wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PKFK PISMP

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Imam Hassan al-Banna telah membicarakan

dalam risalah Dakwatuna mengenai nasionalisme yang diterima dan nasionalisme yang ditolak. Antara nasionalisme yang ditolak adalah :

a)

Kepartian

b)

Kemiskinan

c)

Kebencian

d)

Kesulitan

2.

Nyatakan maksud sebenar sabda Rasulullah SAW berkenaan "memisahkan diri daripada orang musyrik" seperti yang dinyatakan dalam hadis tersebut.

a)

Memahami agama mereka

b)

Menolak fahaman agama mereka

c)

Tidak menetap bersama mereka

d)

Tidak beriman dengan keyakinan mereka

3.

Berikut adalah makna siyasah dari segi bahasa kecuali:

a)

Mengurus

b)

Mengetuai

c)

Menyiasat

d)

Mentadbir

4.

‘Tindakan-tindakan yang dibuat oleh Imam bersumberkan hukum-hukum dan ketetapan-ketetapan samada bertujuan untuk menghalang kerosakan atau mencegah kerosakan yang belum melanda atau pemulihan terhadapnya’. Pernyataan ini adalah definisi:

a)

Daulah

b)

Khalifah

c)

Siyasah Khas

d)

Siyasah Umum

5.

Apakah maksud Darul Maslubah:

a)

Negara yang diperintah berlandaskan syariat Islam dengan adilnya serta membangunkan negara melalui tata cara yang sihat dan nilai murni.

b)

Negara yang diperintah oleh orang Islam yang bercanggah dengan ajaran sebenar Islam.

c)

Negara yang diperintah oleh umat Islam yang menderhaka kepada kerajaan Islam yang adil.

d)

Negara umat Islam yang dijajah oleh orang bukan Islam.

6.

Kitab Al-Ahkam al-Sultaniyah ditulis oleh:

(a)  

7.

Berikut adalah sumber-sumber hukum Islam kecuali:

a)

Qias

b)

Al-Quran

c)

Hadis

d)

Fatwa

8.

Berikut adalah antara ciri-ciri sistem syura dalam Islam kecuali:

a)

Pemimpin bersedia menerima pandangan rakyat yang beragama Islam dan bukan Islam

b)

Ahl al-hal wal aqd terdiri daripada kalangan lelaki dan wanita

c)

Hukum mengadakan syura dalam pemerintahan Islam adalah wajib mengikut ijmak

d)

Syura adalah salah satu asas syariat dan ketentuan hukum dalam Islam

9.

Antara ciri-ciri keadilan dalam Islam ialah :

a)

Manusia adalah sama di sisi Allah walaupun berlainan bangsa,warna kulit dan bahasa

b)

Khalifah atau ketua negara mempunyai keistimewaan dan kelebihan berbanding rakyat

c)

Seorang Qadhi atau hakim boleh menolak hujjah khalifah sekiranya hujjah khalifah tidak memuaskan

d)

Negara kebajikan hanya menjaga kebajikan umat Islam berbanding bukan Islam

10.

Berikut adalah kenyataan berkenaan harusnya seorang wanita Islam terlibat dalam bidang kepimpinan dan menerajui pemerintahan sesebuah wilayah kecuali.

a)

Kadangkala wanita lebih berkelayakan dari pelbagai sudut berbanding lelaki

b)

Wanita boleh memegang jawatan menteri, qadhi atau lain-lain

c)

Wanita perlu mengutamakan kepentingan negara berbanding mentarbiyah anak dan menjaga keamanan rumah tangga

d)

Umur yang sesuai untuk kepimpinan wanita adalah sekitar 45 ke atas

11.

Pilih kenyataan yang salah berkenaan syura dalam Islam.

a)

Majlis Syura yang pertama dibentuk adalah semasa pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab

b)

Al Quran dan sunnah sebagai rujukan utama dalam menentukan keputusan

c)

Semua perkara perlu disyurakan untuk mendapatkan keputusan yang tepat

d)

Keputusan dan tindakan mesti mengutamakan maslahah umum

12.

Berikut adalah hak bukan islam di dalam negara Islam kecuali :

a)

Diberi hak kebebasan mentadbir negara.

b)

Dipelihara daripada kezaliman dalam negara

c)

Dipelihara darah dan tubuh mereka dari disakiti.

d)

Dipelihara daripada permusuhan dari luar negara

13.

Ciri utama demokrasi dan mawqif (pendirian) islam ialah :

a)

Pemerintah dari kalangan raja.

b)

Pemerintah bekerja untuk rakyat.

c)

Pemerintah diberi hak kebebasan hukuman ke atas rakyat

d)

Rakyat berhak menegur kepimpinan yang silap tetapi tidak berhak menjatuhkannya.

14.

Perkara berikut adalah ciri demontrasi yang diterima dalam Islam kecuali

a)

menunjukkan slogan protes pada calon pimpinan

b)

membawa senjata untuk melawan atau pertahan diri

c)

mengelak mencederakan sesiapa dan merosakkan harta benda

d)

menunjukkan seruan yang membesarkan Allah dalam perhimpunan

15.

Aapakah fungsi ahli Parlimen di zaman khilafah Islam?

a)

berkuasa melantik pemimpin

b)

memansuhkan undang-undang baru

c)

tiada hak mengawasi amar makruf nahi munkar

d)

menggubal dan memperbahaskan undang-undang baru.

16.

Apakah hukum keluar mengundi berdasarkan mafhum ayat Al-Quran berikut :

“Janganlah kamu enggan memberikan penyaksian, barang siapa yang menyembunyikannya maka berdosa hatinya …”.

(al-Baqarah: 283)

a)

sunat mengundi jika calon itu pilihan majoriti

b)

haram mengundi jika ada keraguan dalam urusan pemilihan calon

c)

harus mengundi jika calon itu terdiri dari beberapa orang bukan Islam dan Islam

d)

wajib menyertainya dan keluar mengundi apabila keengganan itu boleh menyebabkan ketewasan calon yang bertaqwa dan ingin melaksanakan Islam.

17.

Al Quran dan As Sunnah merupakan panduan untuk mentafsirkan kemerdekaan menurut perspektif Islam dan mengelakkan lahirnya generasi acuan Barat yang mempunyai ciri-ciri generasi yang mementingkan

a)

dini

b)

mali

c)

duniawi

d)

ukhrawi

18.

Muslim yang menetap di Negara bukan Muslim berbeza mengikut keadaan penduduk di Negara tersebut serta pendirian mereka terhadap Islam dan orang Islam. Misalnya mereka menjadi penduduk Negara ateisme mestilah :

a)

saling berpesan antara satu sama lain

b)

banyak bersabar dan berlapang dada

c)

mengukuhkan hubungan sesama mereka

d)

mengambil hukum darurat dalam perkara yang di luar kemampuan dan kuasa mereka

19.

Berikut adalah pendapat Dr. Yusuf al-Qaradawi apabila menjawab tentang hukum syubhah menetap di Negara Eropah.

a)

Beliau bersetuju kerana di Negara Eropah banyak berlaku penindasan dan penganiayaan dalam kalangan orang Islam.

b)

Beliau menolaknya dan menerangkan bukanlah satu kesalahan jika menetap di sana

c)

Beliau bersetuju selagi orang Islam diberi penghormatan dan kesamarataan.

d)

Beliau menolaknya, selagi orang Islam boleh mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh negara tersebut

20.

Majlis fatwa dan kajian Eropah sejak ditubuhkan telah menerbitkan pekeliling yang menyeru orang Islam supaya berinteraksi dan bergabung dengan penduduk Negara di mana mereka tinggal dan tidak mengasingkan diri. Begitu juga dengan keterlibatan secara aktif dan bekerjasama dalam semua perkara yang boleh memajukan dan membangunkan Negara. Dalam masa yang sama, Muslim juga wajib menjaga aqidah, syiar, adab, akhlak, nilai ikutan dan kewajipan agama mereka. Dengan ini lahirlah keseimbangan dalam masyarakat dengan istilah :

a)

‘istiqamah tanpa mengaibkan diri, bergabung namun tidak mencalar'

b)

‘istiqamah tanpa berhenti, bergabung namun tidak berpecah’

c)

‘istiqamah tanpa menutup diri, bergabung namun tidak mencair’

d)

‘istiqamah tanpa melarikan diri, bergabung namun tidak mengalah’