wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KENEGARAAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2021

Total questions: 50

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah Yang Dipertuan Agong yang pertama?

a)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

b)

Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad

c)

Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

d)

Tuanku Syed Sirajuddin

2.

Berapakah Prinsip Rukun Negara?

a)

3

b)

4

c)

10

d)

5

3.

Apakah nama Bunga Kebangsaan negara kita?

a)

Bunga Cempaka

b)

Bunga Kertas

c)

Bunga Raya

d)

Bunga Matahari

4.

Binatang apakah yang terdapat pada Jata Negara?

a)

Singa

b)

Kuda

c)

Harimau

d)

Kucing

5.

Apakah nama lain bagi bendera negara kita?

a)

Bendera Malaysia

b)

Megah Berani

c)

Jalur Gemilang

d)

Jalur Terbilang

6.

Siapakah Ketua Negara Malaysia?

a)

Perdana Menteri

b)

Sultan

c)

Menteri Besar

d)

Yang Dipertuan Agong

7.

Manakah antara yang berikut merupakan rukun negara yang ke-2

a)

Keluhuran Perlembagaan

b)

Kesopanan dan kesusilan

c)

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

d)

Kepercayaan kepada Tuhan

8.

Apakah maksud lima keris yang terdapat pada Jata Negara?

a)

Negeri-Negeri Selat

b)

Persekutuan Tanah Melayu

c)

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

d)

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

9.

Rundingan kemerdekaan telah dilakukan sebagai langkah untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dimanakah rundingan kemerdekaan dilakukan?

a)

London

b)

Paris

c)

New York

d)

Jepun

10.

Siapakah pereka bendera negara kita?

a)

Hamzah Jaafar

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

Mohamed bin Hamzah

d)

Mohamed bin Khalid

11.

Lagu Negaraku dicipta berdasarkan Lagu Terang Bulan. Dari manakah lagu ini berasal?

a)

Johor

b)

Melaka

c)

Perak

d)

Kedah

12.

Apakah nama ibu negeri bagi Johor ?

a)

Kulai

b)

Pasir Gudang

c)

Pontian

d)

Johor Bahru

13.

Negeri Sembilan Darul ..........

a)

Darul Khusus

b)

Darul Takzim

c)

Darul Aman

d)

Darul Iman

14.

Siapakah yang berkuasa untuk membubarkan Parlimen?

a)

Perdana Menteri

b)

Sultan

c)

Menteri Besar

d)

Yang Dipertuan Agong

15.

Warna Biru pada bendera Malaysia melambangkan?

a)

Semangat

b)

Agama Islam Agama Persekutuan

c)

Kesucian

d)

Perpaduan

16.

Apakah gelaran yang diberikan kepada tokoh ini?

a)

Bapa Perpaduan

b)

Bapa Kemerdekaan

c)

Bapa Pemodenan

d)

Bapa Modal Insan

17.

Berikut merupakan gambar Tun Abdul Razak. Apakah gelaran yang diberikan kepada beliau?

a)

Bapa Kemerdekaan

b)

Bapa Pembangunan

c)

Bapa Perpaduan

d)

Bapa Pemodenan

18.

Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan?

a)

31 Ogos 1955

b)

31 Ogos 1945

c)

31 Ogos 1957

d)

16 September 1957

19.

Bilakah Malaysia ditubuhkan?

a)

1 September 1957

b)

16 September 1963

c)

16 September 1957

d)

1 September 1956

20.

Berikut merupakan negeri-negeri yang bergabung membentuk Malaysia.

a)

Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei

b)

Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura

c)

Sabah, Sarawak dan Brunei

d)

Filipina, Sabah dan Sarawak

21.

Dimanakah peristiwa bersejarah Permasyhuran Kemerdekaan diadakan?

a)

Bandar Hilir, Melaka

b)

Stadium Merdeka

c)

PWTC

d)

Stadium Bukit Jalil

22.

Siapakah Perdana Menteri ke 4 Malaysia?

a)

Tun Hussien

b)

Tun Abdul Razak

c)

Tun Mahathir

d)

Tun Abdullah

23.

Berikut merupakan bendera bagi negeri?

a)

Pahang

b)

Melaka

c)

Perak

d)

Selangor

24.

Manakah kuasa yang pernah menjajah negara kita?

a)

Portugis

b)

Jerman

c)

Amerika Syarikat

d)

Rusia

25.

Perjanjian apakah yang menandakan bermulanya penguasaan kuasa barat di negara kita suatu ketika dulu?

a)

Perjanjian Bangkok

b)

Perjanjian Barnes

c)

Perjanjian Pangkor

d)

Perjanjian Tioman

26.

Apakah maksud anak bulan yang terdapat dalam bendera Malaysia?

a)

Agama islam sebagai agama Rasmi Persekutuan

b)

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

c)

Sultan-sultan Melayu

d)

Kedaulatan raja-raja Melayu

27.

Bagaimanakah isu pertindihan sempadan diselesaikan oleh Malaysia?

a)

Melancarkan perang

b)

Berunding

c)

Membuat bantahan

d)

Membawa ke Mahkamah Keadilan Dunia

28.

Apakah pulau yang menjadi perebutan antara Singapura dan Malaysia?

a)

Pulau Ligitan

b)

Pulau Batu Putih

c)

Pulau Sipadan

d)

Pulau Layang-layang

29.

Berikut merupakan bendera bagi negeri?

a)

Sarawak

b)

Pulau Pinang

c)

Sabah

d)

Kedah

30.

Pilihan raya pertama di negara kita telah berlangsung pada tahun?

a)

1955

b)

1956

c)

1960

d)

1965

31.

Bilakah Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwell?

a)

1994

b)

1999

c)

1998

d)

2004

32.

Apakah maksud warna putih yang terdapat dalam bendera Malaysia?

a)

Keberanian

b)

Perpaduan

c)

Kebersihan

d)

Kesucian

33.

Apakah nama bunga kebangsaan tersebut?

a)

Bunga Dahlia

b)

Bunga Raya

c)

Bunga Mawar

d)

Bunga Orked

34.

Gambar menunjukkan pakaian tradisional salah satu kaum di Malaysia?

a)

India

b)

Melayu

c)

Punjabi

d)

Sikh

35.

Selepas pembentukan Malaysia, negara jiran telah melancarkan Konfentasi ke atas Malaysia. Siapakah negara jiran yang melakukan konfentasi tersebut?

a)

Thailand

b)

Indonesia

c)

Singapura

d)

Filipina

36.

Berikut merupakan pertubuhan yang disertai oleh Malaysia pada peringkat antarabangsa. Apakah nama pertubuhan ini?

a)

Asean

b)

Komanwell

c)

OIC

d)

PBB

37.

Menurut peruntukan dalam Perlembagaan, Apakah bahasa kebangsaan negara kita?

a)

Bahasa Melayu

b)

Bahasa Mandarin

c)

Bahasa Tamil

d)

Bahasa Arab

38.

Apakah suruhanjaya yang terlibat dalam pembentukkan Perlembagaan negara?

a)

Suruhanjaya Reid

b)

Suruhanjaya Cobbold

c)

Suruhanjaya Templer

d)

Suruhanjaya Brooke

39.

Siapakah Ketua Kerajaan Malaysia?

a)

Yang Dipertuan Agong

b)

Perdana Menteri

c)

Sultan

d)

Menteri Besar

40.

Apakah rukun negara yang ke lima?

a)

Kesetiaan kepada raja dan negara

b)

Keluhuran perlembagaan

c)

Kesopanan dan kesusilaan

d)

Kepercayaan kepada tuhan

41.

Perlembagaan adalah lambang bahawa negara Malaysia adalah negara yang mempunyai ciri-ciri berikut KECUALI

a)

Malaysia sebuah Persekutuan

b)

Agama Islam agama rasmi 

c)

Malaysia pernah dijajah

d)

Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen

42.

Soalan berikut berdasarkan kenyataan di bawah 

– Pertahanan 

– Keselamatan Dalam Negeri 

– Kewarganegaraan  

 

Perkara-perkara di atas adalah terletak di bawah senarai

a)

Kuasa Persekutuan

b)

Kuasa Negeri

c)

Kuasa Bersama

d)

Perdana Menteri

43.

Sekiranya seseorang ditahan kerana cuba menggunakan isu bahasa ia boleh dikenakan tindakan di bawah

a)

Akta Keselamatan Dalam Negeri

b)

Akta Hasutan 1948

c)

Akta Dadah Berbahaya

d)

Akta Jenayah

44.

Perlantikan YDPA adalah dilakukan oleh

a)

Majlis Raja-raja

b)

Majlis Perundangan Persekutuan

c)

Perdana Menteri

d)

Mahkamah Agung

45.

Seseorang itu boleh dilucutkan kewarganegaraannya berdasarkan kepada perkara berikut KECUALI

a)

Melucutkan sendiri kewarganegaraannya

b)

Menderhaka kepada raja dan negara

c)

Bermastautin di negara asing melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftar dengan Pejabat Konsul Kerajaan

d)

Dibuang daerah

46.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada

a)

Bahasa Melayu bahasa rasmi negara

b)

Kepentingan bahasa Melayu

c)

Bahasa Melayu bahasa orang Melayu

d)

Orang bukan Melayu juga boleh menggunakan bahasa Melayu

47.

Perlantikan YDPA adalah dilakukan oleh

a)

Majlis Raja-raja

b)

Majlis Perundangan Persekutuan

c)

Perdana Menteri

d)

Mahkamah Agung

48.

Mahkamah Persekutuan di Malaysia merangkumi

a)

Mahkamah Atasan

b)

Mahkamah Rendah

c)

Mahkamah Khas

d)

Mahkamah Agung

49.

Malaysia pernah mengalami krisis dengan negara-negara berikut KECUALI

a)

Singapura

b)

Indonesia

c)

Kalimantan

d)

Filipina

50.

Negara manakah yang melancarkan dasar konfrontasi terhadap Tanah Melayu "Ganyang Malaysia"

a)

Filipina

b)

Thailand

c)

Indonesia

d)

Australia