WorksheetsADAB TERHADAP ALAM SEKITAR
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Alam sekitar membekalkan __________ yang bersih kepada kita.
haba
udara
asap
jerebu
2. Gambar tersebut menunjukkan perbuatan yang mulia. Namakan perbuatan tersebut ?
Membuang sampah merata-rata
Membakar sampah
Mengutip sampah
Membiarkan sampah berterabur
3. Alam sekitar merupakan _____________ daripada Allah yang mesti dijaga dan dihargai.
ganjaran
anugerah
hadiah
kasih sayang
4. Menjaga kebersihan alam sekitar dapat _________________ berlakunya bencana alam.
mencetuskan
mengakibatkan
mengelakkan
menggalakkan
5. Memelihara alam bermaksud
Menjaga alam
Meneroka alam
Memulihkan alam
Membersihkan alam
6. Apakah yang dimaksudkan dengan "spesies yang terancam "?
spesies yang tidak wujud lagi
spesies yang menghadapi masalah kepupusan
spesies yang ditempatkan di zoo
spesies yang hanya dapat ditemui di kawasan tertentu sahaja.
7. Hakisan tanah berlaku apabila....
suhu di Bumi meningkat
banjir kilat kerap berlaku
oksigen dalam udara berkurangan
permukaan bumi terdedah pada hakisan air hujan dalam tempoh jangka panjang
8. i) sentiasa ditangkap untuk daging dan cangkerangnya.
ii) pembangunan kawasan pantai oleh manusia menjejaskan proses pembiakannya.
iii) telurnya dipungut dan dipasarkan
Spesies haiwan manakah yang diancam kepupusan oleh sebab di atas?
penyu
udang
ketam
kerang
9. Antara berikut, yang manakah tidak mengakibatkan hidupan diancam kepupusan?
bencana alam
pemburuan haram
penerokaan hutan secara berleluasa
bunyi bising daripada kilang
10. Mengembalikan alam kepada habitat asal adalah maksud bagi
Memelihara alam
Memulihara alam
Menjaga alam
Meneroka alam
11. Penebangan hutan yang tidak terkawal mengakibatkan
Tanah runtuh tidak akan terjadi
Banjir kilat jarang berlaku
Habitat haiwan akan musnah
Pembiakan haiwan dapat dikembangkan
12. Contoh memulihara alam ialah
Menanam pokok-pokok
Menebang hutan
Memburu binatang
Menjaga haiwan
13. Berikut adalah contoh memelihara alam kecuali
Membersihkan sungai
Menimbus lombong
Menjaga binatang
Merancang pembangunan
14. Berikut ialah bentuk-bentuk pencemaran alam kecuali
Pencemaran bunyi
Pencemaran udara
Pencemaran haba
Pencemaran air
15. Bagi menggelakkan kemusnahan hutan terus berlaku. Apakah tindakan yang harus kita lakukan.
Melaksanakan penanaman pokok dan pemulihan semula dengan teratur dan terancang secara bersungguh-sungguh
Melaksanakan aktiviti penebangan pokok secara meluas tanpa di rancang
Melakukan pembakaran terbuka secara meluas
Pembalakan haram
16. Pilih 3 kepentingan adab terhadap alam sekitar.
dapat menikmati udara segar
menjamin kesejahteraan dan kesihatan
kepupusan habitat dan hidupan
keseimbangan alam terpelihara
17. Pilih 3 akibat mengabaikan adab terhadap alam sekitar.
pencemaran udara
hakisan tanah
ketidakstabilan alam
meningkatkan sumber pendapatan
18. Bagaimanakah kita boleh mengurangkan pencemaran udara?
mengamalkan amalan kitar semula
kurangkan pembakaran terbuka
buang sampah ke dalam tong sampah
19. Pencemaran bunyi boleh terhasil daripada.............
Membuang sampah merata-rata
Pembakaran terbuka
Menyanyi di rumah
Jentera dan pembalak yang menggunakan gergaji besi untuk pembalakan
21. Gotong Royong merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat di samping membersihkan kawasan perumahan.
betul
salah
