakan tanggungjawab agama ketika dalam kesulitan.

17.

Apakah kaedah wuduk yang boleh digunakan untuk situasi seluruh anggota wuduk tidak boleh terkena air?

a)

Elakkan berwuduk.

b)

Berwuduk seperti biasa.

c)

Mengangkat hadas dengan tayamum.

d)

Solat seperti biasa dan qada' selepas sembuh.

18.

Pilih pernyataan yang betul tentang solat jamak taqdim.

I. Zuhur dan Asar dalam waktu Asar.

II. Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak.

III. Zuhur dan Asar dalam Zuhur.

IV. Maghrib dan Isyak dalam waktu Maghrib.

a)

I dan III

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

19.

Berikut ialah solat fardu yang dibolehkan untuk solat qasar kecuali

a)

Asar.

b)

Isyak.

c)

Maghrib.

d)

Zuhur.

20.

Berikut ialah cara solat ketika sakit kecuali

a)

solat secara duduk.

b)

solat secara berdiri.

c)

solat secara meniarap.

d)

solat secara mengiring.

21.

Berikut merupakan perkara yang membatalkan puasa kecuali

a)

kentut.

b)

hilang akal.

c)

makan dan minum.

d)

muntah dengan sengaja.

22.

Berikut ialah jenis puasa wajib kecuali

a)

puasa nazar.

b)

puasa kaffarah.

c)

puasa Ramadhan.

d)

puasa pada hari Jumaat.

23.

Pilih pernyataan yang tepat tentang pengertian hijrah Rasulullah SAW.

a)

Perpindahan beramai-ramai umat Islam ke Madinah.

b)

Perpindahan Rasulullah SAW dan umat Islam ke Habsyah.

c)

Perpindahan Rasulullah SAW dan umat Islam dari Yatsrib ke Madinah.

d)

Perpindahan Rasulullah SAW dan umat Islam dari Mekah ke Madinah.

24.

Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya hijrah?

a)

Isyarat Allah SWT.

b)

Mencari keselesaan.

c)

Memziarahi rakan sesama Islam.

d)

Menjaga maruah kaum wanita Muslim.

25.

* Tidak menyekutukan Allah SWT.

* Tidak berzina.

* Tidak mencuri.


Pernyataan di atas merujuk kepada __________.

a)

Perjanjian Tsaqafah

b)

Perjanjian Hudaibiyah

c)

Perjanjian Aqabah Kedua

d)

Perjanjian Aqabah Pertama

26.

Pilih asas kepada pembinaan negara Islam yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

I. Membina masjid.

II. Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar.

III. Menggubal Piagam Madinah.

IV. Membina pusat perniagaan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

semua di atas

27.

Rasulullah SAW mengamalkan konsep _________ apabila membuat sesuatu keputusan untuk mendapatkan keputusan yang berkualiti.

a)

syura

b)

dua hala

c)

mesyuarat

d)

kuasa mutlak

28.

Berikut merupakan sifat kasih sayang yang dimurkai Allah SWT kecuali

a)

sayang secara keterlaluan.

b)

cinta melampaui batas syarak.

c)

sayang Allah SWT melebihi ibu bapa.

d)

kasih sayang demi kepentingan kebendaan.

29.

Kita hendaklah membenci perbuatan yang menyalahi syarak dan bukan ___________.

a)

imannya

b)

kesannya

c)

akibatnya

d)

pelakunya

30.

Apakah contoh cara beradab dengan ibu bapa melalui tingkah laku?

I. Selalu memziarahi mereka.

II. Tidak menyanggah percakapan ibu bapa.

III. Merawat ibu bapa ketika sakit.

IV. Menjaga hati dan perasaan ibu bapa.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV