wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Definisi reka bentuk?

a)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan.

b)

Pengajian dan pengetahuan yang mengaplikasikan sains dan matematikbagi menyelesaikan masalah menggunakan pelbagai sumber,alat,teknik & sistem.

c)

Kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk/perkhidmatan yang baharu dan belum pernah wujud.

d)

Kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk/perkhidmatan yang lebih baik melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.

2.

Berikut adalah elemen reka bentuk KECUALI

a)

Garisan

b)

Ruang

c)

Warna

d)

Keseimbangan

3.

Berikut adalah bidang reka bentuk konkrit KECUALI

a)

Mesin

b)

Pengangkutan

c)

Sulaman

d)

Seramik

4.

Pilih prinsip reka bentuk yang betul.

a)

Keringkasan

b)

Tekstur

c)

Pengulangan

d)

Kepelbagaian

e)

Saiz

5.

Terdapat dua jenis keseimbangan.

a)

Konkrit

b)

Simetri

c)

Abstrak

d)

Asimetri

6.

Antara berikut yang manakah terdiri daripada warna sekunder?

a)

Jingga

b)

Biru

c)

Ungu

d)

Hijau

e)

Merah

7.

Berikut adalah kriteria reka bentuk yang baik KECUALI

a)

Kreativiti

b)

Cantik

c)

Keaslian reka bentuk

d)

Murah

e)

Ergonomik

8.

Pembenaman ialah

a)

Dilakukan dengan cara mengerat.

b)

Dilakukan secara bertindih di tempat yang sama

c)

Sesuatu objek asas dimasukkan ke dalam objek lain.

d)

Dileraikan sehingga menjadi objek baru.

9.

Etika dalam reka bentuk adalah

a)

Bermanfaat

b)

Harmoni

c)

Amanah

d)

Selamat digunakan

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan invensi ?

a)

Kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk/perkhidmatan yang lebih baik melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.

b)

Kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk/perkhidmatan yang baharu dan belum pernah wujud.

11.

Reka bentuk dan __________ ialah gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik.

a)

informasi

b)

perniagaan

c)

teknologi

d)

produk

12.

Pilih padanan bidang reka bentuk dan teknologi yang betul.

a)

Teknologi - Pembuatan

b)

Seni - Seramik

c)

Perkhidmatan - Bahasa

d)

Komunikasi - Mesin

13.

Dalam pembuatan produk, ciri __________ haruslah dapat memberikan keselesaan kepada pengguna.

a)

inovasi

b)

kreativiti

c)

kualiti

d)

ergonomik

14.

Pilih pernyataan yang betul mengenai teknik penyatuan.

a)

Boleh dilakukan secara bertindih pada tempat yang sama atau pada bahagian bucu atau sebahagian sahaja

b)

Memasukkan sesuatu objek asas ke dalam objek yang lain

c)

Memotong bahagian yang tidak dikehendaki

d)

Menjadikan objek asas suatu objek baharu yang lebih ringkas

15.

Antara yang berikut, manakah tidak termasuk dalam garis panduan yang perlu dipatuhi dalam etika reka bentuk?

a)

Keaslian

b)

Jujur

c)

Selamat digunakan

d)

Mengutamakan keuntungan

16.

Inovasi ialah ___________ mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu.

a)

pengetahuan

b)

aktiviti

c)

kaedah dan proses

d)

perbincangan

17.

Inovasi ialah pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih ..........

I baik

II menjimatkan

III mesra pengguna

IV kompleks

a)

I, II dan III

b)

II, III dan IV

c)

I, II dan IV

d)

I, II, III dan IV

18.

Bidang reka bentuk terbahagi kepada dua iaitu

a)

konkrit dan industri

b)

abstrak dan mockup

c)

konkrit dan abstrak

d)

abstrak dan elemen

19.

Berikut merupakan fungsi garisan dalam reka bentuk kecuali ....

a)

memudahkan pembinaan objek

b)

mewakili gerakan dan tenaga

c)

menunjukkan keseimbangan

d)

membahagi dua ruang kawasan

20.

Terdapat dua kategori rupa iaitu

a)

konkrit

b)

geometri

c)

abstrak

d)

organik

21.

Warna panas ialah warna yang ………...

a)

tenang dan redup

b)

ceria dan cantik

c)

terang dan jelas

d)

sejuk dan redup

22.

Ruang ialah kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan bagi menampakkan objek dengan lebih

a)

jelas

b)

besar

c)

kecil

d)

jauh