wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganda 2 Tingkatan 1 - XYF

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Soalan yang berikut berdasarkan gambar di atas ini.


__________ gunung itu kelihatan kagum dan teruja apabila melihat pemandangan yang indah dari puncak Gunung Kinabalu.

a)

Pelapor-pelapor

b)

Pendaki-pendaki

c)

Pemandu-pemandu

d)

Pelancong-pelancong

2.

Sebagai pencinta alam semula jadi, kami bercadang untuk mengunjungi __________ yang terdapat di semenanjung Malaysia.

a)

taman-taman tema

b)

taman-taman safari

c)

taman-taman negara

d)

taman-taman burung

3.

Penduduk di kawasan luar bandar masih belum dapat menikmati __________ yang telah dinikmati oleh penduduk bandar.

a)

kemajuan-kemajuan

b)

peradaban-peradaban

c)

kebudayaan-kebudayaan

d)

pertumbuhan-pertumbuhan

4.

Persatuan itu ditubuhkan untuk membela nasib __________ yang terpaksa membesarkan anak-anak tanpa suami.

a)

ibu-ibu tunggal

b)

adik-adik sepupu

c)

nenek-nenek moyang

d)

sanak-sanak saudara

5.

Pekerja zoo itu membersihkan __________ haiwan di dalam kandang supaya kebersihan kandang sentiasa terjamin.

a)

bulu-bulu

b)

najis-najis

c)

taring-taring

d)

tanduk-tanduk

6.

Nadim terleka semasa melihat seekor __________ berterbangan di tepi rumahnya.

a)

labi-labi

b)

kura-kura

c)

labah-labah

d)

patung-patung

7.

Siva __________ tidak percaya akan berita yang disampaikan oleh Nurhakim itu.

a)

jelas-jelas

b)

betul-betul

c)

kabur-kabur

d)

samar-samar

8.

Cikgu Tarmizi meminta murid-muridnya membuat latihan pada __________ tertentu dalam buku Matematik itu.

a)

muka-muka taip

b)

muka-muka buku

c)

muka-muka surat

d)

muka-muka depan

9.

__________ pada dinding ruang tamu itu telah menjejaskan keseluruhan konsep kediaman tersebut.

a)

Liang-liang

b)

Lopak-lopak

c)

Lubang-lubang

d)

Rongga-rongga

10.

Insentif baharu yang diumumkan oleh kerajaan telah memberikan kegembiraan kepada __________ di negara ini untuk meningkatkan hasil tani mereka.

a)

petani-petani

b)

pelayan-pelayan

c)

peniaga-peniaga

d)

penternak-penternak