WorksheetsKata Ganda 1 Tingkatan 1 - XYF
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Pada setiap hari, tabib itu akan mencari cendawan liar di __________ yang tinggi untuk dijadikan ubat.
tali-tali air
kaki-kaki bukit
tanah-tanah liat
hutan-hutan lipur
Mereka __________ kesalahan masing-masing untuk mengelakkan perselisihan.
maaf-memaafkan
tanya-menanyakan
ingat-mengingatkan
cerita-menceritakan
Encik Mukmin menghabiskan __________ terakhirnya sebagai Tuan Pengetua di sekolah itu dengan melawat murid-muridnya dari kelas ke kelas.
hari-hari
orang-orang
benda-benda
tempat-tempat
Kelihatan __________ di bawah cahaya bulan pergerakan dua lembaga hitam menuju ke arah jalan raya.
samar-samar
sayup-sayup
jelas-jelas
jauh-jauh
Semasa bertugas di London, Encik Fendi mencuri masa untuk membeli __________ untuk keluarganya di Malaysia.
kaki-kaki bangku
orang-orang putih
buah-buah tangan
mercu-mercu tanda
Kakak memeluk ibu __________ sebelum ibu memasuki balai pelepasan untuk menunaikan fardu haji di Mekah.
erat-erat
baik-baik
elok-elok
padat-padat
Program anak angkat yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda itu memberikan pengalaman kepada __________ tentang kehidupan masyarakat kampung.
peserta-peserta
pekerja-pekerja
peminat-peminat
penduduk-penduduk
Puan Ratna bertanya kepada Halim __________ dia ada ternampak akan anaknya, Raju yang tidak kelihatan sejak tengah hari tadi.
tidak-tidak
kalau-kalau
paling-paling
jangan-jangan
Kita harus berfikir __________ sebelum mengambil sebarang keputusan terutamanya yang melibatkan masa depan kita.
bulat-bulat
halus-halus
tinggi-tinggi
masak-masak
Sumayah tertarik oleh kecantikan __________ yang berwarna-warni di taman itu.
kunang-kunang
rama-rama
labi-labi
biri-biri
